Ralat Lua pada baris 511 di Modul:Location_map: Tidak dapat cari takrifan peta lokasi yang ditentukan: "Modul:Peta lokasi/data/Nile" tidak wujud. | |
Lokasi | Aswan, Mesir |
---|---|
Wilayah | Nubia |
Koordinat | 22°16′0″N 31°34′0″E / 22.26667°N 31.56667°EKoordinat: 22°16′0″N 31°34′0″E / 22.26667°N 31.56667°E |
Jenis | Tapak arkeologi |
Ballana (Arab: بلانة, rumi: Ballāna ) ialah sebuah tanah perkuburan di Nubia Hilir. Ia telah digali oleh Walter Bryan Emery, bersama-sama dengan tapak gali Qustul yang berdekatan, antara tahun 1928 dan 1931 dalam projek untuk menyelamatkannya sebelum Empangan Rendah Aswan kedua dibina. Sebanyak 122 kubur ditemui di bawah timbunan besar buatan manusia. Ia ditarikhkan berasal dari selepas keruntuhan kerajaan Meruwi tetapi sebelum kerajaan-kerajaan Nubia Kristian diasaskan, sekitar 350 hingga 600 TM. Makam-makam itu biasanya mempunyai satu atau beberapa kamar bawah tanah, dengan satu kamar pengebumian utama. Beberapa makam ditemui dalam keadaan masih tidak disentuk, tetapi makam yang dirompak tetap mengandungi banyak barang pengebumian.
Objek-objek yang ditemui kebanyakannya berasal dari Nubia, tetapi terdapat juga banyak objek yang diimport dari Mesir Byzantium dan Mediterranean. Paling luar biasa adalah beberapa buah mahkota dari makam-makam yang berbeza menunjukkan bahawa pengebumian terkaya adalah untuk raja dan permaisuri tempatan. Terdapat kuda dan hamba dikebumikan bersama tuan mereka. Tidak banyak objek bertulis di dalam makam-makam. Oleh itu, siapa pemilik makam-makam tersebut mustahil untuk dikenal pasti. Diandaikan bahawa ia adalah pengebumian untuk raja-raja dan ahli istana kerajaan Nobatia.
Satu makam penting yang ditemui di sini ialah makam 118 dengan tiga bilik. Makam ini adalah contoh yang baik tentang bagaimana kerabat diraja dikebumikan di Ballana dan terdiri daripada kamar pengebumian utama dan dua bilik simpanan. Bumbung kamar pengebumian telah runtuh dan makam itu, jadi ia terselamat daripada dirompak. Mayat makam itu ditempatkan di atas usungan. Kemungkinan besar ia seorang raja. Di kepalanya terdapat sebuah mahkota. Di bawah usungan itu, terdapat sisa-sisa papan permainan kayu besar, senjata dan kerusi lipat besi. Ada juga tulang rangka seorang hamba lelaki muda dan seekor lembu. Dalam dua bilik simpanan tadi, ada lagi tulang rangka hamba, serta tembikar dan beberapa pelita gangsa.
Makam Ballana tergolong dalam satu kompleks budaya yang sering dipanggil Kumpulan X. Berikutan penemuan makam-makam ini, budaya ini paling kerap dipanggil Budaya Ballana.[2] Tanah perkuburan asal Ballana kini dibanjiri Tasik Nasser.
Rujukan
- ^ W.B. Emery, Nubian Treasure: An Account of the Discoveries at Ballana and Qustul, London 1948. pl. 13A
- ^ TRIGGER, Bruce (1978). The Ballana Culture and the Coming of Christianity. In: The Essays, edited by S. Hochfield and E. Riefstahl, 107-19. Vol.1 of Africa in Antiquity: The Arts of Ancient Nubia and the Sudan. Brooklyn: Brooklyn Museum.
Pustaka
- Walter B. Emery: Harta Nubian. London 1948, hlm. 57–72