Murut | |
---|---|
Taburan geografi: | Sabah, Borneo |
Klasifikasi bahasa: | Austronesia |
Pembahagian: |
|
Glottolog: | grea1294[1] |
Bahasa-bahasa Murut ialah sejenis keluarga bahasa Austronesia yang berkait rapat, dituturkan di kawasan pedalaman utara Borneo oleh warga Murut dan Tidung.
Bahasa
Bahasa-bahasa Murut ialah (Lobel 2013):[2]
- Murut jati
- Dialek Murut
Murut Keningau, Murut Beaufort (Binta'), Murut Tabalunan/Serudung, Murut Selungai, Murut Sembakung, Okolod, Bookan, Murut Tanggala, Paluan, Murut Agabag/Tinggalan.
- Tidung
Burusu, Kalabakan, Nunukan, Sesayap
Bahasa Tagol lazimnya digunakan dan difahami oleh majoriti besar masyarakat Murut.
Lobel (2013:360) juga menyenaraikan bahasa Abai Sembuak, Abai Tubu dan Bulusu (semuanya dituturkan berhampiran bandar Malinau,Kalimantan Utara) sebagai Murutik. Sebaliknya, Sungai Abai, yang dituturkan di timur Sabah, ialah bahasa Paitan.
Lobel (2016)
Lobel (2016) merangkumi bahasa-bahasa Murut berikut, termasuk Tidong:
- Tatana
- Papar
- Murut Nabaay
- Gana
- Murut Timugon
- Murut Paluan
- Murut Tagol
- Kolod
- Tingalan Barat
- Tingalan Timur
- Murut Kalabakan
- Abai Sembuak
- Abai Tubu
- Bulusu
- Tidung Bengawong
- Tidung Sumbol
- Tidung Kalabakan
- Tidung Mensalong
- Tidung Malinau
Inovasi
Lobel (2013:367) menyenaraikan inovasi fonologi Murutik berikut. (Nota: PSWSAB bermaksud Proto-Sabah Barat Daya, manakala PMP bermaksud Proto-Melayu-Polinesia.)
- PMP/PSWSAB *R > *h / __ V (kecuali selepas *ə, di mana ia telah beralih kepada *g dalam PSWSAB). Selepas itu, *h > Ø Proto-Murut Raya berlaku dalam semua bahasa anak kecuali Papar.
- PMP/PSWSAB *R > *g / __ #
- PMP/PSWSAB *aw > *ow; *ay > *oy
- PMP/PSWSAB *iw > *uy
- PGMUR *g- > Ø selepas awalan kata adjektif *ma-
- PMP/PSWSAB *ə > *a dalam suku kata bukan akhir, kecuali dalam persekitaran *_Cə, di mana ia dicerminkan sebagai /o/
Rujukan
- ^ Hammarström, Harald; Forkel, Robert; Haspelmath, Martin, penyunting (2017). "Greater Murutic". Glottolog 3.0. Jena, Germany: Max Planck Institute for the Science of Human History.
- ^ "Greater Murutic". Glottolog 4.3. 2020.
- Lobel, Jason William. 2013. Philippine and North Bornean languages: issues in description, subgrouping, and reconstruction. Ph.D. dissertation. Manoa: University of Hawai'i at Manoa.
- Lobel, Jason William. 2016. North Borneo Sourcebook: Vocabularies and Functors. University of Hawaii Press. ISBN 9780824857790ISBN 9780824857790