Balai Polis Tapah Road terletak di pekan Tapah Road, daerah Tapah, negeri Perak. Balai ini berhampiran dengan Stesen kereta api Tapah . Ia sebuah bangunan lama daripada papan yang dibina sejak zaman penjajah British . Antara tujuan pembinaannya ialah mengawal keselamatan penduduk pekan Tapah Road dari ancaman komunis pada zaman darurat dan mengawal keselamatan Stesen Kereta Api Tapah Road.