Aziz M. Osman | |
---|---|
عزيز م عثمان | |
Kelahiran | Abdul Aziz bin Othman @ Yusof 2 Oktober 1962 Hougang, Singapura |
Pekerjaan | Pelakon, pengarah, penulis, penerbit |
Tahun aktif | 1963–kini |
Karya terkenal | |
Pasangan |
|
Anak-anak | 8 |
Ibu | Afidah Es |
Bapa | Allahyarham M. Osman |
Saudara | Dato' Zulkifli M. Osman (adik) |
Abdul Aziz Othman @ Yusof atau lebih dikenali sebagai Aziz M. Osman (lahir 2 Oktober 1962) merupakan seorang pelakon, pengarah, penulis dan penerbit filem Malaysia dan anak kepada penyanyi veteran Allahyarham M. Osman. Beliau terbabit dengan bahagian lain dalam perfileman Malaysia juga, menjadi pengarah, penulis skrip, dan penyunting. Aziz yang kini merupakan lembaga pengarah di syarikat produksi miliknya, Ace Motion Pictures. Filem-filem arahan beliau banyak mencerminkan aspek kerohanian dan nilai-nilai Melayu yang unik.
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan pada 2 Oktober 1962 di Hougang, Singapura dan dibesarkan di Kuala Lumpur, Malaysia. Bapanya, Allahyarham M. Osman (1940–2001),[1][2] juga merupakan seorang penyanyi 1960-an yang masyhur. Ibunya ialah Afidah Es, merupakan seorang penyanyi dan pelakon. Adiknya, Dato' Zulkifli M. Osman juga seorang pengarah. Adik-beradik beliau ialah Azihan, Rozana dan Suzana.
Kerjaya
Kerjaya awal
Pada 1963, Aziz permulaan kerjaya seni bermula seawal 6 bulan apabila sebagai anak pasangan dalam filem Ibu Ayam arahan Salleh Ghani. Seterusnya pada tahun 1976, beliau ditawarkan sebagai pelakon kanak-kanak menerusi filem Sayang Anakku Sayang arahan Dato' Jamil Sulong, ketika itu beliau berusia 14 tahun. Persembahan beliau dalam filem ini melayakkan beliau memenangi Pelakon Kanak-kanak Terbaik di Festival Filem Asia ke-22 yang diadakan di Korea Selatan.
1990an: Menduduki kerusi pengarah
14 tahun kemudian, beliau menduduki kerusi pengarah menerusi filem sulungnya, Fenomena yang dikeluarkan pada 31 Mei 1990, yang dibintangi oleh M. Nasir dan Ramona Rahman sebagai pelakon utama, dibantu oleh Amy Search dan turut membuat kemunculan di dalam filem ini ialah anggota kumpulan Search yang lain. Filem ini mengisahkan seorang pengembaraan seorang wanita British yang lahir di Malaysia. Dia kembali ke Terengganu negeri yang menjadi tempatnya menghabiskan zaman kanak-kanak.[3]
Aziz mengarahkan filem keduanya, XX Ray yang ditayangkan pada 24 Disember 1992 memperlihatkan beliau mengangkat genre cereka sains Malaysia ke tahap yang lebih baik.[4][5] Filem ini dibintangi oleh beliau sendiri, Faizal Hussein, Nor Aliah Lee dan Sharmaine Farouk sebagai pelakon utama dan turut dibantu oleh Ibrahim Pendek, Edika Yusof, Shaharuddin Thamby dan Ebby Yus. Ia mengisahkan Amir yang begitu obses dengan angkasa lepas dan dia kemudiannya mencipta sebuah topi keledar yang menggunakan kuasa tahi bintang. Helmet berkenaan membuatkan sesiapa yang memakainya mampu melihat menembusi apa sahaja. Namun, kesan sampingan topi keledar berkenaan membuatkan Amir menjadi halimunan. Filem ini melayakkan Aziz memenangi Pengarah Baru Harapan di Festival Filem Malaysia ke-10. Kejayaan filem ini telah mencetuskan kesinambungannya, XX Ray II yang ditayangkan tiga tahun kemudian, serta siri TV susulannya yang ditayangkan pada 2006.
Pada 1994, Aziz muncul dengan dua filem arahan serentak, Femina yang ditayangkan pada 13 Mac mengangkat tema feminisme di Malaysia di mana semangat dan kuasa wanita dalam mempertahankan hak dan kewajaran menjadi isu utama yang dibentangkan. Ia dibintangi oleh Eman Manan, Erma Fatima dan Susan Lankester. Ia kemudian diikuti oleh filem Fantasi yang juga ditayangkan pada tarikh sama. Fantasi diselubungi dengan kontroversi berpanjangan, menyebabkan filem ini ditangguhkan tayangannya. Judul asal filem ini ialah Fantasia dan versi asalnya telah diharamkan tayangan pada tahun 1991 kerana dikatakan membawa pengaruh tahyul yang keterlaluan. Filem ini ditarik balik pengharamannya selepas proses suntingan semula dan penamaan semula tajuk.
Filem ini berkisar tentang dendam zaman purba di antara mangsa dan pengamal ilmu syaitan. Dendam ini berlarutan dari zaman ke zaman sehingga ke dunia moden. Aziz sebagai pengarah dan Zain Mahmood selaku penerbit meluahkan rasa kecewa terhadap pengharaman filem ini.
Pada 1997, beliau mengarahkan filem Baginda yang bertemakan semangat kemasyarakatan dibintangi oleh Azean Irdawaty, Jalil Hamid dan Jalaluddin Hassan. Beliau seterusya mengarahkan filem Puteri Impian lakonan Amy Mastura yang menandakan kerjasama pertama Amy bersama Aziz, ia kemudiannya diikuti oleh kesinambungannya, Puteri Impian 2 yang ditayangkan pada 1998.
Aziz mengarahkan filem komedi Senario The Movie (1999) yang dibintangi oleh kumpulan Senario (Lan Pet Pet, Wahid Senario, Azlee Jaafar dan Saiful Apek) dan turut dijayakan oleh Syanie, A. R. Badul dan Zahida Rafik. Beliau sendiri turut berlakon dalam filem ini dengan memegang watak sebagai pembaca berita. Selepas filem ini, beliau mengarahkan empat lagi filem Senario, Senario Lagi (2000), Lagi-Lagi Senario (2001),[6] Senario XX (2005) dan Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita (2006).
2000an: Kejayaan arus perdana
Beliau menulis dan mengarahkan filem drama peperangan, Leftenan Adnan (2000) yang ditayangkan pada 31 Ogos 2000 berdasarkan dari kisah benar perjuangan askar Melayu, Adnan Saidi atau lebih dikenali sebagai Leftenan Adnan dalam menentang Tentera Jepun semasa Perang Dunia II.[7][8]
Pada 24 Mei 2001, beliau mengarahkan filem drama misteri, Seri Dewi Malam yang dibintangi oleh Jeslina Hashim dan Maya Karin.[9] Kemudian, beliau menulis dan mengarahkan filem Idola (2002) yang melancarkan kerjaya lakonan Diana Danielle.[10][11][12]
Aziz juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Eric Fuzi bersama ramai pelakon termasuk Azhar Sulaiman, Saiful Apek, Rashidi Ishak, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Bront Palarae, Jalaluddin Hassan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.[13]
Beliau mengarah dan menulis bersama filem drama komedi muzikal Bintang Hati (2004) lakonan Amy Mastura yang turut menulis ceritanya.[14] Ia kemudiannya diikuti oleh filem suspens thriler Trauma yang sebahagian besarnya difilemkan di Genting Highlands, Pahang. Filem ini juga dibintangi oleh Amy, bersama-sama Nasha Aziz, Sharifah Aleya dan Azhar Sulaiman.[15]
Pada 2005, syarikat beliau, Ace Motion Pictures menerbitkan sitkom Puteri lakonan Nora Danish untuk siaran di TV3 yang mendapat jumlah tontonan tertinggi dan diterbitkan sebanyak 3 musim dan 78 episod.[16] Ace Motion kemudian menerbitkan beberapa drama TV lain termasuk Misi XX-Ray yang merupakan lanjutan kepada dua siri filem XX Ray.[17] Pada tahun berikutnya, Aziz mengarahkan filem Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita yang merupakan filem terakhir beliau bersama Senario.[18] Dalam satu temuramah, Aziz menyatakan beliau "sudah hilang selera untuk mengarahkan filem Senario"[18] dan menganggap bekerja dengan kumpulan itu sebagai "bulatan penuh".[18][19]
Aziz mengambil keputusan untuk berehat dari mengarah filem, dan menumpukan perhatian kepada penerbitan drama TV dan mencungkil bakat baru dalam bidang lakonan. Menerusi syarikatnya, Ace Motion, Aziz menerbitkan sitkom Kisah Kaisara yang melancarkan kerjaya lakonan Sari Yanti, diterbitkan sebanyak 2 musim dan 26 episod disiarkan di TV3 dari 30 Oktober 2007 hingga 4 November 2008.[20] Pada 2008, beliau membuat penampilan khas dalam filem cereka sains adiwira Cicakman 2: Planet Hitam arahan Yusry KRU lakonan Saiful Apek.
2010an: Kebangkitan semula
Pada 2012, Aziz kembali menduduki kerusi pengarah menerusi filem Azura lakonan Neelofa dan Shahz Jaszle. Filem ini berdasarkan daripada filem asal 1984 dengan judul sama arahan Deddy M. Borhan lakonan Fauziah Ahmad Daud dan Jamal Abdillah.[21][22][23] Pada 2016, Aziz menjadi pelakon undangan dalam drama kepolisan Gerak Khas menerusi episod "Lintah Darat" yang mana beliau merupakan pengarah bagi episod ini. Beliau seterusnya mengarahkan episod pertama drama patriotik 6 episod Anak Merdeka lakonan Remy Ishak, Elvis Chin dan Thanuja Ananthan yang disiarkan pada 26 Ogos 2017 di empat saluran ASTRO. Pada 8 Jun 2017, beliau berlakon bersama Sabri Yunus, Bell Ngasri, Man Kadir dan Rab Khalid dalam telefilem komedi 16 Puasa arahan Mamat Khalid yang memulakan tayangan perdana di Astro First Eksklusif, ia mengisahkan tentang beberapa penduduk kampung yang ponteng puasa bersama-sama dan menyembunyikan perbuatan mereka dari pengetahuan keluarga masing-masing.[24]
Aziz dan keluarganya menjadi salah satu dari lima keluarga selebriti yang terlibat dalam rancangan realiti Oh My Family! yang bersiaran sebanyak 6 episod bermula pada 11 April 2018 di Astro Ria dan Astro Ceria.[25]
Aziz muncul dengan filem terbaru arahannya, XX Ray 3 yang ditayangkan pada 24 Januari 2019,[26] dan merupakan filem XX-Ray pertama dalam tempoh 24 tahun.[27][28] Beliau kembali melakonkan wataknya sebagai Amir untuk filem ketiga dalam trilogi XX Ray.
Kehidupan peribadi
Bapa Aziz, iaitu penyanyi terkenal 60an, M. Osman meninggal dunia pada 28 Julai 2001 akibat angin ahmar pada usia 62 tahun.[29][30][31] Beliau berkahwin sebanyak tiga kali dan mempunyai enam anak, dengan perkahwinan pertama bersama pelakon Nor Aliah Lee pada 1992 dan bercerai pada 2007. Perkahwinan keduanya ialah bersama Nor Radhiah Ramli dan ketiga bersama Puteri Lily Lokman dan dikurniakan Puteri Nur Azzahra.
Pada Februari 2016, Aziz muncul sebagai panelis dalam acara berkaitan PAS, bagaimanapun, beliau menafikan menyertai parti Islam itu.[32] Beliau berkata walaupun beliau mengagumi ikon PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, beliau menegaskan tidak berminat menceburi politik.[32] Dalam temuramah dengan Harakah, beliau berkata: "Saya bukan ahli PAS. Saya tidak terlibat dalam politik. Saya tidak tahu apa-apa tentang politik dan saya tidak membaca akhbar [untuk mengetahui tentang politik]. Saya hanya menjadi orang yang positif sejak saya kembali dari misi kemanusiaan di Syria."[32]
Pada September 2017, anak sulung beliau, Puteri Nur Asyiqin Aziz, berkahwin dengan penyanyi nasyid yang juga anggota Devotees dan penyampai berita TV AlHijrah, Adi Akmal Sehrom.[33][34][35] Beliau turut menyatakan rasa sebak kerana menikahkan anaknya sendiri.[36][37] Pada 31 Ogos 2018, Aziz dan isteri dikurniakan anak kedua yang juga anaknya yang ketujuh.[38]
Namun begitu, menurut sumber, Aziz telah bercerai dengan isterinya, Puteri Lily Lokman pada 6 Ogos 2023.
Kolaborasi
Aziz mempunyai beberapa pelakon yang berlakon di dalam lebih daripada satu filem arahannya. Saiful Apek ialah pelakon yang kerap berkerjasama dengan beliau, muncul dalam 12 filem. Sementara Wahid Senario muncul dalam 9 filem.
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Watak | Catatan | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Pelakon | Pengarah | Penulis | Penerbit | ||||
1963 | Ibu Ayam | Filem pertama, sebagai pelakon kanak-kanak | |||||
1976 | Sayang Anakku Sayang | Aziz | Sebagai pelakon kanak-kanak | ||||
1979 | Pasung Puaka | Pelakon tambahan | |||||
1990 | Fenomena | — | Filem arahan pertama | ||||
1991 | Asian Beat: Sunrise in Kampung | Filem Jepun | |||||
1992 | XX Ray | Amir Hamzah bin Othman | |||||
Suci Dalam Debu | — | ||||||
1993 | Fantasi | Wartawan | Pelakon undangan | ||||
1994 | Femina | ||||||
1995 | XX Ray II | Amir | Penerbit eksekutif | ||||
Penyu | — | Penerbit bersama | |||||
1996 | Scoop | — | |||||
1997 | Baginda | — | |||||
Puteri Impian | Penampilan khas | ||||||
1998 | Puteri Impian 2 | En Rawi | |||||
1999 | Senario The Movie | Pembaca Berita | |||||
2000 | Senario Lagi | Pekerja Hotel | |||||
Leftenan Adnan | Tetamu Kenduri | ||||||
2001 | Seri Dewi Malam | Lelaki di Balai Polis | |||||
Lagi-Lagi Senario | Pemancing Ikan | Pelakon undangan | |||||
2002 | Idola | Pemain Gitar | |||||
Gerak Khas The Movie II | Pemandu Teksi | ||||||
Embun | — | Panel skrip | |||||
Mr. Cinderella | Bob | ||||||
2003 | Gila-Gila Pengantin | — | |||||
Diari Romeo | — | ||||||
Gila Bola | Abang Lisa | ||||||
2004 | Trauma | — | |||||
Bintang Hati | — | ||||||
Gila-Gila Pengantin Remaja | — | ||||||
Biar Betul | — | ||||||
2005 | Senario XX | Penduduk Kampung | Penampilan khas | ||||
Lady Boss | Ahli Lembaga Pengarah 1 | ||||||
Gila-Gila Pengantin Popular | — | ||||||
2006 | Buli Balik | Sahabat Kumpulan Terapi I | Pelakon undangan | ||||
Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita | — | ||||||
2008 | Los dan Faun | Pemandu Teksi | Penampilan khas | ||||
Cicakman 2: Planet Hitam | Bos Fulus News | Pelakon undangan | |||||
2009 | Lembing Awang Pulang Ke Dayang | Dekar Agas dan Raja Muda Bugis | |||||
Setem | Posmen | Pelakon undangan | |||||
Jin Notti | Hisyam dan Razlan | ||||||
My Spy | Pengawal Peribadi 1 | Pelakon undangan | |||||
2010 | Lu Pikirlah Sendiri de Movie | Mat Rempit Tua | Penampilan khas | ||||
2011 | Al-Hijab | Pengarah Filem | |||||
2012 | Azura | ||||||
Mael Lambong | Ahli Korporat | ||||||
Untuk Tiga Hari | |||||||
2013 | Papadom 2 | Posmen | |||||
2014 | Dollah Superstar | Pengarah | |||||
2015 | Jengka | — | Filem pertama terbitan | ||||
2017 | Bukan Cinta Malaikat | — | Beliau mengarahkannya bersama Herdanous Labobu | ||||
Kerja Kahwin | Juruacara | ||||||
2018 | Busker | Professor | Penampilan khas | ||||
2019 | XX Ray III | Prof. Amir | |||||
2020 | Tyickoouns | Ayah Mannan | Penampilan khas | ||||
2021 | 18 Puasa Di Kampong Pisang | Pak Jabit | |||||
Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa | |||||||
Chomel | Bidin | ||||||
Antaramasa | Profesor Amir | ||||||
Mat Bond Malaya | Dirinya sendiri | Penampilan khas | |||||
Kampong Pisang Kita Setandan | Pak Jabit | Filem pendek | |||||
2022 | Kampong Pisang Berbuah Dua Kali | ||||||
Jaga-Jaga Senariounion | Dr. Kamarul | Penampilan khas | |||||
Juang | — | Beliau mengarahkannya bersama Datuk Yusry Abdul Halim, Matt Lai, Osman Ali dan Kabir Bhatia | |||||
2023 | Coast Guard Malaysia: Ops Helang | Rahmat | |||||
Geng Sakau Vs Hantu Ting Tong | Pak Ajak | ||||||
2024 | Banglo Seksyen 12 | — | Juga sebagai penerbit penyelaras | ||||
19 Puasa Playboys Of Plestik Hitam | Abang Ajis / Pak Jabit | ||||||
The Experts | Pengarah Filem | Penampilan khas | |||||
Baik Punya Ah Long | Ustaz Hanif | ||||||
2025 | 6 Jilake | — | Pos-produksi |
Drama
Tahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Watak | Saluran TV | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Pelakon | Pengarah | Penerbit | |||||
1981 | Tok Awang | TV1 | Drama pertama | ||||
1983–2000 | Opah | Burn | |||||
1993–1998 | Cili Padi | — | TV3 | Drama arahan pertama | |||
1998 | Cinderella | Borhan | |||||
1999 | Romeo & Juliet | Zack | |||||
2002 | Insurgensi | — | TV1 | Episod 1-4, 10 & 13 | |||
2003–2005 | Cinta 3 Musim | — | DVD | ||||
2005–2006 | Misi XX-Ray | — | TV3 | ||||
2005–2008 | Puteri | — | |||||
2006 | Permata Hati Mama | — | |||||
2006–2007 | Dunia Anita | — | |||||
2007 | Pendekar 5 | — | TV9 | ||||
2007–2009 | Fara | Dr. Salim | TV3 | Episod: "Duta Produk", pelakon sampingan | |||
2007–2009 | Kisah Kaisara | — | |||||
2008 | Romeo | — | |||||
Vice Versa | Yusri | ||||||
Luna Fantasiku | — | tonton | |||||
Sari Maya | TV9 | Pelakon undangan | |||||
2008–2010 | Bong | — | TV3 | ||||
2009 | Pemanduku Jutawan | — | |||||
Comel | — | ||||||
Kapten Kit | — | ||||||
2013 | Demi Dia | — | |||||
2016 | Gerak Khas (Musim 16) | TV2 | Episod: "Lintah Darat" | ||||
2017 | Gerak Khas (Musim 17) | — | Episod: "Love Scam", sebagai pengarah bersama C. Kumaresan | ||||
Dia Bidadariku | — | Astro Ria | |||||
My Darling, Inspektor Daniel | — | ||||||
Anak Merdeka | — | Astro Prima | 1 episod | ||||
2018 | Gerak Khas (Musim 18) | — | TV2 | Episod: "Gadis Maya" | |||
2019 | Gerak Khas (Musim 19) | — | Episod: "Dendam Menular" | ||||
— | Episod: "Belot" | ||||||
— | Episod: "Ejen Penjerat" | ||||||
— | Episod: "Curang" | ||||||
2020 | Kampong Pisang Bersiri-siri | Pak Jabit | Astro Citra | ||||
2021 | Gerak Khas (Musim 20) | — | TV3 | Episod: "Taiwan Money Scam" | |||
— | Episod: "Gadis Lari" | ||||||
Kisah Rumah Tangga | — | Astro Ria | Episod: "Mencantum Cinta" | ||||
Keluarga Baha Don (Musim 3) | Pesuruhjaya | Viu | |||||
Dukun Diva | Che Usin | Astro Citra | Pelakon undangan | ||||
2022 | Puteri Reunion | Azizan Rosman | TV3 | ||||
SMK (Musim 4) | Dato' Idris | Astro Ceria | |||||
Aku Seorang Polis | — | YouTube | Segala bimbingan dan nasihat | ||||
Kamcing | Tok Daud | Sooka | |||||
2023 | Legenda Puteri Qaseh | Hidayat | Astro Ceria | ||||
B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit | Pak Ngah | Astro Ria | |||||
2024 | I.D. | Pok Me | Astro Premier |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Watak | Saluran TV | Catatan | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pelakon | Pengarah | Penulis | Penerbit | |||||
1985 | Nanti Mati | TV1 | ||||||
1991 | Wawasan | — | ||||||
1992 | Anak Angkat | — | TV3 | |||||
Korban Tumin | ||||||||
Bong | ||||||||
Syair Yang Hilang | ||||||||
1993 | Tunggu Sekejap | — | ||||||
Broken Angin | — | |||||||
Sedar | — | |||||||
Perang Mentua | — | |||||||
Cili Padi | — | |||||||
1994 | Cinta Selluloid | — | ||||||
1995 | Orang Terbang | — | Beliau mengarahkannya bersama Bade Hj. Azmi | |||||
2003 | Neon | Pelanggan Restoran I | VCD | Penampilan khas | ||||
2004 | Kelibat | Lan Troll | Astro Ria | |||||
2008 | Suwa Suwei Kamuning | VCD | ||||||
2015 | Ini Jalan Kita | TV AlHijrah | ||||||
2017 | 16 Puasa | Aziz | Astro First Eksklusif | |||||
Kalut Nak Raya | — | Astro Warna | ||||||
Semerah Darah | Joe | Astro Citra | ||||||
2019 | 17 Puasa | Ajis | Astro First Eksklusif | |||||
Sempurnakah Aku? | — | Astro Ria | ||||||
2020 | Cik Petir Putrajaya | — | TV3 | |||||
2021 | Kampong Bharu | — | TV2 | |||||
Saka MySejahtera | Tok Manap | Astro Citra | ||||||
Sejenis Raya Senariounion | — | Astro Warna | ||||||
2022 | Raya-Nion | — | Sooka | |||||
2023 | Raya Heist | Hj Osman | tonton | |||||
Dalang | Ikhlas | |||||||
2024 | Hentian Gerik | — | Astro Warna | |||||
Jodoh Geng G | Ayah Ku | |||||||
Zero To Millionaire | — |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2017 | Sepahtu Reunion Live | Cameo | Astro Warna | Episod: "Tragedi Buah Durian" |
2018 | Oh My Family! | Dirinya sendiri | Astro Ceria | 6 episod |
2022 | Fit for Action | Juri | TV3 |
Iklan
Tahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
2021 | Maxis Iklan Raya 2021: Raya Si Sakan | Pak Sakan |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1976 | Festival Filem Asia ke-22 | Pelakon Kanak-kanak Terbaik | Sayang Anakku Sayang | Menang |
1993 | Festival Filem Malaysia ke-9 | Pengarah Baru Berbakat | Fenomena | Menang |
1990 | Festival Filem Malaysia ke-10 | Pengarah Baru Harapan | XX Ray | Menang |
1994 | Festival Filem Malaysia ke-11 | Pengarah Seni Terbaik | Femina | Menang |
Penyunting Terbaik | Menang | |||
1998 | Anugerah Skrin 1997/98 | Pengarah Terbaik | Baginda | Menang |
Rujukan
- ^ "Bapa Aziz M. Osman meninggal dunia", Berita Harian, 29 Julai 2001.
- ^ "Director Aziz M. Osman’s father dies", New Straits Times, July 29, 2001.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-15. Dicapai pada 2018-07-15.
- ^ Muhammad Fairos Azizan (9 Disember 2018). "XX Ray masih ada peminat". Berita Harian. Dicapai pada 2 September 2019.
- ^ "Ada kelainan dalam XX-Ray". Berita Minggu. 29 November 1992. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
- ^ Rosli Manah (12 November 2001). "Lagi Lagi Senario tayangan Hari Raya". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 28 November 2015.
- ^ "Leftenan Adnan...tidak mentafsir sejarah". Utusan Malaysia. 18 Ogos 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-14. Dicapai pada 8 November 2008.
- ^ "Leftenan Adnan angkat martabat filem Melayu". Utusan Malaysia. 18 September 2000. Dicapai pada 8 November 2008.
- ^ "Seri Dewi Malam pertaruhkan pelakon pelapis". Utusan Malaysia. 13 Mei 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 13 Mei 2015.
- ^ Saharudin Musthafa, Norzaila Rosli (3 Mac 2002). "Filem Idola hadiah Aziz buat arwah bapa". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 13 Mei 2015.
- ^ Khadijah Ibrahim (27 Februari 2002). "Idola - Filem berjiwa remaja". Utusan Malaysia. Dicapai pada 13 Mei 2015.
- ^ Tengku Khalidah Tengku Bidin (13 Mac 2002). "Aziz - Kesal Idola terpaksa bersaing". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 13 Mei 2015.
- ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-02. Dicapai pada 31 Julai 2017.
- ^ Abdul Aziz Itar (6 Mac 2004). "Bintang Hati dedah realiti kehidupan artis". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 8 November 2008.
- ^ "Trauma yang mendebarkan". Utusan Malaysia. 18 Januari 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 31 Julai 2017.
- ^ Azhariah Kamin (1 Mac 2005). "Puteri is a hit comedy series". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 31 Julai 2015.
- ^ Khadijah Ibrahim (19 April 2006). "Misi XX-Ray beri peluang kepada pelakon baru". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 31 Julai 2015.
- ^ a b c Abdul Aziz Itar (8 Mei 2006). "Aziz M. Osman tidak berselera lagi buat filem Senario". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-17. Dicapai pada 28 November 2015.
- ^ Mumtaj Begum (17 April 2006). "No more Senario movies for Aziz". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-17. Dicapai pada 28 November 2015.
- ^ Abdul Aziz Itar (31 Oktober 2007). "Kisah Kaisara pertaruhkan pelakon baru". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-17. Dicapai pada 28 November 2015.
- ^ Wahiduzzaman (3 Februari 2012). "Azura 2012 tanpa magis Aziz M Osman". mSTAR Online. Dicapai pada 28 November 2015.
- ^ Shazryn Mohd Faizal (3 Februari 2012). "Azura ikon wanita Melayu". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-17. Dicapai pada 28 November 2015.
- ^ "Azura 2012 Dapat Respons Baik Daripada Golongan Profesional". Perak Today. 12 Februari 2012. Dicapai pada 28 November 2015.
- ^ Akmal Aziz (23 Jun 2017). Telefilem '16 Puasa' Ketengahkan Realiti Sebenar Yang Berlaku Dalam Masyarakat Berkait Dengan Pergolakan Jiwa Diarkibkan 2018-06-12 di Wayback Machine Siakap Keli. Dicapai pada 6 Jun 2018.
- ^ "Lima Keluarga Selebriti Popular Bergabung Dalam 'Oh My Family!'". Astro. 26 Mac 2018. Dicapai pada 3 Mei 2018.
- ^ Azizi, Mohd Al Qayum (12 Ogos 2015). "Aziz M Osman Bakal Terbitkan Sekual 'XX Ray 3'". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-14. Dicapai pada 28 November 2015.
- ^ "Aziz M Osman Umum Pembikinan Sekuel XX Ray, Cari Hero Baru". My News Hub.com. 3 Jun 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-02-21. Dicapai pada 28 November 2015.
- ^ Ahmad, Azzyati (3 Jun 2015). "Aziz M Osman cari hero baharu bintangi filem XX Ray III". Astro Awani. Dicapai pada 28 November 2015.
- ^ Pelakon M. Osman meninggal diserang angin ahmar Diarkibkan 2017-11-17 di Wayback Machine Utusan Malaysia (28 Julai 2001). Diperoleh pada 17 November 2011.
- ^ "Veteran singer and actor M. Osman dies of stroke", The Malay Mail, 29 July 2001.
- ^ "M. Osman sudah tiada", Harian Metro, 29 Julai 2001.
- ^ a b c "Director Aziz M Osman says not joining PAS". The Malay Mail. 13 February 2016. Dicapai pada 8 November 2016.
- ^ Norhayati Nordin (20 September 2017). "Aziz M Osman terima menantu lagi". Harian Metro. Dicapai pada 8 November 2017.
- ^ Zaidi Mohamad (14 September 2017). "Aziz M Osman bakal sambut menantu". Berita Harian. Dicapai pada 8 November 2017.
- ^ Zaidi Mohamad (30 September 2017). "Aziz M Osman terima menantu". Berita Harian. Dicapai pada 8 November 2017.
- ^ Mohd Al Qayum Azizi (20 September 2017). "Aziz M. Osman Sebak Nikahkan Anak". mSTAR Online. Dicapai pada 8 November 2017.
- ^ Dennis Chua (10 October 2017). "Aziz M. Osman welcomes newscaster as son-in-law". New Straits Times. Dicapai pada 8 November 2017.
- ^ Zulqarnain Abu Hassan (1 September 2018). "Aziz M Osman timang anak merdeka". Sinar Harian. Dicapai pada 6 September 2018.
Pautan luar
- Kelahiran 1962
- Orang hidup
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Orang dari Kuala Lumpur
- Pelakon lelaki Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelakon kanak-kanak Malaysia
- Pelakon lelaki Malaysia abad ke-20
- Pengarah filem Malaysia
- Penulis skrip Malaysia
- Penerbit filem Malaysia
- Pengarah televisyen Malaysia
- Muslim Malaysia
- Penerbit televisyen Malaysia
- Pengarah Terbaik (Drama) Anugerah Skrin
- Pengarah Terbaik (Filem) Anugerah Skrin