| Umum | |
|---|---|
| Pengarang | Muhammad Ghauts Ghualiari |
| Negara | India |
| Bahasa | Parsi |
| Subjek | Asana-asana yoga |
| Penerbitan | |
Diterbitkan pada | 1602 |
Bahrul Hayat (Arab: بَحْرُ ٱلْحَيَاةِ) atau Lautan Kehidupan (Jawi: لاءوتن كهيدوڤن) adalah sebuah kitab Parsi bergambar, diterbitkan sekitar 1602 oleh Muhammad Ghauts, yang merangkumi topik termasuk asana yang digunakan untuk pertapaan. Ia berkemungkinan merupakan buku teks yoga bergambar yang pertama.[1][2]
Kitab
[sunting | sunting sumber]Asal-usul
[sunting | sunting sumber]Sebuah kitab yang hilang bernama Anritakunda (Sanskrit: अमृतकुण्ड) atau Kolam Madu (Jawi: كولم مادو), telah ditulis di India, sama ada dalam bahasa Hindi atau Sanskrit. Ini katanya diterjemahkan ke dalam bahasa Arab sebagai Haud Ma’ul Hayat (Arab: حَوْضُ مَاءِ الْحَيَاةِ) atau Kolam Air Kehidupan (Jawi: كولم اءير كهيدوڤن), di Benggala pada tahun 1210, walaupun sarjana Carl Ernst mencadangkan bahawa terjemahan itu sebenarnya dibuat oleh seorang ulama Parsi, mungkin pada abad ke-15, seorang lelaki yang kemudiannya mengembara ke India dan memerhatikan yogi-yogi Natha mempraktikkan hathayoga. Kadi dari Gauda, Ruknuddin, dikatakan telah mengislamkan yogi Kamarupa terkenal yang dikenali sebagai Bhojar Brahman. Anritakunda itu kemudiannya diberikan kepada Kadi yang kemudiannya menterjemahkannya ke dalam bahasa Arab sebagai Haudhul Hayat. Beliau kemudian menterjemahkannya ke dalam bahasa Parsi sebagai Bahrul Hayat.[3][4]
Walau bagaimanapun, terdapat riwayat lain. Dikatakan bahawa pada abad ke-16, guru Sufi India bernama Muhammad Ghauts Ghualiari menterjemah teks Arab tersebut ke dalam bahasa Parsi, dan memperluaskan teks itu dengan banyak (selari dengan pemerhatian Ernst tentang perubahan tajuk daripada Kolam kepada Lautan). Antara peluasan lain, huraian yoga meningkat daripada 5 kepada 21 asana.[5]
Buku panduan bergambar hathayoga
[sunting | sunting sumber]Bahrul Hayat menarik minat sebagai buku panduan bergambar pertama hathayoga. Ia menggambarkan seorang yogi melakukan 22 asana; ia menerangkan dan menggambarkan postur termasuk Gorakshasana; Kukkutasana, sikap ayam jantan, yang dipanggil Sthambhasana; Kurmasana,[a] sikap kura-kura; Uttanakurmasana, yang dipanggil Vajrasana; dirian kepala yoga; dan Garbhasana, sikap janin dalam rahim. Ia juga menyebut asana duduk Padmasana dan Siddhasana. Antara amalan lain, ia menerangkan khecharimudra, pemanjangan dan pelipatan lidah ke belakang untuk menutup laluan ke hidung; dan anahad, menyumbat telinga untuk mendengar bunyi abadi yang tidak dipukul.[b][6][7][8]
Persamaan antara yoga dan tasawuf
[sunting | sunting sumber]Ghauts mempersembahkan yoga dalam banyak cara sebagai setara dengan tasawwuf; sebagai contoh, beliau menyamakan 7 mantera Sanskrit yang dikaitkan dengan 7 chakra dengan beberapa nama Allah dalam bahasa Arab; mantera luar sedar soham (सोऽहम्, "Aku adalah Itu") iaitu bunyi yang dihasilkan semasa seseorang menarik dan menghembus nafas, disamakan dengan istilah Arab rabbul arbab, "Tuan bagi segala Tuan"; dan sebagai satu contoh terakhir daripada banyak lagi, pendeta Hindu Matsyendranatha (namanya bermaksud "Penghulu Segala Ikan" dalam Sanskrit) disamakan dengan Nabi Yunus, yang ditelan oleh ikan besar. Secara lebih langsung, Ghauts menyatakan bahawa pengalaman kerohanian peribadi para yogi dan ahli Sufi adalah serupa.[5]
Nota
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Yoga and the Body" (dalam bahasa Inggeris). Asian Art Museum. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 December 2019. Dicapai pada 1 February 2019.
- ^ Contributor, Ulu (2023-03-26). "Yoga and Islam : Unveiling A Common Ground in Yoga and Islamic". Ulu Yoga | Yoga Teacher Training Online | Yoga Alliance Certified (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-12-23.
- ^ Abdul Karim (2012). "The Iranians". Dalam Sirajul Islam and Ahmed A. Jamal (penyunting). Banglapedia: National Encyclopedia of Bangladesh (dalam bahasa Inggeris) (ed. Second). Persatuan Asiatik Bangladesh.
- ^ Abdul Karim (2012). "Bahr-ul-Hayat". Dalam Sirajul Islam and Ahmed A. Jamal (penyunting). Banglapedia: National Encyclopedia of Bangladesh (dalam bahasa Inggeris) (ed. Second). Persatuan Asiatik Bangladesh.
- ^ a b Ernst 2016, m/s. 121–129.
- ^ Mallinson, James (9 December 2011). "A Response to Mark Singleton's Yoga Body by James Mallinson" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 January 2019. disemak semula daripada persidangan Akademi Agama Amerika, San Francisco, 19 November 2011.
- ^ Mallinson & Singleton 2017, m/s. 114–116, 252–253, 357–358.
- ^ Gwaliyari & Ernst 2013.
Sumber
[sunting | sunting sumber]- Gwaliyari, Muhammad Ghauts; Ernst, Carl W. (trans.) (2013) [1602]. Yoga: The Art of Transformation | Chapter 4 of the Bahr al-hayat, by Muhammad Ghawth Gwaliyari. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-09-13. Dicapai pada 2019-02-01.
- Mallinson, James; Singleton, Mark (2017). Roots of Yoga. Penguin Books. ISBN 978-0-241-25304-5. OCLC 928480104.
- Ernst, Carl W. (2016). "Chapter 8: Sufism and Yoga according to Muhammad Ghawth". Refractions of Islam in India: Situating Sufism and Yoga. Sage. m/s. 121–129. ISBN 978-93-5150-964-6.








