Baggio Damasutra | |
---|---|
Kelahiran | Bahagia bin Daharun 1971 (umur 53–54) |
Anak-anak | 4 |
Kerjaya muzik | |
Genre | Rock, Pop rock |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Tahun aktif | 1991–kini |
Pengkarya berkait | Damasutra |
Bahagia "Baggio" Daharun merupakan seorang penyanyi dan pelakon Malaysia, beliau terkenal sebagai vokalis kumpulan Damasutra.[1][2][3]
Kerjaya
Baggio ialah vokalis utama kumpulan Damasutra sewaktu penubuhannya pada 1991 dan telah menerbitkan empat album studio sebelum kesemua ahli kumpulan ini membawa haluan masing-masing pada 1996.
Beliau pernah membintangi beberapa drama dan telefilem di luar waktu kerjanya bersama Damasutra.
Sekitar 2003, Baggio pernah merakamkan semula lagu "Umpama Mimpi Dalam Mimpi" bersama Sham Visa dan Ijam Medicine.
Kehidupan peribadi
Beliau ialah bapa kepada empat anak.[4]
Beliau pernah disahkan menghidap demam denggi sekitar 2012, anak lelakinya turut didiagnosis dengan penyakit itu.[5]
Diskografi
Album bersama Damasutra
- Antara Sutra Dan Bulan (1991)
- Asyik (1991)
- Kurnia (1993)
- Penawar (1996)
Filemografi
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1996 | Cinta Korporat | TV3 | ||
2009 | Ladang Pak Awang | Yaman | TV2 | |
2011 | Gerak Khas (Musim 13) | Episod: "Ops Serbu" | ||
2013 | Metro Skuad (Musim 2) | Episod: "Anita" | ||
2021 | Penjara Janji | Trojak | TV3 |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2003 | Rasuk | VCD | |
2019 | Pusaka Sangkar Ana | Astro Citra |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2017 | Teh Tarik Che Ta | Artis Jemputan | TV1 |
Rujukan
- ^ Baggio pentingkan integriti artismeletop. Dicapai pada 7 Disember 2014.
- ^ Reunion Damasutra Baggio harap ada pihak sudi taja album baru Sinar Harian. Dicapai pada 7 Disember 2018.
- ^ Baggio terharu Damasutra ada peminat fanatik Sinar Harian. Dicapai pada 7 Disember 2018.
- ^ Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (17 Julai 2019). Baggio tak sanggup hidup tagih simpati Berita Harian. Dicapai pada 5 Disember 2019.
- ^ Wahiduzzaman (17 Oktober 2012). Baggio Nyaris Kehilangan Nyawa Ketika Dirawat Akibat Denggi mStar Online. Dicapai pada 5 Disember 2012.