Bahruddin Bekri | |
---|---|
Lahir | Sarawak |
Nama pena | Bahruddin Bekri |
Pekerjaan | Penulis dan Editor |
Warganegara | Malaysia |
Genre | Fiksyen |
Laman web | |
http://www.dingin.blogspot.com/ |
Mohamad Bahruddin bin Mohamad Bekri atau dengan nama pena Bahruddin Bekri ialah seorang penulis buku fiksyen di Malaysia. Bukunya banyak diterbitkan oleh syarikat PTS Media Group Sdn Bhd.[1]
Beliau berasal dari Kampung Iboi Ulu, Sadong Jaya, Sarawak. Beliau memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Iboi / Pelandok sebelum menyambung ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sadong Hilir (Semera). Selepas tamat SPM, beliau melanjutkan pelajaran ke matrikulasi Universiti Putra Malaysia dan seterusnya ke peringkat Sarjana Muda Ekonomi di universiti yang sama.
Novel beliau berjudul Doa Untuk Aku telah diadaptasi menjadi drama rantaian 12 episod yang disiarkan di TV AlHijrah[2] pada Ogos 2012.
Karya
- Doa Untuk Aku
- Dunia Ini Sederhana Kecil
- Diari Mat Despatch: Naluri Ayah
- Padanya Ada Hikmah
- Diari Mat Despatch Edisi Patah Hati
- Hidup Penuh Cinta
- Diari Mat Despatch Hati Emak
- Skuad Halimunan
- Penulis yang Disayang Tuhan
- Diari Mat Despatch Lelaki Baik
- Detektif Bertudung Hitam: Penyiasat Masjid
- Lelaki Berkasut Merah
- Remaja@ptsone 2010
- Diari Mat Despatch
- Kita Hanya di Seberang Jalan
- Di Mana Terangnya Bulan
- Puisi Untuk Nadina
- Adi Gempa: Evolusi
- Detektif Bertudung Hitam
- Perang Kucing
Rujukan
- ^ Bahruddin Bekri.
- ^ "Nilai Islamik Kalam Cinta". Harian Metro. 3 Julai 2013. Dicapai pada 19 Julai 2021.