Tuan Yang Terutama Dato' Indera Dr. Azfar Mohamad Mustafar | |
---|---|
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura | |
Menyandang jawatan 28 Julai 2021 | |
Dilantik oleh | Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah |
Didahului oleh | Zainol Rahim Zainuddin |
Duta Besar Malaysia ke Perancis | |
Dalam jawatan 18 September 2018 – 29 Mei 2021 | |
Dilantik oleh | Sultan Muhammad V |
Didahului oleh | Ibrahim Abdullah |
Digantikan oleh | Mohd Zamruni Khalid |
Maklumat peribadi | |
Pasangan | Che Norhayati Soib |
Anak | 5 orang |
Tempat belajar |
|
Azfar Mohamad Mustafar ialah seorang diplomat Malaysia. Beliau berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura mulai 2021. Sebelum itu, beliau pernah dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Perancis.
Pendidikan
Azfar Mohamad Mustafar memegang ijazah sarjana muda sastera dari Universiti Malaya. Beliau turut mempunyai diploma pentadbiran awam dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Malaysia. Di peringkat lebih tinggi, beliau memegang sarjana sains dalam hal ehwal maritim dari Universiti Maritim Dunia, Sweden. Beliau turut melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi dan memegang ijazah doktor falsafah undang-undang maritim dari Universiti Swansea, Wales, United Kingdom.[1][2]
Beliau menerima pengiktirafan sebagai penerima Anugerah Alumni Terbilang dari Universiti Maritim Dunia pada 2022. Beliau ialah rakyat Malaysia pertama yang mendapat anugerah sebegitu.[2]
Kerjaya
Azfar memulakan kerjaya perkhidmatan awamnya pada 1996. Beliau berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Perkhidmatan Awam, sebelum menyertai Kementerian Luar Negeri Malaysia pada 2001.[1] Beliau pernah menjadi Ketua Pengarah Hal Ehwal Maritim di Kementerian Luar Negeri.[3]
Pada 2018, beliau telah dilantik oleh Sultan Muhammad V sebagai Duta Besar Malaysia ke Perancis.[4] Pada 2021, beliau telah dilantik oleh Al-Sultan Abdullah sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura.[3]
Kehidupan peribadi
Azfar telah berkahwin dengan Che Norhayati Soib dan dikurniakan dengan lima orang anak.[1]
Anugerah dan pengiktirafan
Rujukan
- ^ a b c "Presentation of Credentials, 31 August 2021". www.mfa.gov.sg (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-30.
- ^ a b c "Malaysian diplomat Dr Azfar honoured by World Maritime University of Sweden". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-30.
- ^ a b "Presiden Singapura terima watikah pelantikan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia yang baharu". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-09-30.
- ^ "King presents instruments of appointment to 10 envoys". Borneo Post Online (dalam bahasa Inggeris). 2018-07-06. Dicapai pada 2024-09-30.
- ^ MalaysiaGazette, Wartawan (2024-07-30). "Tunku Azizah dahului penerima darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang". MalaysiaGazette (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-30.
- ^ Bernama (2018-08-18). "Asri heads list of award recipients for Pahang Sultan's birthday | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-30.