Baby Blues merupakan komik yang dihasilkan oleh Rick Kirkman dan Jerry Scott sejak 7 Januari 1990. Komik Baby Blues boleh didapati dalam ruangan komik di akhbar New Straits Times pada setiap hari.
Pengenalan
[sunting | sunting sumber]Komik ini berkenan dengan cabaran membesarkan bayi dan kanak-kanak. Kanak-kanak dalam komik tidak langsung menyedari akan kesukaran ibu bapa mereka (tetapi takut akan hukuman mereka), dan ibu bapa sering berada dalam dilema, kepenatan dan geram dengan karenah anak-anak tetapi tetap menyayangi mereka.
Komik ini pernah dianimasikan dari Jun ke Ogos 2000 di rangkaian WB sebelum dibatalkan. Kemudian ia diambil oleh Cartoon Network pada 2002. Lagu temanya ialah "It's All Been Done" oleh Barenaked Ladies.
Watak-watak
[sunting | sunting sumber]Komik ini mempunyai tiga keluarga yang menonjol:
Keluarga utama (MacPherson)
[sunting | sunting sumber]- Wanda Wizowski-MacPherson: Seorang ibu. Pada mulanya dia mempunyai kerja tetapi terpaksa menjadi suri rumah sepenuh masa untuk menjaga anak-anak. Belaiu sering naik geram (kerana kerja sebagai ibu yang memenatkan), dan cemburu dengan mana-mana ibu yang kelihatan lebih baik daripadanya. Wanda Wizowski-MacPherson dilahirkan pada 23 Mac 1965. Beliau setinggi 5' 5" tinggi, mempunyai rambut hitam dan mata perang.
- Darryl MacPherson: Seorang bapa, bekerja sebagai pengurus dan dikenali sebagai hidungnya yang besar. Kadang-kala beliau tak sedar akan kesukaran isterinya dan kadangkala tak tahu apa yang berlaku dalam rumah. Beliau ingin menjadi bapa yang baik dan kadang-kala anak-anaknya mendapati beliau agak membosankan.
- Zoe Jennifer MacPherson: Anak perempuan yang paling tua ("lahir" 7 Januari 1990 – kelahirannya adalah permulaan komik ini). Beliau merupakan budak perempuan yang cerewet dan suka buat kecoh dan sering bercakap tanpa henti. Beliau sering mengacau dan mengenakan adiknya, Hammie. Zoe agak bijak, menguasai perbendaharaan kata dan kemahiran logik yang baik. Beliaulah satu-satunya daripada adik-beradik yang muncul dalam siri TV.
- Hamish MacPherson: Anak lelaki, kadang-kala dipanggil Ham tetapi sering dipanggil Hammie ("lahir" 29 April 1995). Beliau amat menyukai dan ghairah dengan trak hinggakan boleh berkata tentang modelnya. Beliau suka memberitahu ibunya apabila kakanya membulinya tetapi dia kurang bersikap baran berbanding Zoe. Dia juga gemar membuatkan Zoe geram atau melihat Zoe terkena masalah (tanpa melibatkan dia). Namanya sempena nama datuk kepada moyangnya yang dipanggil "Ham".
- Wren MacPherson: Anak perempuan (Paling bongsu buat masa ini – "lahir" 26 Oktober 2002 – lihat komik). Masih bayi ketika ini dan turut menimbulkan masalah walaupun tidak sebanyak kakak dan abangnya. Beliau merupakan bayi yang sangat ingin mengambil tahu dan pernah memanjat almari. Dia suka memasukkan barang ke dalam mulutnya.
Keluarga berkulit putih
[sunting | sunting sumber]Keluarga ini muncul dalam komik sekitar Mac 1991.
- Bunny: Ibu dan watak utama dari keluarga ini. Beliau menjadi salah satu punca kecemburuan Wanda, kerana Bunny melebihinya dari banyak segi (seperti bentuk badan, gaya hidup dll.) Hampir semua watak dewasa tidak berapa suka dengannya dan kadang-kala mempermainkannya. Bunny tak sedar betapa dia menjengkelkan Wanda, atau yang lain. Walau bagaimanapun, dia masih lagi mempunyai kualiti seperti manusia seperti keibuan walaupun personalitinya yang agak lembap.
- Butch: Suami Bunny. Tidak sedar akan sikap isterinya terhadap jiran tetangga. Sering menggangu Bunny ketika Bunny sedang rancak berbual (atau menunjuk) dengan jiran.
- Bogart: Anak lelaki sulung. Beliau merupakan mangsa utama pembulian Zoe (kerana dia tak mampu menanganinya sebaik Hammie), dan dipanggil Zoe "crybaby" (bayi yang kuat nangis). Dinamakan sempena pelakon filem Humphrey Bogart, memandangkan dia dikandungkan ketika ibu bapanya "The African Queen." Terbukti, melalui dialog, Bogart tidaklah meminati kehidupannya yang penuh dengan aktiviti seperti yang Bunny fikirkan.
- Wendell John dan Wendell Jon: Bayi kembar seiras ("lahir" 10 Ogos 2002 – lihat komik). Sering dikelirukan oleh nama mereka yang sama bunyi. Mereka dikandungkan ketika ibu bapa mereka menonton "Dumb and Dumber". Zoe pernah berkata yang dia pernah menukar bayi itu ketika Bunny tidak perasan menunjukkan yang Bunny tidaklah tahu beza antara dua mereka. Sebelum mereka dinamakan, mereka dipanggil "Puce" (Ungu keperangan) dan "Teal" (Hijau kebiruan) berdasarkan warna pengikat pergelangan tangan mereka.
Keluarga berkulit hitam
[sunting | sunting sumber]- Yolanda: Seorang ibu dalam keluarga ini dan sering menyokong Wanda tetapi sering berdiam diri apabila Wanda bertengkar dengan Bunny.
- Mike: Suami Yolanda seperti juga Darryl. Sering menyokong pandangan Darryl walaupun tidak sama dengan apa yang difikirkannya
- Keesha: Anak sulung perempuan yang juga kawan baik Zoe.
- Dziko "Dizzy": Anak bongsu perempuan (lahir 11 November 2002 – lihat komik).
Watak pembantu lain
[sunting | sunting sumber]- Rhonda Wizowski: Adik perempuan Wanda. Masih menikmati hidupnya sebagai perempuan bujang. Dia sering muncul untuk menjaga anak saudaranya ketika Wanda dan Darryl keluar untuk bersendirian. Kebelakangan ini, dia mula ingin mencari lelaki untuk memulakan keluarga. Baru-baru ini dia menjalinkan hubungan dalam talian dengan seorang yang bernama Thom, yang memanggilnya Linda lalu menyebabkan Rhonda menuang wain ke komputernya dan memutuskan hubungan dengannya.
- Hugh Wizowski: Bapa Wanda duka bercakap gah tentang kehidupanya yang sihat.
- Maggie Wizowski: Ibu Wanda, tak banyak bercakap tentang Wanda, mudah dilihat persamaan antara dia dan anak perempuannya. Beliau gembira dengan gaya hidup Wanda dengan tiga cucu kini dan mendesak agar Rhonda turut berkeluarga yang membuatkan Rhonda naik gila.
- "Mac" MacPherson: Bapa Darryl, sering memanjakan cucunya.
- Pauline MacPherson: Ibu Darryl, sering menegur"Mac" terutama ketika memanjakan cucu mereka. Agak mementingkan kekemasan.
- Trent: Sahabat baik Hammie sejak tadika. Dia mengajar Hammie banyak perkara yang pelik. Terdapat juga budak yang mempunyai nama ini yang menjadi rakan Zoe pada 6 Mei 1997 – lihat komik.
- Mr. Doyle: Mula muncul pada 24 September 2001 – lihat komik. Guru Gred pertama Zoe dan Bogart (mungkin Keesha juga). Dia sering dijengkelkan oleh karenah dan kata-kata Zoe.
Watak kecil
[sunting | sunting sumber]- Zoe: Kanak-kanak yang pergi ke sekolah yang sama dengan Zoe (wayak utama), yang berkongsi nama yang sama juga. Dia lazim dirujuk sebagai "The Golden Haired Girl" – Budak Perempuan Berambut Emas oleh Zoe (watak utama). Beliau sering berkelakuan kejam terhadap Zoe (watak utama) malah memanggil Wanda gemuk dan hodoh dalam satu komik. Dia tidak lagi muncul dalam komik.
- Bryan: Budak yang turut sama dalam kelas pra-sekolah Zoe yang ditunjukkan sukakan Dinosaur dan menyangka dirinya dinosaur kecuali di hadapan ibunya. Mula muncul pada 6 Jun 1997 – lihat komik.
- Kiki: Penjaga bayi MacPherson yang tetap, diketahui mempunyai enam adik beradik dan mula menukarkan lampin pada umur 3 tahun. Mula muncul pada 21 Mac 1997 – lihat komik.
- Pasangan Brewer: Pasangan yang tidak mempunyai anak dari kawansan perumahan sekitar, diketahui mempunyai kolam renang, dan mempunyai masalah kesuburan. Mula muncul 23 Ogos 1996 – lihat komik
- Dr. Beezy: Pakar obstetric Wanda bagi kandungan yang ketiganya yang menggantikan Dr. West. Dr. Beezy langsung tak kisah dengan soalan pelik Darryl. Apabila ditanya kelayakannya, beliau menjawab, "Tiga anak, umur 5, 7, 10. Dua kelahiran biasa, satu pembedahan-C dan saya diberitahu saya mempunyai tangan yang suam. Dr. Beezy diperkenalkan pada 11 Februari 2002 – lihat komik.
Garis masa
[sunting | sunting sumber]Tidak seperti kebanyakan komik, bayi dalam Baby Blues semakin membesar dengan masa walaupun masa di dalam komik lebih lambat dari masa sebenar.
Pengarang mendakwa yang nisbah masa adalah 3 kepada 1 [1] Diarkibkan 2008-12-22 di Wayback Machine (iaitu tiga hari sebenar bersamaan sehari dalam komik), tetapip sebenarnya hal ini hanya benar apabila salah seorang daripada anak MacPherson dilahirkan dan tidak disambut kelahiran mereka. Semakin berlalu masa dalam komik, nisbah minjadi 2 kepada satu. Watak tidak langsung meraikan hari jadi walaupun dalam tempoh masa komik.
Pada 2006, komik telahpun selama 16 tahun dan watak utama, Zoe MacPherson, adalah 7 tahun (dia didakwa berumur hampir 8 dalam komik menjelang Krismas, 23 Disember 2004 lihat komik, tetapi hari jadinya tidak diraikan pada 7 Januari 2005). Manakala adiknya Hammie sudah muncul selama 11 tahun dan kini berumur 5 tahun. Dalam sesi bercakap Zoe, didedahka yang ketika itu Wren MacPherson berumur 7 bulan – lihat komik.
Buku
[sunting | sunting sumber]
|
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Inggeris)Laman Utama Baby Blues
- (Inggeris) Komik Baby Blues Diarkibkan 2006-11-01 di Wayback Machine
- (Inggeris) Maklumat tentang Rancangan TV Baby Blues
- (Inggeris) Simpanan Rasmi Baby Blues