Bandar Puteri Puchong adalah sebuah taman perumahan yang terletak di Puchong, Selangor, Malaysia. Ia terletak berhampiran dengan Pusat Bandar Puchong dan merupakan suburban baru di Puchong. Hampir 90% penduduknya adalah berbangsa Cina. Tiada sekolah dibina dikawasan ini. Perbandaran seluas 900 ekar ini merupakan kawasan penting di Puchong kerana terdapatnya bank-bank antarabangsa seperti Citibank, HSBC Bank,Standard Chartered Bank dan Al-Rajhi selain bank tempatan. Di sini juga terdapat pusat kewangan baru yang dinamakan Pusat Kewangan Puchong.