Bahasa-bahasa Samiah Barat | |
---|---|
Taburan geografi: | Timur Tengah |
Klasifikasi bahasa: | Afroasia
|
Pembahagian: | |
Glottolog: | west2786[1] |
Bahasa-bahasa Samiah Barat merupakan subkumpulan utama yang diusulkan bagi keluarga bahasa Samiah kuno. Istilah tersebut pertama kali dicipta pada tahun 1883 oleh Fritz Hommel.[2][3][4]
Kumpulan tersebut,[5] yang disokong oleh pengkaji Samiah seperti Robert Hetzron dan John Huehnergard, membahagikan keluarga bahasa Samiah kepada dua cabang: Timur dan Barat.[6]
Bahasa-bahasa Samiah Barat terdiri daripada subkumpulan yang ditakrifkan dengan jelas: bahasa-bahasa Arab Selatan Moden, bahasa Arab Selatan Lama, bahasa-bahasa Samiah Habsyah, bahasa Arab, dan bahasa-bahasa Samiah Barat Laut (termasuklah bahasa Ibrani, bahasa Aram, dan bahasa Amurru dan bahasa Ugarit yang telah pupus).[6]
Sementara itu, bahasa-bahasa Samiah Timur terdiri daripada bahasa Ebla dan bahasa Akkadia yang sudah pupus.[7]
Bahasa-bahasa Samiah Habsyah dan bahasa-bahasa Arab Selatan menunjukkan ciri-ciri lazim tertentu, dan sering dilonggokkan bersama sebagai bahasa-bahasa Samiah Selatan.[6] Pengelasan kedudukan bahasa Arab yang betul dalam bahasa-bahasa Samiah masih diperdebatkan. Dalam pengelasan lama, ia dilonggokkan dengan bahasa-bahasa Samiah Selatan.[8] Walau bagaimanapun, Hetzron dan Huehnergard mengaitkannya lebih rapat dengan bahasa-bahasa Samiah Barat Laut, untuk membentuk bahasa-bahasa Samiah Tengah.[6] Sesetengah pengkaji Samiah terus berhujah untuk pengelasan yang lebih lama tersebut, berdasarkan ciri tersendiri iaitu kata jamak pecah. Beberapa bahasawan juga berpendapat bahawa Eteokuprus ialah ahli bahasa-bahasa Samiah Barat Laut yang dituturkan di Cyprus purba.
Rujukan
- ^ Hammarström, Harald; Forkel, Robert; Haspelmath, Martin, penyunting (2017). "West Semitic". Glottolog 3.0. Jena, Germany: Max Planck Institute for the Science of Human History.
- ^ The Semitic Languages: An International Handbook, Chapter V, page 425
- ^ Aaron D. Rubin (2008). "The subgrouping of the Semitic languages". Language and Linguistics Compass. Blackwell Publishing Ltd. 2 (1): 61–84. doi:10.1111/j.1749-818x.2007.00044.x.
P. Haupt (1878) first recognized that the qatala past tense found in West Semitic was an innovation, and that the Akkadian prefixed past tense must be archaic. It was F. Hommel, however, who recognized the implications of this for the subgrouping of Semitic; cf. Hommel(1883: 63, 442; 1892: 92–97; 1926: 75–82).
- ^ Fritz Hommel, Die semitischen Volker und Sprachen als erster Versuch einer Encyclopadie der semitischen Sprach- und Alterthums-Wissenschaft, (1883)
- ^ Hoftijzer, Jacob; Kooij, Gerrit Van der (January 1991). The Balaam Text from Deir ʻAlla Re-evaluated: Proceedings of the International Symposium Held at Leiden, 21-24 August 1989. ISBN 9004093176.
- ^ a b c d Huehnergard, John; Pat-El, Na’ama (2013-10-08). The Semitic Languages (dalam bahasa Inggeris). Routledge. m/s. 6. ISBN 978-1-136-11580-6. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama ":0" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Weninger, Stefan (2011-12-23). The Semitic Languages: An International Handbook (dalam bahasa Inggeris). Walter de Gruyter. m/s. 2. ISBN 978-3-11-025158-6.
- ^ Huehnergard, John; Pat-El, Na’ama (2013-10-08). The Semitic Languages (dalam bahasa Inggeris). Routledge. m/s. 5. ISBN 978-1-136-11580-6.
Sumber
- Alice Faber, "Subkumpulan Genetik Bahasa Samiah", dalam Hetzron, ed., 2013, The Semitic Languages, Routledge.