Batil emas berasal dari Acheh dan ianya merupakan salah satu alatan utama dan penting Alat Kebesaran DiRaja Kesultanan Perak digunakan dalam Istiadat Berlimau Besar.[1]
Kegunaan Rasmi
[sunting | sunting sumber]Istiadat Berlimau ini terbahagi kepada dua peringkat, iaitu Istiadat Berlimau Besar (atau dikenali sebagai istiadat bersiram khutbah) dan Istiadat Berlimau Kerana Hendak Menampal Inai. Kedua-dua istiadat ini biasanya dijalankan pawang darat dan pawang jahir mengikut jawatan dan kuasanya didahului oleh Raja Cik Muda. Air yang digunakan untuk istiadat ini diambil daripada tujuh kuala sungai dan diisikan ke dalam geluk emas atau perak mengikut taraf masing-masing. Geluk dihiasi dengan daun nyior muda berjari lipan, diarak dan diiringi dengan nobat nafiri dan sebuah dulang yang berisi tiga ceper yang mengandungi beras kunyit, beras basuh dan berteh, empat batil berisi tepung tawar, air sintuk, air limau, air bunga Panca Persada dan sebatil bekas kemenyan serta bekas perasap. Istiadat mengambil air ini dilakukan oleh pawang sesama dengan istiadat mengambil air untuk Istiadat Bersiram Tabal.[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Alat-alat Kebesaran Negeri Perak". sultan.perak.gov.my. Dicapai pada 2025-12-17.
- ^ "Adat istiadat Melayu Perak~". prezi.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-12-17.








