Banjaran Rocky | |
---|---|
the Rockies (en), les Rocheuses (fr), Montañas Rocosas, Rocallosas (es) | |
Titik tertinggi | |
Puncak | Gunung Elbert (Colorado, Amerika Syarikat) |
Ketinggian | 14,440 ka (4,400 m) |
Dimensi | |
Panjang | 3,000 bt (4,800 km) |
Geografi | |
Ralat Lua pada baris 511 di Modul:Location_map: Tidak dapat cari takrifan peta lokasi yang ditentukan: "Modul:Peta lokasi/data/RockyMountainsLocatorMap.png" tidak wujud.
| |
Negara | Kanada and Amerika Syarikat |
Negeri/Wilayah | |
Induk banjaran | Kordilera Amerika Utara |
Geologi | |
Usia batuan | Zaman Prakambria and Zaman Batu Kapur |
Jenis batuan | Igneus, Enap and Metamorf |
Banjaran Rocky atau Pergunungan Rocky (bahasa Inggeris: Rocky Mountains pinjaman terjemah ungkapan bahasa Nehiyau ᐊᓯᐣᐘᑎ asin-wati "gunung berbatu";[1][2] singkatan tidak rasmi: Rockies) merupakan sistem banjaran gunung yang terbesar di benua Amerika Utara. Pergunungan Rocky mengunjurkan lebih dari 3,000 batu (4,800 km) dari utara provinsi British Columbia pantai barat Kanada sampai ke utara negeri New Mexico di barat daya Amerika Syarikat. Dalam Kordilera Amerika Utara, Banjaran ini adalah agak berbeza daripada Banjaran Pantai Pasifik dan Banjaran Cascade dan Sierra Nevada mana kesemuanya terletak lebih ke barat.
Pergunungan ini pada asalnya dibentuk 80 juta ke 55 juta tahun lalu semasa orogeni Laramid, di mana beberapa plat mula meluncur ke bawah plat Amerika Utara. Sudut benam adalah cetek, menyebabkan jalur luas gunung bergerak ke barat Amerika Utara. Sejak itu, aktiviti tektonik lanjutan dan hakisan oleh glasier telah menghakis banjaran ini, menghasilkan banyak puncak dan lembah. Pada akhir Zaman Ais yang lalu, manusia mula mendiami pergunungan itu. Ia mula diketahui orang Eropah hasil catatan kembara Jacques Legardeur de Saint-Pierre (dengan nama Perancis Montagnes de Roche ) pada tahun 1752;[1][2] orang-orang sebangsnya seperti Alexander Mackenzie dan para perombong ekspedisi Lewis dan Clark mula meneroka banjaran ini, hasil mineral dan bulu memacu eksploitasi awal ekonomi pergunungan itu walaupun banjaran itu sendiri tidak pernah padat dengan penduduk.
Pada masa ini, kebanyakan kawasan di banjaran gunung ini dilindungi oleh taman-taman awam dan kawasan hutan, dan merupakan destinasi pelancongan yang popular, terutama untuk perkhemahan, pendakian gunung, memancing, memburu, berbasikal gunung, ski, adan meluncur papan salji.
Geografi
Jajaran utama Banjaran Rocky biasanya ditakrifkan sebagai bermula dari Sungai Liard di British Columbia dan mengunjur ke selatan di kawasan hulu Sungai Pecos, yang merupakan salah satu anak sungai bagi Rio Grande, di New Mexico. Rockies berbeza-beza lebar 70 ke 300 batu (110 ke 480 kilometer). Terdapat juga banjaran-banjaran gunung lain yang berterusan melepasi kedua-dua batang sungai ini, termasuk Pergunungan Selwyn di Yukon, Banjaran Brooks di Alaska, dan Sierra Madre Occidental di Mexico, akan tetapi mereka bukanlah sebahagian daripada Rockies, walaupun bersama-sama termasuk dalam sistem Kordilera Amerika. Walau bagaimanapun, Amerika Syarikat mendefinisikan Rockies termasuk Banjaran Brooks (sebagai Banjaran Rocky Artik) serta Pergunungan Cabinet dan Pergunungan Salish di Idaho dan Montana. Yang sekawan dengannya di utara Sungai Kootenai, Pergunungan Columbia, adalah dianggap sistem yang berasingan di Kanada, yang terletak di sebelah barat Jurang Banjaran Rocky yang besar. Ini mengunjurkan British Columbia dari permulaan di tengah-tengah lembah Sungai Flathead di barat Montana ke tebing selatan Sungai Liard.[3]Juga di barat Jurang Banjaran Rocky, lebih jauh ke utara dan berhadapan dengan Banjaran Muskwa merentasi jurang, adalah Banjaran Stikine dan Pergunungan Omineca daripada sistem Pergunungan Interior di British Columbia. Satu kawasan kecil di timur Prince George, British Columbia di sebelah timur Jurang, Penara McGregor, menyerupai Rockies tetapi dianggap sebahagian daripada Penara Interior.
Legeh Benua Amerika, iaitu legeh yang memisahkan sistem saliran antara Lautan Pasifik dan Lautan Atlantik di kedua-dua benua Amerika Utara dan Selatan melalui sepanjang jajaran banjaran ini.
Gunung Elbert di Colorado adalah puncak tertinggi di keseluruhan banjaran ini, dan Gunung Robson di British Columbia adalah puncak tertinggi di bahagian utara banjaran di Kanada.
Ekologi dan iklim
Terdapat pelbagai faktor-faktor alam sekitar di Pergunungan Rocky. Banjaran ini terletak dalam lingkungan latitud antara Sungai Liard di British Columbia (59° U) dan Rio Grande di New Mexico (di 35° U). Prairi terdapat pada atau di bawah ketinggian 1,800 kaki (550 m), manakala puncak tertinggi banjaran ialah Gunung Elbert pada ketinggian 14,440 kaki (4,400 m). Julat kerpasan adalah dari 10 inci (250 mm) setiap tahun di lembah-lembah di selatan[4] hingga ke 60 inci (1,500 mm) setiap tahun secara tempatan di kebanyakkan puncak di utara.[5] Purata suhu Januari boleh terdiri daripada 20 °F (−7 °C) di Prince George, British Columbia, ke 43 °F (6 °C) di Trinidad, Colorado. Oleh itu, tidak ada satu ekosistem monolitik tunggal bagi keseluruhan Banjaran Gunung Rocky.
Sebaliknya, ahli ekologi membahagikan Rockies kepada beberapa zon biotik. Setiap zon ditakrifkan sama ada ia boleh menyokong pokok dan kehadiran satu atau lebih spesies penunjuk. Dua zon yang tidak menyokong pokok ialah dataran dan tundra gunung. Kawasan Great Plains terletak di sebelah timur Rockies dan dicirikan oleh padang rumput prairi (di bawah kira-kira 550 m atau 1,800 kaki). Tundra gunung berada di kawasan di atas garisan pokok yang berbeza altitud dari 3,700 m (12,000 kaki) di New Mexico hingga 760 m (2,500 kaki) di hujung utara Rockies (berhampiran Yukon).
Pergunungan Rocky merupakan habitat penting bagi banyak hidupan liar yang terkenal, seperti serigala, rusa besar, moose, baghal, rusa ekor putih, pronghorn, kambing gunung, biri-biri tanduk besar, rubah, beruang hitam, beruang grizzly, coyote, lynx singa gunung dan wolverin. Kawanan moose terbesar di Amerika Utara berada di hutan kaki bukit Alberta–British Columbia.
Galeri
-
Pemandangan Rockies Kanada berdekatan sempadan antara British Columbia dan Alberta
-
Banjaran Rocky pada waktu pagi di Taman Negara Banff, Alberta
-
Gunung Chief, Taman Negara Glacier, barat laut Montana
-
Pemandangan sekitar Taman Negara Yellowstone di barat laut Wyoming
-
Pergunungan Uinta, Utah
-
Gunung Elbert, Colorado, puncak tertinggi Banjaran Rocky
-
Pergunungan Sneffels di barat daya Colorado
Rujukan
- ^ a b Akrigg, G. P. V.; Akrigg, Helen B. (1997). British Columbia Place Names (ed. 3rd). Vancouver, BC: UBC Press. m/s. 229. ISBN 0774806362.
- ^ a b Mardon, Ernest G.; Mardon, Austin A. (2010). Community Place Names of Alberta (ed. 3rd). Edmonton, AB: Golden Meteorite Press. m/s. 283. ISBN 9781897472170.
- ^ Cannings, Richard (2007). The Rockies: A Natural History. Greystone/David Suzuki Foundation. m/s. 5. ISBN 9781553652854.
- ^ "Southern Rocky Mountains". Forest Encyclopedia Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-07. Dicapai pada 2010-08-22.
- ^ "Southern Rocky Mountains". Forest Encyclopedia Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-21. Dicapai pada 2010-08-22.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
Bacaan lanjut
- Baron, Jill (2002). Rocky Mountain futures: an ecological perspective. Island Press. ISBN 1-55963-953-9CS1 maint: postscript (link)
- Newby, Rick (2004). The Rocky Mountain region. Greenwood Press. ISBN 0-313-32817-XCS1 maint: postscript (link)
Pautan luar
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Rocky Mountains. |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Banjaran Rocky. |
- Colorado Rockies Forests ecoregion images at bioimages.vanderbilt.edu (slow modem version)
- North Central Rockies Forests ecoregion images at bioimages.vanderbilt.edu (slow modem version)
- South Central Rockies Forests ecoregion images at bioimages.vanderbilt.edu (slow modem version)
- Sunset on the Top of the Rocky Mountains, CO, Historical Society of Pennsylvania
- U.S. Geological Survey website on the Rocky Mountains
- Headwaters News—Headwaters News—Reporting on the Rockies
- Halaman yang menggunakan templat menggantikan kata ajaib
- CS1 maint: postscript
- Banjaran gunung
- Pergunungan Rocky
- Legeh Benua Amerika Utara
- Kawasan fisiografi Amerika Syarikat
- Banjaran gunung Colorado
- Banjaran gunung Alberta
- Banjaran gunung British Columbia
- Banjaran gunung Idaho
- Banjaran gunung Montana
- Banjaran gunung New Mexico
- Banjaran gunung Utah
- Banjaran gunung Wyoming
- Geografi Barat Amerika Syarikat
- Sejarah Pergunungan Rocky