Bahasa Arab Selatan Moden | |
---|---|
Bahasa Semitik Selatan Timur | |
Taburan geografi: | Yaman dan Oman |
Klasifikasi bahasa: | Afro-Asia
|
Pembahagian: | |
Glottolog: | mode1252[1] |
Bahasa-bahasa Arab Selatan Moden ('BASeM, atau dalam Inggeris MSALs Modern South Arabian languages'),[2][3] juga dikenali sebagai rumpun bahasa Semitik Selatan Timur, ialah sekumpulan bahasa terancam yang dituturkan oleh sebuah populasi kecil di Semenanjung Arab, di Yaman dan Oman dan Pulau Socotra. Bersama-sama dengan bahasa-bahasa Ethiosemitik dan Sayhadi, cabang Baratnya, ia membentuk subcabang rumpun Semitik Selatan dalam cabang Semitik rumpun bahasa Afro-Asia.
Pengelasan
Dalam pengelasan berasaskan glotokronologi Alexander Militarev, beliau menyatakan bahasa Arab Selatan Moden adalah cabang rumpun Semitik Selatan, berbeza dengan cabang Semitik Utara yang merangkumi semua bahasa Semitik yang lain.[4][5] Bahasa-bahasa ini tidak lagi dianggap sebagai bahasa turunan Arab Selatan Kuno, seperti yang pernah dipercayai dahulu, tetapi kini dianggap sebagai "anak saudara". Walaupun mempunyai nama yang sama, bahasa-bahasa ini tidak berkait rapat dengan bahasa Arab.
Bahasa-bahasa
- Mehri: bahasa Arab Selatan Moden terbesar, dengan lebih 165,000 penutur. Kebanyakan penutur Mehri, sekitar 76,000, tinggal di Oman, tetapi sekitar 50,000 tinggal di Yaman, dan sekitar 40,000 penutur tinggal sebagai pekerja jemputan di Kuwait, UAE dan Arab Saudi. Orang Mehri dipanggil Mahra.
- Soqotri: contoh lain yang agak ramai penuturnya yang berada di pulau Socotra, jauh daripada tekanan bahasa Arab di tanah besar Yaman. Pada tahun 2015, terdapat kira-kira 70,000 penutur.
- Shehri: sering dipanggil Jibbali, "dari Pergunungan", dengan sekitar 25,000 penutur; ia begitu dikenali sebagai bahasa kumpulan pemberontak semasa Pemberontakan Dhofar di Kegabenoran Dhofar, Oman di sepanjang sempadan Yaman pada 1960-an dan 1970-an.
- Bathari: Kurang daripada 100 penutur di Oman. Terletak di pantai tenggara berhadapan dengan Kepulauan Khuriya Muriya. Sangat serupa dengan Mehri, dan beberapa ahli suku kaum bertutur dengan bahasa Mehri dan bukan Bathari.
- Harsusi: 600 penutur di gurun Jiddat al-Harasis, Oman.
- Hobyót: sekitar 100 penutur, di Oman dan Yaman.
Tatabahasa
Bahasa Arab Selatan Moden terkenal dengan ciri-ciri bahasa Semitik kuno, terutamanya dalam sistem fonologinya. Misalnya, bahasa-bahasa ini mengekalkan konsonan geseran sisi bahasa Semitik Purba.
Selain itu, Militarev menemui bukti bagisubstratum Kushitik dalam bahasa Arab Selatan Moden, yang beliau percaya menunjukkan bahawa penutur Kushitik asalnya mendiami Semenanjung Arab bersama-sama penutur bahasa Semitik (Militarev 1984, 18–19; rujuk juga Belova 2003). Menurut Václav Blažek, ini juga menunjukkan bahawa orang Semit mengasimilasikan jiran Kushitik mereka di selatan yang tidak berhijrah ke Tanduk Afrika. Beliau berhujah bahawa ini boleh bermakna Masyrik adalah tanah air asal rumpun Afro-Asia Purba, dari mana pelbagai cabang keluarga Afro-Asia kemudiannya tersebar. Blažek juga memetik analisis citra batu di Arabia Tengah oleh Anati (1968, 180–84), yang menunjukkan persamaan antara orang-orang "berkepala bujur" pembawa perisai yang digambarkan pada lukisan gua dan orang Kush Arab dalam Perjanjian Lama, yang juga digambarkan membawa perisai tersendiri.[6]
Rekonstruksi
Rekonstruksi Arab Selatan Moden Purba oleh Roger Blench (2019):[7]
Glos | tunggal | jamak |
---|---|---|
satu | *tʕaad, *tʕiit | |
dua | *ṯrooh, *ṯereṯ | |
tiga | *ʃahṯayt | |
empat | *ʔorbac, *raboot | |
lima | *xəmmoh | |
enam | m. *ʃɛɛt, f. *ʃətəət | |
tujuh | m. *ʃoobeet, f. *ʃəbət | |
lapan | m. θəmoonit, f. θəmoonit | |
sembilan | m. *saʕeet, f. *saaʕet | |
sepuluh | m. *ʕɔ́ɬər, f. *ʕəɬiireet | |
kepala | *ḥəəreeh | |
mata | *ʔaayn | *ʔaayəəntən |
telinga | *ʔeyðeen | *ʔiðānten |
hidung | *nəxreer | *nəxroor |
mulut | *xah | *xwuutən |
rambut | *ɬəfeet | *ɬéef |
tangan/lengan | *ḥayd | *ḥaadootən |
kaki | *faaʕm | *fʕamtən |
tapak kaki | *géedəl | *(ha-)gdool |
darah | *ðoor | *ðiiriín |
payudara | *θɔɔdɛʔ | *θədií |
perut | *hóofəl | *hefool |
laut | *rɛ́mrəm | *roorəm |
jalan, laluan | *ḥóorəm | *ḥiiraám |
gunung | *kərmām | *kərəəmoom |
batu | *ṣar(fét) | *ṣeref |
batu | *ṣəwər(fet) | *ṣəfáyr |
batu | *ʔoobən | |
batu | *fúdún | |
ikan | *ṣódəh | *ṣyood |
dubuk | *θəbiiriin | |
penyu | *ḥameseh | *ḥoms(tə) |
kutu | *kenemoot | *kenoom |
lelaki | *ɣayg | *ɣəyuug |
perempuan | *teeθ | |
anak lelaki | *ɣeg | |
anak | *mber | |
air | *ḥəmooh | |
api | *ɬəweeṭ | *ɬewṭeen |
susu | *ɬxoof | *ɬxefən |
garam | *məɮḥɔ́t | |
malam | *ʔaṣeer | *leyli |
hari | *ḥəyoomet | PWMSA *yiim |
jaring | PWMSA *liix | *leyuux |
angin | *mədenut | *medáyten |
saya, kita | *hoh | *nəhan |
awak, m. | *heet | *ʔəteem |
awak, f. | *hiit | *ʔeteen |
dia, mereka m. | *heh | *həəm |
dia, mereka f. | *seeh | *seen |
Rujukan
- ^ Hammarström, Harald; Forkel, Robert; Haspelmath, Martin, penyunting (2017). "Modern South Arabian". Glottolog 3.0. Jena, Germany: Max Planck Institute for the Science of Human History.
- ^ Simeone-Senelle, Marie-Claude (1997). "The Modern South Arabian Languages" (PDF). Dalam Hetzron, R. (penyunting). The Semitic Languages. London: Routledge. m/s. 378–423. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-07-09. Dicapai pada 2017-05-12.
- ^ Rendsburg, Gary A. "Modern South Arabian as a source for Ugaritic etymologies". Rutgers University.
- ^ "Semitskiye yazyki | Entsiklopediya Krugosvet" Семитские языки | Энциклопедия Кругосвет [Bahasa-bahasa Semitik | Ensiklopedia Di Seluruh Dunia] (dalam bahasa Rusia).
- ^ Militarev, Alexander. "Once more about glottochronology and the comparative method: the Omotic-Afrasian case" (PDF). Moscow: Universiti Kemanusiaan Negara Rusia.
- ^ Blažek, Václav. "Afroasiatic Migrations: Linguistic Evidence" (PDF). Dicapai pada 9 Mei 2013.
- ^ Blench, Roger (14 Disember 2019). "Reconstructing Modern South Arabian. Paper presented at the Workshop on Modern South Arabian Languages, Erlangen, Germany".
Bibliografi
- Johnstone, T.M. (1975). "The Modern South Arabian Languages". Afroasiatic Linguistics. 1: 93–121.
- Johnstone, T.M. (1977). Ḥarsūsi Lexicon and English-Ḥarsūsi Word-List. London: Oxford University Press.
- Johnstone, T.M. (1981). Jibbāli Lexicon. London: Oxford University Press.
- Johnstone, T.M. (1987). Mehri Lexicon and English-Mehri Word-List. London: School of Oriental and African Studies.
- Nakano, Aki’o (1986). Comparative Vocabulary of Southern Arabic: Mahri, Gibbali, and Soqotri. Tokyo: Institute for the Study of Languages and Cultures of Asia and Africa.
- Nakano, Aki’o (2013). Ratcliffe, Robert (penyunting). Hōbyot (Oman) Vocabulary: With Example Texts. Tokyo: Research Institute for Languages and Cultures of Asia and Africa.
- Naumkin, Vitaly; dll. (2014). Corpus of Soqotri Oral Literature. 1. Leiden: Brill.
- Rubin, Aaron D. (2010). The Mehri Language of Oman. Leiden: Brill.
- Rubin, Aaron D. (2014). The Jibbali Language of Oman: Grammar and Texts. Leiden: Brill.
- Watson, Janet C.E. (2012). The Structure of Mehri. Wiesbaden: Harrassowitz.
Pautan luar
- Bahasa-bahasa Arab Selatan Moden Diarkibkan 2016-05-09 di Wayback Machine, oleh MCSimeone-Senelle