Bahasa Melayu Deli pada asasnya adalah sama dengan Bahasa Melayu yang digunakan di Malaysia. Namun bahasa ini telah banyak dipengaruhi oleh bahasa dari Batak Karo dan bahasa-bahasa di sekitarnya. Bahasa Melayu Deli dipertutur di sebahagian kawasan di provinsi Sumatera Utara iaitu di daerah Langkat, Deli Serdang dan sebahagian kota Medan. Di kota Medan sendiri terdapat banyak stesen radio-radio awam mahupun negeri yang menggunakan bahasa Melayu Deli.