Bawah Payung Awan merupakan sebuah siri drama televisyen web Malaysia 2024 arahan Azri Izhar terbitan Global Film Station Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Nabila Razali, Ben Amir dan Nelissa Nizam. Drama ini memulakan tayangan perdana di Viu pada 13 Jun hingga 17 Ogos 2024.
Bawah Payung Awan | |
---|---|
Genre | |
Berdasarkan daripada | Bawah Payung Awan karya Liza Nur |
Ditulis oleh | Liza Nur |
Pengarah | Azri Izhar |
Dibintangi oleh | |
Lagu penutup | "Tangis" - Nabila Razali |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 30 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Dato Zaiton Muhd Jiwa |
Penerbit |
|
Syarikat penerbitan | Global Film Station Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | Viu |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 13 Jun 2024 – 17 Ogos 2024 |
Sinopsis
Mengisahkan tiga sekawan Widad, Soleiman dan Hanan. Mereka bertiga tinggal di kawasan setinggan sejak kecil lagi. Hubungan mereka seperti keluarga. Namun, mereka mempunyai masalah dan ujian yang menimpa hidup masing-masing.
Widad berazam untuk memperbaiki kehidupannya melalui pendidikan, Soleiman bertarung dengan identiti dan trauma masa lalunya, dan Hanan cuba melarikan diri daripada realitinya melalui pembohongan dan manipulasi.
Persahabatan mereka diuji dengan pengkhianatan dan rahsia, terutamanya apabila rekaan Hanan membawa akibat yang serius. Ketiga-tiga mereka mesti menghadapi kebenaran dan membuat keputusan yang sukar.
Kisah ini menyelidik daya tahan, pengampunan dan kerumitan hubungan manusia, menggambarkan kekuatan ikatan yang berkekalan dalam menghadapi kesukaran.
Dalam perjalanan menuju dewasa, ketiga-tiga mereka terpaksa menghadapi kebenaran yang sukar dan membuat keputusan yang berat. Persahabatan mereka diduga ketika melangkah ke alam persekolahan, seterusnya memasuki dunia pekerjaan.
Mereka belajar bahawa untuk mengubah nasib kehidupan, mereka perlu berani mendepani cabaran dan menerima diri sendiri.
Pelakon
- Ben Amir sebagai Soleiman (Sol)
- Nabila Razali sebagai Widad
- Nelissa Nizam sebagai Hanan
- Kodi Rasheed sebagai Zaf
- Muaz Zabir sebagai Rykal
- Amyza Aznan sebagai Anita Sentul
- Adam Malek sebagai Thaqif
- Lan Siro sebagai Nasa
- Riz Amin sebagai Basri
- Watie Sadali sebagai Kasmah
- Ku Fridah Ku Shafie sebagai Tok Awi
- Hafidz Roshdi
- Manan Sulaiman