Datuk Azman bin Haji Abidin (lahir 19 Mei 1972) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Malaysia. Di peringkat parti beliau ialah Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan[1] dan Ketua Cabang Bandar Tun Razak.
Beliau sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Timbalan Menteri pengangkutan dari tahun 2018-2020 dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abd Khalid Ibrahim dari tahun 2012-2014.
Azman Abidin DCSM (Melaka) | |
---|---|
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Malaysia | |
Menyandang jawatan 2023 | |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Wilayah Persekutuan | |
Menyandang jawatan 26 Mei 2024 | |
Timbalan Pengerusi | Jayakumar R. Muniandy |
Didahului oleh | Rafizi Ramli |
Ketua PKR Cabang Bandar Tun Razak | |
Menyandang jawatan 2022 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Hospital Kuala Lumpur | 19 Mei 1972
Parti politik | Parti Keadilan Rakyat |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Latar Belakang
Beliau dilahirkan Hospital Kuala Lumpur pada 19 Mei 1972 dan memulakan pendidikan awal di Pasar Road English School pada tahun 1979 hingga 1982 dan seterusnya berpindah ke Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak pada tahun 1983 hingga tahun 1984. Bagi peringkat pendidikan menengah beliau telah bersekolah di Sekolah Menengah Rahmat Kuala Sungai Baru Melaka pada tahun 1985 hingga tahun 1987 dan berpindah ke Sekolah Menengah Teknik Cheras Kuala Lumpur ketika tahun 1988 hingga 1989.
Pada tahun 1996 beliau telah memperolehi CMSRL - Capital Market Services Representative License holder dari Suruhanjaya Sekuriti.
Seterusnya beliau telah melanjutkan pengajiaan di peringkat Diploma pada tahun 1998 dalam bidang Analisis Pelaburan di The Research Institute of Investment Analysts Malaysia Kuala Lumpur Stock Exchange (Bursa Malaysia).
Pada tahun 2023 beliau telah menyambung pengajian di peringkat sarjana dengam mengambil Professional Master In Business Administration (PMBA) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Kerjaya Politik
Ketua Cabang Bandar Tun Razak semenjak tahun 2003 hingga kini.
Pengalaman Korporat
Beilau bertugas sebagai Equity Broker di Kenangan Investment bank sejak tahun 1996 hingga 2003.
Selain itu beliau juga merupakan ahli Lembaga Getah Malaysia pada tahun 2018 hingga 2020.
Penglibatan Badan Bukan Kerajaan
Beliau telah menjawat jawatan Pengerusi kepada Yayasan Gerbang Bandar Tun Razak semenjak 2009 hingga 2023.
Anugerah
2019 Award Winner, Top Remisier Category (Bursa Malaysia)