Bahasa-bahasa Formosa Timur | |
---|---|
Taburan geografi: | Taiwan |
Klasifikasi bahasa: | Austronesia
|
Pembahagian: | |
Glottolog: | east2493[1] |
Kawasan penutur bahasa-bahasa Formosa Timur (ungu) |
Bahasa-bahasa Formosa Timur ialah sebuah keluarga bahasa yang terdiri daripada pelbagai bahasa-bahasa Formosa yang tersebar di seluruh Taiwan, termasuklah bahasa Kebaran, bahasa Amis, dan bahasa Siraya yang telah pupus. Keluarga tersebut disokong oleh kedua-dua Robert Blust dan Paul Jen-kuei Li. Li menganggap kawasan penutur bahasa Siraya di dataran barat daya Taiwan sebagai tanah air yang paling mungkin bagi penutur bahasa-bahasa Formosa Timur, di mana mereka kemudiannya merebak ke pantai timur Taiwan dan secara beransur-ansur berhijrah ke kawasan Taipei zaman kini.[2]
Bahasa
- Bahasa-bahasa Kebaran
- Bahasa-bahasa Sakizaya-Amis
- Bahasa Sakizaya
- Bahasa Amis
- Bahasa-bahasa Siraya
- Bahasa Siraya
- Bahasa-bahasa Makatao-Taivuan
Bahasa Luilang sering dilonggokkan dengan loghat Ketagalan bahasa Basay, tetapi pembuktiannya kurang dan masih nirkelas. Sagart meletakkannya sebagai cabang utama dalam keluarga bahasa-bahasa Austronesia.[3]
Bukti
Li mengemukakan kriteria berikut sebagai bukti untuk subkumpulan bahasa-bahasa Formosa Timur.[2]
- Penggabungan *C dan *t sebagai /t/
- Penggabungan *D dan *Z sebagai /r/ atau /l/ dalam Basay, sebagai /z/ dalam bahasa Kebaran
- Penggabungan *q, *H, *ʔɦ dan sifar
- Penggabungan *j, *n, dan *N sebagai /n/
- Anjakan *k ke /q/ dan /q/ > /h/ (bahasa Basay sahaja) sebelum *a
Li menyatakan bahawa pemisahan *k kepada k dan q (sebelum *a) dikongsi eksklusifnya oleh bahasa Basay dan bahasa Kebaran.[2] Seperti bahasa Kebaran dan bahasa Basay, bahasa Siraya menggabungkan bentuk tumpuan penderita dan tumpuan tempat, walaupun bahasa Amis membezakan dua bentuk tumpu. Li juga menyenaraikan berpuluh-puluh pembaharuan kosakata yang dikongsi antara bahasa-bahasa Formosa Timur.[2]
Bahasa Basay, bahasa Kebaran, dan bahasa Amis juga berkongsi tradisi lisan yang menyatakan asal-usul lazim dari sebuah pulau yang dipanggil "Sinasay" atau "Sanasay," yang mungkin ialah Pulau Hijau kini.[4]
Rujukan
- ^ Hammarström, Harald; Forkel, Robert; Haspelmath, Martin, penyunting (2017). "East Formosan". Glottolog 3.0. Jena, Germany: Max Planck Institute for the Science of Human History.
- ^ a b c d Li 2004.
- ^ Sagart 2021.
- ^ Li 2008.
Karya Dipetik
- Li, Paul Jen-kuei (1992). Li, Paul Jen-kuei (penyunting). Selected Papers on Formosan Languages 台灣平埔族的種類及其互關係 [Classification of the Sinicized tribes in Taiwan and their internal relationships]. 2. Taipei, Taiwan: Institute of Linguistics, Academia Sinica.
- Li, Paul Jen-kuei (2004). "Origins of the East Formosans: Basay, Kavalan, Amis, and Siraya" (PDF). Languages and Linguistics. 5 (2): 363–376.
- Li, Paul Jen-kuei (2008). "Time perspective of Formosan Aborigines". Dalam Sanchez-Mazas, Alicia; Blench, Roger; Ross, Malcolm D.; Peiros, Ilia & Lin, Marie (penyunting). Past human migrations in East Asia: matching archaeology, linguistics and genetics. Taylor & Francis US. ISBN 978-0415399234.
- Sagart, Laurent (2021), "A more detailed early Austronesian phylogeny" (PDF), 15th International Conference on Austronesian Linguistics