Bahasa penskripan ialah bahasa pengaturcaraan komputer yang biasanya ditafsir dan boleh ditaip langsung dari papan kekunci. Sebuah penggunaan yang ditulis dengan menggunakan bahasa perskripan dipanggil sebuah "skrip". Ia adalah berbeza dengan atur cara kerana atur cara adalah kekal ditukarkan kepada fail perduaan boleh laksana sebelum dijalankan.
Antara kebaikan bahasa penskripan ialah skrip-skrip sesuatu penggunaan boleh diubah tanpa perlu dikompilkan atau ditafsirkan semula. Berbeza dengan atur cara yang dalam bentuk fail boleh laksana, yang perlu dikompil semula untuk melakukan sebarang perubahan bagi perilaku sesuatu program.
Terdapat banyak bahasa penskripan yang telah wujud pada hari ini, antaranya ialah Python, Perl, Tcl dan sebagainya.
Lihat Gaming
Pautan luar
- (Inggeris)Tcl Developer Xchange — halaman ini adalah pengenalan untuk Tcl, di dalamnya terdapat juga takrifan untuk bahasa skrip.
- Webopedia