Baby Papa merupakan drama web televisyen Malaysia 2024 arahan Bahri Uma Bajuri terbitan Sha's Media Sdn Bhd. Ia dibintangi oleh Kirana Batrisya dan Faizal Hussein. Siri drama ini akan memulakan tayangan perdana di Tonton pada 24 Jun hingga 25 Julai 2024. Drama ini kini ditayangkan di Mediacorp Suria pada tahun 2025.
Baby Papa | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Bahri Uma Bajuri |
Dibintangi oleh |
|
Lagu pembukaan | "Baby Papa" - Pendekar & Adik Marsha |
Lagu penutup | "Baby Papa" - Pendekar & Adik Marsha |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 20 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Nell Nazry |
Penerbit |
|
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Sha's Media Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | Tonton |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Tayangan ulang di | Mediacorp Suria 4 April 2025 — 1 Mei 2025 |
Siaran asal | 24 Jun 2024 – 25 Julai 2024 |
Sinopsis
Alisha (Kirana Batrisyia) perlu menghadapi pelbagai pengalaman mencabar dan melucukan apabila menemani bapanya (Faizal Hussein) yang mengalami kemurungan ke Kuala Lumpur. Semua ini untuk memenuhi hasrat nenek Alisha yang telah meninggal dunia yang mahukan mereka bertemu dengan ibu Alisha. Namun, ketibaan mereka menimbulkan banyak isu baru.
Pelakon
- Kirana Batrisyia sebagai Alisha
- Faizal Hussein sebagai Didie
- Silfeny Osman sebagai Cikgu Atiqah
- Emelda Rosemila sebagai Rosie
- Fauziah Nawi sebagai Tok Mak
- Fizz Fairuz sebagai Saari
- Nina Nadira sebagai Cikgu Anisah
- Raja Azmi sebagai Nek Kiah
- Zarynn Min sebagai Shiela
- Zuraini Kassim sebagai Harun
- Azman Jantan sebagai Pak Din
- Farah Ahmad sebagai Mak Mah
- Hanna Aqeela sebagai Baizura
- Razak Ahmad sebagai Pak Daun
- Jay Iswazir sebagai Rashid
- Sefik Khair sebagai Mizi
- Danish Iskandar sebagai Aiman
- Sera Melissa sebagai Nadira
- Izzendra sebagai Shasha
- Jad Hidir sebagai Daniel
- Herminder sebagai Ayah Shasha
Siaran antarabangsa
Negara | Rangkaian TV | Tarikh tayangan |
---|---|---|
![]() |
MediaCorp Suria | April 2025 |