(Dilencongkan daripada Bahasa dari India)
Senarai bahasa-bahasa kebangsaan di India:
Bahasa Dravidia
Bahasa-bahasa ini tertumpu di kawasan India selatan dan jirannya Sri Lanka.
- bahasa Malayalam (മലയാളം) — tertumpu di negeri Kerala.
- bahasa Kannada (ಕನ್ನಡ) — tertumpu di negeri Karnataka.
- bahasa Tamil (தமிழ்) — tertumpu di negeri Tamil Nadu dan negara jiran Sri Lanka.
- bahasa Telugu (తెలుగు) — tertumpu di negeri Andhra Pradesh.
Bahasa Indo-Arya
Bahasa-bahasa ini tertumpu di kawasan utara India termasuk negara jirannya seperti Pakistan, Nepal dan Bangladesh.
- bahasa Assam (অসমিয়া) — tertumpu di negeri Assam.
- bahasa Bengali (বাংলা) — bahasa kebangsaan Bangladesh; juga tertumpu di negeri Bengal Barat, India.
- bahasa Gujarati (ગુજરાતી) — tertumpu di negeri Gujarat.
- bahasa Hindi (हिंदी) — bahasa kebangsaan utama persekutuan Republik India, tertumpu di kawasan utara-tengah India termasuk kota Delhi dan sekitarnya.
- bahasa Kashmir (काशुर) — tertumpu di kawasan Jammu dan Kashmir.
- bahasa Konkani (कोंकणी) — tertumpu di rantau Konkan di bahagian barat India.
- bahasa Marathi (मराठी) — tertumpu di negeri Maharashtra.
- bahasa Oriya (ଓଡ଼ିଆ) — tertumpu di negeri Orissa.
- bahasa Panjabi (ਪੰਜਾਬੀ) — tertumpu di kawasan Panjab yang merentasi sempadan India-Pakistan.
- bahasa Sanskrit (संस्कृत) — bahasa suci bagi agama Hindu dan agama Buddha (mazhab Mahayana) yang lahir di India.
- bahasa Sindhi (सिन्धी) — tertumpu di wilayah Sindh, Pakistan dan kawasan sekelilingnya.
- bahasa Urdu (اردو) — bahasa kebangsaan Pakistan.
India juga mempunyai 844 dialek.