Pemain | 2 |
---|---|
Julat umur | 5+ |
Masa penyediaan | 10–30 saat |
Masa permainan | 5–30 minit |
Peluang rawak | Dadu |
Kemahiran yang diperlukan | Mengira, Taktik, Strategi, Kebarangkalian |
Backgammon adalah sejenis permainan papan untuk dua pemain di mana kepingan digerak menurut balingan dadu. Pemain pertama yang berjaya mengeluarkan semua kepingan sendiri diisytiharkan sebagai pemenang. Terdapat pelbagai kelainan permainan ini yang telah diperkembangkan sekitar dunia, tetapi kebanyakannya berkongsi sifat lazim. Ia merupakan ahli dari keluarga meja, salah satu dari kelas tertua permainan papan di dunia.
Walaupun permainan ini mempunyai komponen rawak yang besar, backgammon menawarkan ruang penting untuk strategi. Dengan setiap balingan dadu, pemain harus memilih satu dari beberapa pilihan untuk menggerakkan buahnya dan merancang untuk kemungkinan gerak-balas oleh pihak lawan. Peluang untuk menaikkan pertaruhan ketika permainan menambahkan kerumitan. Terdapat himpunan yang telah mantap untuk taktik dan keberlakuan lazim.
Seperti catur, backgammon telah dikaji dengan penuh minat oleh ahli sains komputer. Penyelidikan ini telah membawa kepada perkembangan perisian backgammon yang berupaya mengalahkan pemain manusia bertaraf dunia.
Peraturan
Objektif backgammon ialah untuk menggerakkan semua buah dam melepasi buah lawan dan kemudian mengeluarkannya dari papan. Buah-buah ini tidak bermula di satu tempat, sebaliknya 'bertaburan' dan boleh disekat atau dilanggar pihak lawan.
Lihat juga
Ketahui lebih lanjut tentang Backgammon di Wikipedia: | |
Takrifan dari Wikikamus | |
Imej dan media dari Commons | |
Sumber pembelajaran dari Wikiversity | |
Berita dari Wikiberita | |
Petikan dari Wikipetikan | |
Teks sumber dari Wikisumber | |
Buku teks dari Wikibuku |