Banjaran Tahan merupakan banjaran gunung[1] yang terletak di negeri Pahang dan Kelantan, Malaysia. Bersama dengan Banjaran Titiwangsa di baratnya, Banjaran Tahan membentuk sambungan paling selatan dari rangkaian Banjaran Tenasserim yang lebih besar. Puncak gunung tertinggi yang sama dengan namanya, Gunung Tahan, yang merupakan gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia dan seluruh Banjaran Tenasserim, dengan ketinggian 2,187 meter di atas paras laut.
Rujukan
- ^ "Tahan Range" (dalam bahasa Inggeris). Ensiklopedia Britannica.