Bahasa Arab Klasik | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Asli kepada | Mengikut sejarah di Timur Tengah, kini digunakan sebagai bahasa suci Islam | ||||||
Afro-Asiatik
| |||||||
Kod bahasa | |||||||
ISO 639-1 | ar | ||||||
ISO 639-2 | ara | ||||||
ISO 639-3 | arb | ||||||
Ayat-ayat al-Quran dalam bahasa Arab Klasik, dikarang menggunakan tulisan Arab melengkung.]] | |||||||
Bahasa Arab Klasik, juga digelar Bahasa Arab al-Quran, ialah bentuk bahasa Arab yang digunakan dalam teks sastera dari zaman Khilafah Ummayyah dan Abbasiyyah (kurun ke-7 hingga ke-9 M). Ia berasaskan loghat Zaman Pertengahan puak-puak Semenanjung Arab. Bahasa Arab Piawai Moden ialah keturunan langsung yang digunakan hari ini di seluruh Dunia Arab dalam tulisan dan pertuturan rasmi, contohnya, ucapan disediakan, sesetengah siaran radio, dan kandungan bukan hiburan.[1] Sementara leksis dan stilistika bahasa Arab Piawai Moden berbeza daripada bahasa Arab Klasik, morfologi dan sintaks telah kekal secara dasarnya dan tidak berubah (walaupun bahasa Arab Piawai Moden menggunakan subset struktur sintaks yang ada dalam bahasa Arab Klasik).[2] Loghat vernakular, bagaimanapun, telah berubah secara lebih sensasi.[3] Kedua-dua Arab Klasik dan Arab Moden lazimnya dipanggil al-Fuṣ-ḥā (الفصحى ) dalam bahasa Arab, bermakna 'yang disebut dengan jelas' atau 'bahasa yang fasih'.
Oleh sebab al-Quran ditulis dalam bahasa Arab Klasik, bahasanya dianggap oleh kebanyakan umat Islam sebagai suci.[4] Ia merupakan satu-satunya bahasa yang digunakan umat Islam dalam sembahyang mereka, tanpa mengira bahasa apa yang digunakan sehari-harian.
Sejarah
Bahasa Arab Klasik mempunyai punca di tengah dan utara Semenanjung Arab, dan berbeza daripada bahasa Arab Selatan Lama yang dituturkan di bahagian selatan semenanjung tersebut, iaitu Yaman hari ini.[5] Bahasa Arab Klasik merupakan satu-satunya keturunan bahasa Arab Utara Lama yang masih bertahan. Inskripsi tertua yang telah ditemui dalam Arab Klasik bertarih 328 M dan dikenali sebagai inskripsi Namārah, ditulis dalam abjad Nabataean dan dinamakan bersempena tempat ia ditemui di selatan Syria pada April 1901.[6]
Dengan tersebarnya Islam, bahasa Arab Klasik menjadi bahasa utama kesarjanaan dan kesalihan keagamaan sebagai bahasa al-Quran (kadang-kadang tersebar lebih pantas daripada Islam itu sendiri).[7] Hubungannya dengan loghat moden seakan-akan sama dengan hubungan bahasa Latin dengan bahasa-bahasa Romawi atau bahasa Cina Pertengahan dengan bahasa Cina moden.
Morfologi
Bahasa Arab Klasik merupakan salah satu bahasa Semitik, oleh itu banyak persamaannya dari segi konjugasi dan penyebutan dengan bahasa-bahasa Ibrani, Akkad, Aramia, dan Amhara. Kegunaan bunyi vokalnya untuk mengubah sekumpulan konsonan asas amat serupa dengan pembinaan kata dalam bahasa Ibrani Kitab Bible.
Sebagai contoh:
- kataba, dia telah menulis (kala lampau)
- yaktubu, dia menulis (kala kini)
- kitāb, buku (tunggal)
- kutub, buku-buku (jamak)
- maktabah, perpustakaan
- miktāb, mesin tulis
Perkataan-perkataan tadi ada kaitan dengan perihal menulis, dan semuanya terdiri daripada susunan tiga konsonan K-T-B. Kumpulan konsonan k-t-b dipanggil "akar." Ahli tatabahasa menganggap akar ini membawa maksud asas perihal menulis, yang melingkungi segala objek atau perbuatan yang melibatkan penulisan. Oleh itu, semua perkataan di atas dikira sebagai bentuk ubah suai yang "diperoleh" dan "diterbitkan" bagaimana sekalipun daripada akar "tulis".
Tatabahasa
Tatabahasa dalam bahasa Arab (قواعد , bermakna "peraturan"), menjalani perkembangan pada lewat tahun 700 M.[8][9] Ahli penahuan terawal bahasa Arab ialah ʻAbd Allāh ibn Abī Isḥāq. Usaha ketiga-tiga generasi lanjut pentatabahasa mencapai puncaknya dalam buku cendikiawan Parsi Sibāwayhi. Usaha kini bertujuan untuk menganotasi keseluruhan Tatabahasa Arab al-Quran, menggunakan sintaks tradisional:
Fonologi
Bahasa Arab Klasik mempunyai tiga pasangan vokal panjang dan pendek: /a/, /i/, and /u/, seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut:
Vokal | Pendek | Panjang | ||
---|---|---|---|---|
Tinggi | /i/ | /u/ | /iː/ | /uː/ |
Rendah | /a/ | /aː/ |
Seperti bahasa Arab Piawai Moden, bahasa Arab Klasik mempunyai 28 fonem konsonan:
Dwibibir | Antargigi | Gigi | Lelangit | Velar | Uvular | Farinks | Glotis | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Biasa | Penegas | |||||||||
Sengau | m | n | ||||||||
Hentian | Tak bersuara | t | tˤ | k | q | ʔ | ||||
Bersuara | b | d | ɟ2 | |||||||
Geseran | Tak bersuara | f | θ | s1 | sˤ | ç | χ | ħ | h | |
Bersuara | ð | z | ðˤ | ʁ | ʕ | |||||
Sisian | l3 | ɬˤ | ||||||||
Getaran | r | |||||||||
Malaran tak bergeser |
j | w |
- Bunyi /s/ bukan penegas mungkin sekali berupa [ʃ],[11] yang beranjak ke hadapan mulut forward sebelum atau serentak dengan pendepanan lelangit (lihat di bawah).
- Diterbitkan dari bunyi *g dalam bahasa Proto-Semitik, /ɟ/ mungkin berupa bunyi velar yang dilelangitkan: /gʲ/
- /l/ hanya ditegaskan ([lˁ]) dalam /ʔalˁːɑːh/ (Allah),[12] kecuali selepas i atau ī: bismi l-lāh /bismillaːh/.
Konsonan yang sering disifatkan "penegas" /tˤ, ɬˤ, sˤ, ðˤ/ adalah sama ada divelarkan [tˠ, ɬˠ, sˠ, ðˠ] atau difarinkskan [tˤ, ɬˤ, sˤ, ðˤ].[13] Dalam sesebuah sistem transkripsi bahasa Arab, penegasan ditunjukkan dengan menulis huruf besar, contohnya: /sˁ/ ditulis ‹S›; selainnya, huruf berkenaan dibubuh garis atau titik di bawahnya, contohnya: ‹ṣ›.
Terdapat sebilangan perubahan fonetik di antara Bahasa Arab Klasik dan loghat-loghat bahasa Arab moden, termasuk:[14]
- Bunyi lelangit /ɟ/ /ç/ (<ج> <ش>) menjadi konsonan belakang gusi: /dʒ/ /ʃ/
- Bunyi geseran uvular /χ/ /ʁ/ (<خ> <غ>) menjadi velar atau pasca-velar: /x/ /ɣ/
- /ɬˤ/ (<ض>) menjadi /dˤ/ (Sesetengah tradisi Tajweed tertentu mengekalkan nilai asli bunyi ini secara sinkronik.)
Lihat abjad Arab untuk perincian lanjut pewakilan IPA suara bahasa Arab sezaman.
Aksara khas
Terdapat pelbagai tanda baca khas dalam bahasa Arab Klasik yang dalam al-Quran yang jarang sekali didapati dalam penulisan Arab moden. Kebanyakan tanda-tanda ini berfungsi sebagai bantuan kepada pembaca untuk menyebut bahasa Arab Klasik dengan tepat, dan juga boleh menandakan sujud, surah, atau tanda penghujung bab atau juz (rub al-hizb).
Kod | Glif | Nama | |||
---|---|---|---|---|---|
06D6 | ۖ | SMALL HIGH LIGATURE SAD WITH LAM WITH ALIF MAKSURA | |||
06D7 | ۗ | SMALL HIGH LIGATURE QAF WITH LAM WITH ALIF MAKSURA | |||
06D8 | ۘ | SMALL HIGH MEEM INITIAL FORM | |||
06D9 | ۙ | SMALL HIGH LAM ALIF | |||
06DA | ۚ | SMALL HIGH JEEM | |||
06DB | ۛ | SMALL HIGH THREE DOTS | |||
06DC | ۜ | SMALL HIGH SEEN | |||
06DD | | END OF AYAH | |||
06DE | ۞ | START OF RUB AL HIZB | |||
06DF | ۟ | SMALL HIGH ROUNDED ZERO | |||
06E0 | ۠ | SMALL HIGH UPRIGHT RECTANGULAR ZERO | |||
06E1 | ۡ | SMALL HIGH DOTLESS HEAD OF KHAH = Arabic jazm • used in some Qur'ans to mark absence of a vowel | |||
06E2 | ۢ | SMALL HIGH MEEM ISOLATED FORM | |||
06E3 | ۣ | SMALL LOW SEEN | |||
06E4 | ۤ | SMALL HIGH MADDA | |||
06E5 | ۥ | SMALL WAW | |||
06E6 | ۦ | SMALL YAA | |||
06E7 | ۧ | ARABIC SMALL HIGH YAA | |||
06E8 | ۨ | SMALL HIGH NOON | |||
06E9 | ۩ | PLACE OF SAJDAH | |||
06EA | ۪ | EMPTY CENTRE LOW STOP | |||
06EB | ۫ | EMPTY CENTRE HIGH STOP | |||
06EC | ۬ | ROUNDED HIGH STOP WITH FILLED CENTRE | |||
06ED | ۭ | SMALL LOW MEEM | |||
Daripada: Unicode Standard - Arabic |
Nota
- ^ (Bin-Muqbil 2006, p. 14)
- ^ (Bin-Muqbil 2006, p. 15)
- ^ (Watson 2002, p. 8)
- ^ "Arabic Language,"Microsoft Encarta Online Encyclopedia 2009. "Classical Arabic, which has many archaic words, is the sacred language of Islam...". 2009-10-31.
- ^ "The Collapse of the Marib Dam and the Origin of the Arabs". Arabia Felix. 30 Mac 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-09. Dicapai pada 2009-11-13.
- ^ James A. Bellamy (1985). "A New Reading of the Namārah Inscription". Journal of the American Oriental Society. American Oriental Society. 105 (1): 31–51. doi:10.2307/601538.
- ^ (Watson 2002, p. 8)
- ^ Goodchild, Philip. Difference in Philosophy of Religion, 2003. Page 153.
- ^ Sayce, Archibald Henry. Introduction to the Science of Language, 1880. Page 28.
- ^ (Watson 2002, p. 13)
- ^ (Watson 2002, p. 15)
- ^ (Watson 2002, p. 16)
- ^ (Watson 2002, p. 2)
- ^ (Watson 2002, p. 15-17)
Rujukan
- Bin-Muqbil, Musaed (2006), Phonetic and Phonological Aspects of Arabic Emphatics and Gutturals, University of Wisconsin–Madison
- Holes, Clive (2004) Modern Arabic: Structures, Functions, and Varieties Georgetown University Press. ISBN 1-58901-022-1
- Versteegh, Kees (2001) The Arabic Language Edinburgh University Press ISBN 0-7486-1436-2 (Ch.5 available in link below)
- Watson, Janet (2002), The Phonology and Morphology of Arabic, New York: Oxford University Press
Lihat pula
- Bahasa Arab
- Bahasa Arab Piawai Moden
- Ancient North Arabian
- Quranic Arabic Corpus
- Senarai kata pinjaman dari bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan bahasa Indonesia
Pautan luar
Cari Bahasa Arab Klasik dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
Cari Bahasa Arab Moden Piawai dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
Cari Fus-ha dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
- LearnArabicOnline - an authoritative, online project for Classical Arabic (CA)
- Classical Arabic Blog
- Arabic grammar online
- Online Classical Arabic Reader
- Classical Arabic Grammar Documentation Diarkibkan 2016-03-08 di Wayback Machine - Visualization of Classical Quranic Grammar (i'3raab)