Rencana ini memerlukan rujukan yang muncul di dalam penerbit pihak ketiga yang boleh dipercayai. Sumber-sumber primer atau sumber-sumber yang dihubungkan dengan perkara ini secara umumnya tidak cukup bagi sebuah rencana Wikipedia. Sila tambah petikan yang lebih sesuai bagi sumber-sumber yang boleh dipercayai. (Mac 2024) |
Bazaar Warisan بازار واريثن | |
---|---|
Ralat Lua pada baris 423 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude. | |
Maklumat umum | |
Status | Tidak Diketahui |
Jenis | Kompleks Perniagaan |
Gaya seni bina | Tradisional Terengganu |
Alamat | Jalan Sultan Zainal Abidin |
Bandar/pekan | Bandaraya Kuala Terengganu |
Negara | Malaysia |
Penyewa terkini | Tidak Diketahui |
Pembinaan bermula | Tidak Diketahui |
Dibuka pada | Julai 2008[1] |
Dirasmikan pada | Tidak Diketahui |
Pembiayaan | RM18.4 juta[2] |
sunting · sunting di Wikidata |
Bazaar Warisan terletak di Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Ia mempunyai 64 unit ruang niaga, 5 tempat rehat, lif, mesin ATM, tangga bergerak dan ruang letak kereta bawah tanah.[3] Bangunan tersebut mempunyai dua blok bangunan setinggi 3 tingkat.[4]
Sejarah
Ketika zaman Bazaar Warisan masih beroperasi, kebanyakan premis di sini beroperasi setiap hari bermula daripada pukul 7 pagi sehingga 6 petang dan ada sesetengah premis yang bercuti pada hari Jumaat.[5]
Ketika zaman kegemilangannya, Persembahan Kebudayaan Hujung Minggu anjuran Jabatan Kesenian dan Kebudayaan negeri Terengganu pernah diadakan di Bazaar Warisan, antaranya ialah persembahan nyanyian, persembahan rodat, persembahan tarian, persembahan silat kura-kura, persembahan gusti lengan, laga ayam, dam ular, demonstrasi pembuatan produk kraf dan masakan tradisional.[6]
Pada 2016, syarikat Wei Amber Group Sdn. Bhd. pernah berhasrat untuk membangunkan Bazar Warisan sedia ada kepada restoran makanan halal Cina, medan selera, kedai dan hotel bajet dengan kos RM15 juta.[7][8]
Pada bulan Disember 2019, stor kedai songket pernah dipecah masuk dengan nilai kerugian dianggarkan mencecah hampir RM1.5 juta. Tambahan pula, stor tersebut sudah beberapa kali dipecah masuk.[9]
Rujukan
- ^ Baiki Bazar Warisan tak sudah-sudah
- ^ Blog Terengganu Menarik
- ^ Blog Pelancongan Terengganu
- ^ Blog Tempat Menarik Di Terengganu
- ^ Fascinating Terengganu
- ^ Blog Berbaloi Di Terengganu Kita
- ^ Memorandum Persefahaman Bagi Pembangunan Semula Bazar Warisan
- ^ Bazar Warisan dimajukan semula
- ^ Peniaga songket rugi RM1.5 juta kedai dipecah masuk