Azzam Al-Ahmad | |
|---|---|
عزام الأحمد | |
| Ketua Blok Gerakan Fatah Majlis Perundangan Palestin | |
| Menyandang jawatan 2006 | |
| Presiden | Mahmud Abbas |
| Timbalan Perdana Menteri Palestin | |
| Dalam jawatan Mac 2007 – Jun 2007 | |
| Presiden | Mahmud Abbas |
| Perdana Menteri | Ismail Haniyeh |
| Didahului oleh | Nasiruddin Al-Syair |
| Digantikan oleh | jawatan tiada |
| Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat Palestin | |
| Dalam jawatan November 2003 – Februari 2005 | |
| Presiden | Yasser Arafat (2003-2004) Mahmud Abbas (2004-2005) |
| Perdana Menteri | Ahmed Qurei |
| Didahului oleh | Abdul Rahman Hamad |
| Digantikan oleh | Sabri Sidam |
| Menteri Komunikasi Palestin | |
| Dalam jawatan Mac 2003 – Oktober 2003 | |
| Presiden | Yasser Arafat (2003-2004) |
| Perdana Menteri | Mahmud Abbas |
| Didahului oleh | jawatan tiada |
| Digantikan oleh | Abdul Rahman Hamad (Komunikasi dan Teknologi Maklumat) |
| Menteri Perumahan dan Kerja Raya Palestin | |
| Dalam jawatan Jun 2002 – Mac 2003 | |
| Presiden | Yasser Arafat |
| Didahului oleh | Abdul Rahman Hamad (Perumahan) |
| Digantikan oleh | Hamdan Asyur |
| Menteri Kerja Raya Palestin | |
| Dalam jawatan Mei 1996 – Jun 2002 | |
| Presiden | Yasser Arafat |
| Didahului oleh | jawatan kosong |
| Digantikan oleh | dirinya |
| Duta Pertubuhan Pembebasan Palestin ke Iraq | |
| Dalam jawatan 1979–1994 | |
| Presiden | Yasser Arafat |
| Ahli Parlimen Palestin bagi Jenin | |
| Menyandang jawatan 2006 Berkhidmat with Khalid Yahya, Khalid Abu Hasan, dan Shami Shami | |
| Ahli Parlimen Palestin bagi Jenin | |
| Dalam jawatan 1996–2006 Berkhidmat with Burhan Jarrar, Jamal Al-Hindi, Hikmat Zaid, Ahmad Irsyaid, dan Fakhri Ahmad | |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Azzam Najib Mustafa Al-Ahmad عزام نجيب مصطفى الأحمد 1947 Rumanah, Jenin, Palestin Bermandat |
| Parti politik | |
Azzam Al-Ahmad (Arab: عزام الأحمد) ialah seorang ahli politik Palestin. Beliau pernah berkhidmat sebagai menteri kabinet sejak 1996 di bawah pentadbiran empat ketua kerajaan Palestin; iaitu Yasser Arafat, Mahmud Abbas, Ahmed Qurei dan Ismail Haniyeh. Beliau ialah ahli jawatankuasa pusat Gerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin (Fatah), parti pemerintah Palestin.[1]
Beliau ialah Ahli Majlis Perundangan Palestin (Parlimen Palestin) bagi kawasan Jenin, bertanding mewakili Fatah bagi pilihan raya 1996[2] dan 2006.[3] Beliau dilantik menjadi Ketua Blok Fatah dalam Parlimen Palestin.[4]
Rundingan damai
[sunting | sunting sumber]Sebagai ketua blok parlimen, beliau telah mengetuai delegasi Fatah dalam rundingan damai dengan delegasi Hamas yang diketuai Musa Abu Marzuk pada 2008, bertempat di Sanaa, Yaman.[5] Beliau juga telah mengetuai delegasi Fatah dalam rundingan damai dengan delegasi Hamas yang diketuai Ismail Haniyeh bagi membentuk kerajaan perpaduan pada 2014, bertempat di Gaza.[6] Beliau juga mengetuai delegasi Fatah dalam rundingan damai dengan delegasi Hamas yang diketuai Saleh Al-Aruri pada 2017 yang bertempat di Kaherah, Mesir.[7]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Fatah agrees to ally with other 5 factions to run in Palestinian elections: official - Xinhua | English.news.cn". www.xinhuanet.com. Dicapai pada 2023-11-13.
- ^ "Palestinian Government of November 2003". Diarkibkan daripada yang asal pada 3 December 2003. Dicapai pada 11 March 2023.
- ^ "FINAL REPORT ON THE PALESTINIAN LEGISLATIVE COUNCIL ELECTIONS JANUARY 25, 2006" (PDF). NATIONAL DEMOCRATIC INSTITUTE. 2006.
- ^ "New Palestinian Parliament to Convene". Carnegie Endowment for International Peace. 19 Ogos 2008. Dicapai pada 13 November 2023.
- ^ "Fatah and Hamas sign reconciliation deal". Reuters (dalam bahasa Inggeris). 2008-03-23. Dicapai pada 2023-11-13.
- ^ "Fatah, Hamas agree to form Palestinian unity government". France 24 (dalam bahasa Inggeris). 2014-04-23. Dicapai pada 2023-11-13.
- ^ "Hamas, Fatah Announce Details of Political Reconciliation Deal". Voice of America (dalam bahasa Inggeris). 2017-10-12. Dicapai pada 2023-11-13.








