Singapura | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bandar Raya | ||||||||
Bandaraya Singapura | ||||||||
Koordinat: 1°17′30″N 103°51′00″E / 1.29167°N 103.85000°E | ||||||||
Negara | United Kingdom (1951–1963) Malaysia (1963–1965) | |||||||
Negeri | Tanah Jajahan Singapura (1951–1959) Negeri Singapura (1959–1965) | |||||||
Pentadbiran | ||||||||
• Jenis | Majlis Bandaraya | |||||||
• Datuk Bandar | Ong Eng Guan | |||||||
Keluasan | ||||||||
• Jumlah | 17.84 km2 (6.89 batu persegi) | |||||||
Zon waktu | UTC+7:30 (MALT) | |||||||
Daerah Pos | 1, 6, 7, 8, 9 |
Bandaraya Singapura pernah wujud antara tahun 1951 dan tahun 1965 di Tanah Jajahan Singapura, sebuah Jajahan Mahkota British dan kemudiannya di Negeri Singapura dalam Malaysia, dengan Majlis Bandaraya (City Council) sebagai pemerintah berkuasa. Sebelum tahun 1951, Majlis Bandaraya ini pernah dikenali sebagai Suruhanjaya Perbandaran (Municipal Commission).[1] Bahagian selebihnya Jajahan Mahkota tersebut berada di bawah kuasa Lembaga Luar Bandar Singapura (Singapore Rural Board).
Sejarah
Pewujudan dan pilihan raya berikutnya
Pada pilihan raya 1948 dan 1951 di Singapura, kawasan pilihan raya telah dilukis sepanjang sempadan Suruhanjaya Perbandaran dan Lembaga Luar Bandar, tiap-tiap kawasan tersebut telah dibahagikan kepada beberapa buah kawasan pilihan raya.[2][3]
Kawasan Perbandaran ini kemudiannya dikurniakan status bandar raya dengan sebuah piagam diraja daripada Raja George VI pada 22 September 1951, ketika Singapura masih sebuah Jajahan Mahkota British.[1] Suruhanjaya Perbandaran asal dengan ini telah dinamakan semula sebagai Majlis Bandaraya, manakala Wisma Perbandaran (Municipal Building) telah dinamakan semula sebagai Dewan Bandaraya (City Hall).
Di antara pilihan raya 1957 dan pemansuhan bandaraya secara berperingkat, Ong Eng Guan dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) pernah menjadi datuk bandar selaku ketua parti terbesar dalam Majlis Bandaraya.
Pembubaran
Setelah PAP mendapat kuasa berikutan Pilihan Raya Umum 1959 dan membentuk kerajaan pertama setelah Pemerintahan Sendiri dianugerahkan kepada Jajahan Mahkota ini, bandar raya ini telah dimansuhkan, dengan kuasanya dipindahkan kepada badan berkanun.[4]
Pada tahun 1965, setelah penyingkiran Singapura daripada Malaysia, Akta Kemerdekaan Republik Singapura 1965 menyediakan klausa berikut yang memberikan kuasa kepada Presiden untuk memansuhkan Majlis Bandaraya dan Lembaga Luar Bandar, dengan kuasa pihak berkuasa tempatan diambil alih oleh Pemerintah Singapura.
President may by order make such modifications in any written law as appear to him to be necessary or expedient in consequence of the abolition of the City Council and of the Rural Board and of the assumption of the powers of the local authorities by the Government.
(Presiden boleh atas perintah membuat pengubahsuaian sebegitu dalam mana-mana undang-undang bertulis yang beliau lihat perlu atau wajar akibat pemansuhan Majlis Bandaraya dan Lembaga Luar Bandar dan pengambilalihan kuasa pihak berkuasa tempatan oleh Pemerintah.
Legasi
Hari ini, sebahagian besar daripada Kawasan Tengah (Central Area), yang terletak di sudut tenggara Singapura, adalah sama seperti Bandaraya Singapura dahulu kala.
Rujukan
- ^ a b "City day". Singapore Infopedia. National Library Board.
- ^ "Singapore Legislative Council General Election 1948". Diarkibkan daripada yang asal pada 24 January 2023. Dicapai pada 27 March 2015.
- ^ "Singapore Legislative Council General Election 1951". Diarkibkan daripada yang asal pada 27 July 2020. Dicapai pada 27 March 2015.
- ^ "Singapore Elections".