Banjir Kilat melanda Kuala Lumpur sehingga mencapai kedalaman 1.8 meter pada hari Ahad, 10 Jun 2007 , jam 6.00 petang hingga 8.00 malam , selama 2 jam akibat hujan lebat.
Kawasan utama yang tenggelam ialah Dataran Merdeka, Jalan Tun Perak, Jalan Raja, Kelab Diraja Selangor, Jalan Ipoh, Jalan Masjid India , Masjid Jamek , Stesen LRT Masjid Jamek , Kampung Baru, Kampung Chubadak dan Sentul. Jalan Tun Razak, Jalan Ampang, Jalan Dang Wangi, Jalan Kampung Pandan dan Jalan P Ramlee turut dilanda banjir.
Bangunan mahkamah iaitu bangunan Sultan Abdul Samad termasuk Dataran Merdeka sedalam paras pinggang. Air memenuhi bawah Dataran Merdeka dan terpaksa disedut keluar. Tahun 2003 , banyak kereta yang ditempatkan di bawah Dataran Merdeka tengelam selama seminggu kerana air tidak dapat keluar. Air melimpah hingga ke dewan sembahyang Masjid Jamek.
Punca
- Jabatan Meteorologi Malaysia telah meramalkan hujan lebat di sekitar Selangor dan Lembah Kelang dan amaran peringkat ke-3 telah dikeluarkan. Angin kencang berikutan perubahan angin dari Angin Monsun Timur Laut ke Angin Monsun Barat Daya.
- Punca banjir kali ini ialah hujan yang luar biasa lebatnya. Pemanasan global menyebabkan sesetengah kawasan di dunia menjadi lebih panas dan yang lain sejuk. Keadaan iklim menjadi tidak menentu. Banjir 1998 dikaitan dengan Fenomena La Nina.
- Hujan lebat di hulu-hulu Sungai Klang hulu Sungai Gombak menyebabkan banjir kilat di Kuala Lumpur . Pembangunan pesat di hulu sungai dan di Kuala Lumpur menyebabkan air larian permukaan terlalu deras. Sedangkan hulu-hulu sungai ini di bawah bidang kuasa kerajaan negeri Selangor. Sungai Gombak dan Sungai Klang bertemu di Masjid Jamek. Satu lagi sungai ialah Sungai Bonus.
- Air sungai tidak dapat mengalir ke laut dengan cepat kerana halangan beberapa bangunan di Stesen LRT Masjid Jamek. Sungai terlalu sempit . 'Penyempitan' sungai berlaku dengan pembinaan bangunan-bangunan tinggi . Terdapat beberapa 'jeram binaan' di sepanjang sungai bagi mengindahkan sungai. Sepatutnya dasar sungai didalamkan. Contohnya berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra ( PWTC).
- Pelan pembangunan Bandaraya Kuala Lumpur tidak mengambil kira faktor iklim yang berubah 100 % ini. Tindakan bersifat ad-hoc yang diguna pakai tidak akan menyelesaikan banjir kilat. Bilion ringgit wang dibelanjakan tetapi hasil kosong. Bukan kekurangan bujet tetapi terlebih bujet. Pentadbiran terlalu birokrasi sementara swasta mengeruk untung.
- Tahap persediaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menghadapi banjir kilat masih pada ditakuk lama, tiada peruntukan besar . Tiada perubahan tindakan dinyatakan. Pegawai DBKL asyik tidak menyangka banjir kilat akan berlaku.
Langkah mengatasi yang meragukan
- Kerajaan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran mengeluarkan RM2 bilion bagi projek Stormwater Management and Road Tunnel. Air Sungai Klang akan dialihkan dilencongkan
- Tiga daripada 20 projek tebatan sungai telah siap. Tetapi tebatan di Sungai Gombak/Sungai Batu dan projek tebatan banjir Sungai Kerayong belum siap. 17 lagi belum siap. Sepatutnya projek tebatan banjir ini siap pada 2005. Kos Projek Tebatan Banjir Kuala Lumpur RM2.2 bilion. Soalnya bila akan siap ? . RM350 juta untuk program tebatan banjir di Lembangan Sungai Damansara.
- Memasang kamera televisyen litar tertutup (CCTV) bagi memantau paras air sungai di pusat bandar semasa hujan lebat. Soalnya di mana papan tanda elektronik dan CCTV itu.
- DBKL telah memasang 11 buah terminal amaran banjir di 11 buah bangunan di pusat bandar raya yang sering dilanda banjir. Tetapi gagal berfungsi kali ini.
- Sistem Elektronik Amaran Banjir (SEAB) dan lima stesen memantau kadar aliran air sungai dan dua stesen merakam paras air sungai telah dibina.
- Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya ( Terowong SMART) belum siap sepenuhnya . Lebuh raya dan laluan air Terowong SMART bernilai RM 1.3 bilion hanya siap lebuh raya sepanjang 3 km dan akan dikenakan tol RM 2.00 mulai hari Jumaat , 15 Jun 2007. Laluan air belum siap dan hanya siap pada bulan Julai 2007. Timbalan Ketua Pengarah JPS Ahmad Fuad Embi menjelaskan terowong pengaliran air sepanjang 10 km SMART memang bertujuan mencegah berlakunya limpahan air dari Sungai Klang apabila alirannya dialihkan. Terowong jalan sepanjang 3 km SMART dibuka kepada lalu lintas pada 14 Mei 2007 .
- Semua rumah setinggan di tepi Sungai Kerayong dan lain-lain kawasan mestilah dipindahkan ke perumahan PPR dengan segera. Sampah sarap banyak dibuang oleh penduduk setinggan kerana tidak ada sistem pembuangan sampah di sana.
- Setiap jambatan baru hendaklah dibina melengkung ke atas supaya sampah tidak mudah tersangkut. Rekabentuk jambatan lurus dan banyak tiang seperti sekarang tidak sesuai lagi.
- Sungai Gombak dan Sungai Klang yang melalui Kuala Lumpur mestilah didalamkan dan dilebarkan tanpa berdolak dalih lagi. Seboleh mungkin bangunan di tepi sungai tersebut hendaklah diruntuhkan bagi tujuan tersebut. Pelan bangunan di tepi sungai adalah kesilapan total perancang bandar masa lalu.
- Kaedah kejuruteraan dan pemuliharaan ekosistem perlu digabungkan. Meluruskan hulu-hulu sungai hanya akan mempercepatkan aliran air. Sepatutnya sungai tidak diluruskan tetapi dibiarkan secara tabii. Pokok-pokok akuatik dibiarkan tumbuh dan membesar di dalam sungainya dan boleh membantu melambatkan pergerakan air ke hilir. Strategi ini akan lebih berkesan jika digabungkan dengan tanah bencah (wetlands). Pendekatan pengenyahan pantas (rapid disposal) air sungai ini diragui oleh para teknokrat dan perancang bandar di Malaysia.
Saman
Amatlah malang ketika Malaysia mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2007, dilanda banjir besar dan wabak selesema burung merebak di Paya Jaras.
Penduduk bandaraya Kuala Lumpur tidak dapat bersabar lagi kerana ini bukanlah kali pertama berlaku. Ratusan kereta dan bangunan rosak dan tidak dapat digunakan lagi. Mereka mahukan tindakan drastik, projek raksasa perlu dilaksanakan secepat mungkin.
Hujan sememangnya kuasa Tuhan dan kita tidak mampu melawan takdir. Alasan ini banyak kali diulang-ulang oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Menteri Kerjaraya sebelum ini. Tetapi penduduk Kuala Lumpur sudah tidak dapat bersabar lagi kerana manusia dikurniakan akal.
Janji manis DBKL hanya menyakitkan hati bagi mereka yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya atau tenggelam di jalan raya. Mati lemas di dalam sungai ada logiknya.
Mereka sedang mengusahakan saman terhadap Dewan Bandaraya Kuala dan jabatan kerajaan yang berkenaan bagi menuntut pampasan melibatkan wang bilion ringgit.
Banjir di Shah Alam 2006
26 Februari 2006 hujan lebat selama 3 - 5 jam, mengakibatkan Shah Alam, sekitar Stadium Shah Alam, Taman TTDI Jaya , Taman Muda dan beberapa kawasan perumahan dan komersial banir kilat. Lebuh Raya Persekutuan dan NKVE telah ditenggelami banjir sampai paras bumbung.
Lebuh Raya Persekutuan Batu 3, Lebuh Raya NKVE di Persimpangan Bukit Jelutong/Shah Alam, sebahagian kawasan perumahan Taman TTDI Jaya, Kampung Kebun Bunga turut terlibat.
Banjir Kuala Lumpur 1971
Pada 1971 banyak kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor dilanda banjir besar. Antara kawasan itu ialah Kampung Haji Abdullah Hukum, Kampung Baru, Semenyih, Kampung Arang Batu dan Penempatan Orang-Orang Asli Changkat Bintang di Hulu Selangor.
Rujukan
- Dr. Zulkifli Yusup - UTM
- Utusan online
- [http;//www.bharian.com.my Berita Harian online]
- Bernama.com