Koordinat: 5°46′S 112°40′E / 5.767°S 112.667°E
Boyan atau Bawean[1][2] adalah sebuah pulau yang terletak di Laut Jawa, sekitar 150 kilometer sebelah utara Pulau Jawa. Di Indonesia, pulau ini terletak dalam Kabupaten Gresik, Provinsi Jawa Timur. Bawean didominasi oleh gunung berapi mati di pusatnya yang menjulang hingga 655 meter (2.149 kaki) di atas permukaan laut. Bandar terbesarnya adalah Sangkapura selain juga Tambak. Bawean memiliki dua kecamatan (daerah) iaitu Sangkapura dan Tambak. Jumlah penduduknya sekitar 80,289 orang pada 2020, kebanyakannya menjadikan nelayan dan petani sebagai mata pencarian. Ramai yang menjadi perantau di Singapura atau Malaysia. Penduduk Bawean tergolong dari Suku Bawean (menggunakan dialek Bawean yang berasal dari Bahasa Madura), diikuti oleh suku Jawa dan suku-suku lain misalnya Bugis dan Mandailing.
Kata Bawean berasal dari bahasa Sanskrit, yang bererti ada sinar matahari. Menurut legenda, sekitar tahun 1350, sekumpulan pelaut dari Kerajaan Majapahit dilanda ribut di Laut Jawa dan akhirnya terdampar di Pulau Bawean ketika matahari terbit. Pada awal abad ke-16, agama Islam masuk ke Bawean yang dibawa oleh Maulana Umar Mas'ud. Makamnya hingga kini menjadi tumpuan pelawat tempatan mahupun dari luar Bawean.
Bawean sering disebut juga Pulau Puteri kerana ramai kaum lelaki mudanya yang merantau ke pulau Jawa atau ke luar negeri. Orang Bawean yang merantau ke Malaysia dan Singapura membentuk perkampungan masyarakat Bawean yang dikenali dengan istilah orang Boyan. Ramai juga para perantau ini yang berjaya menjadi orang terkenal di Indonesia dan Malaysia.
Diameter pulau Bawean kira-kira 12 kilometer dan jalan yang melingkari pulau ini panjangnya kira-kira 70km dan boleh dilawati dalam tempoh waktu 1-2 jam. Bawean memiliki tarikan pelancongan yang cukup menawan, terutama pantai-pantainya. Ada juga sebuah tasik yang terletak di tengah-tengah pulau bernama Danau Kastoba. Pulau-pulau kecil lainnya juga tidak kurang menarik untuk di kunjungi. Contohnya Pulau Gili. Di Bawean terdapat spesies rusa yang hanya ditemukan di Bawean. Bahasa latin spesies ini adalah axis kuhli.
Tidak ada universiti di Bawean. Pendidikan hanya sehingga SMA atau Madrasah Aliyah. Majoriti penduduk Bawean beragama Islam, penduduk bukan Islam terdiri dari para pendatang.
Bawean terkenal dengan batu onyx iaitu sejenis batu marmar. Batu ini boleh dijadikan hiasan dan juga lantai. Selain itu, terdapat "buah merah" yang berbeza dengan buah merah asli dari Papua. Bentuknya bulat seperti epal. Namun, ada juga buah ini di Magetan tetapi warnanya agak kekuningan.
Rujukan
- ^ Khazin Mohd. Tamrin (1984). Orang Jawa di Selangor, penghijrahan dan penempatan, 1880-1940. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran, Malaysia,. m/s. 2,15.CS1 maint: extra punctuation (link)
- ^ Paul H. Kratoska (1982). Penghijrah dan Penghijrahan: (kumpulan esei Sejarah Malaysia oleh Pelajar-Pelajar U.S.M.). University Sains Malaysia. m/s. 66-67,72.
Pautan luar
- Foto-foto Pemandangan Bawean
- Foto-foto Pemandangan Bawean(2) Diarkibkan 2008-02-15 di Wayback Machine
- Komuniti Bawean Diarkibkan 2016-03-05 di Wayback Machine
- Persatuan Bawean Singapura Diarkibkan 2009-02-12 di Wayback Machine
- Lagu-lagu Bawean
- Dipetik dari Wikipedia Bahasa Indonesia