Bateau-Lavoir ialah nama panggilan sebuah bangunan di daerah Montmartre di arrondissement ke-18 Paris yang terkenal dalam sejarah seni sebagai kediaman dan tempat pertemuan untuk sekumpulan artis cemerlang awal abad ke-20, tokoh terkenal, ahli teater dan peniaga seni. Ia terletak di No. 13 Rue Ravignan di Place Emile Goudeau, betul-betul di bawah Place du Tertre.
Kebakaran memusnahkan sebahagian besar bangunan pada Mei 1970 dan hanya bahagian hadapan bangunan sahaja yang tinggal, tetapi ia telah dibina semula sepenuhnya pada tahun 1978.[1]