Ikan aya hitam Tongkol hitam Abu-abu | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Tribus: | Thunnini
|
Genus: | |
Spesies: | T. tonggol
|
Nama binomial | |
Thunnus tonggol | |
Sinonim[2] | |
|
Ikan aya hitam,[3] tongkol hitam,[3] abu-abu[3] atau nama saintifiknya adalah Thunnus tonggol.[4] merupakan sejenis ikan laut yang penting untuk pasaran makanan. Ia mempunyai isi yang tebal dan bersaiz agak besar, dan hidup berkawan.
Ciri fizikal
Ikan ini berbadan lebih ramping dengan sirip dada yang lebih pendek dibandingkan dengan jenis-jenis ikan aya atau tuna serumpun; panjang badan ia boleh mencapai 145 sentimeter (57 in) dan beratnya bisa mencapai 359 kilogram (791 lb)[5]. Tumbesaran ikan ini diamati lebih perlahan berbanding ikan aya yang seukuran malah mmepunyai jangka hayat lebih lama; menjadikannya rentan terhadap penangkapan yang berlebihan.[1].
Bentuk badannya serupa cerutu pendek dengan muncung runcing. Sisir saring berjumlah 19-27 pada lengkung insang yang pertama. Sirip punggung kedua lebih tinggi daripada yang pertama; sirip dada pendek atau agak panjang, sekira 22-31% FL (fork length) pada spesimen kecil di bawah 60 cm FL atau 16-22% FL untuk spesimen yang lebih besar. Permukaan ventral dari hati polos, tak bergaris-garis.[6]
Bahagian ekor ia berwarna biru gelap metalik; sisi badan dan perut putih keperakan, dengan bercak-bercak membuujur panjang tidak berwarna yang bersusun dalam deretan mendatar. Sirip-sirip punggung, dada, dan perut kehitaman; sirip dubur keperakan; hujung sirip punggung kedua dan sirip dubur tersaput warna kuning; sirip ekor kehitaman dengan coret-coret hijau kekuningan; sirip-sirip kecil di depan ekor kecil (finlet) kuning dengan tepi berwarna kekelabuan.[6]
Kegunaan
Ikan ini merupakan bahan penting bagi menghasilkan hidangan nasi dagang.
Rujukan
- ^ a b Collette, B.; Di Natale, A.; Fox, W.; Juan Jorda, M.; Miyabe, N.; Nelson, R.; Sun, C.; Uozumi, Y. (2011). "Thunnus tonggol". The IUCN Red List of Threatened Species. IUCN. 2011: e.T170351A6763691. doi:10.2305/IUCN.UK.2011-2.RLTS.T170351A6763691.en. Dicapai pada 24 Disember 2017. Unknown parameter
|last-author-amp=
ignored (bantuan) - ^ "Thunnus tonggol". Integrated Taxonomic Information System.
- ^ a b c Froese, R.; D. Pauly, penyunting (2020). "Common names of Thunnus tonggol". Fishbase. Dicapai pada 30 Mac 2021.
- ^ Hamid Awong Fisheries Model (HAFM): A Case Study Stock Assesments of ...
By Hamid Awong - ^ Froese, Rainer; Pauly, Daniel (2011). "Thunnus tonggol" di FishBase. versi December 2011.
- ^ a b Collette, B. B.; Nauen, C. E. (1983). "Scombrids of the world. An annotated and illustrated catalogue of tunas, mackerels, bonitos and related species known to date" (PDF). FAO Species Catalogue. 2: 46-47. ISBN 92-5-101381-0.