PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan bertauliah mengenai kesihatan anda. Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera. |
Autisme | |
---|---|
Pengelasan dan sumber luaran | |
![]() Perlakuan menyusun sesuatu objek secara berterusan dan berulang kali sering kali dikaitkan dengan autisme. | |
ICD-10 | F84.0 |
ICD-9 | 299.00 |
OMIM | 209850 |
P. Data Penyakit | 1142 |
MedlinePlus | 001526 |
eMedicine | med/3202 ped/180 |
MeSH | D001321 |
GeneReviews | |
![]() |
Autisme, atau dikenali sebagai Gangguan Spektrum Autisme (Bahasa Inggeris: Autism Spectrum Disorder), merupakan sejenis gangguan perkembangan neurologi bercirikan masalah komunikasi dan perhubungan sosial, kecenderungan sifat boleh jangka dan rutin, perbezaan kepekaan deria, minat dan fokus yang abnormal dan juga tingkah laku yang berulang.[1] Kebiasaanya, simptom Autisme pada seseorang individu dapat dikenal pasti seawal usia dua tahun.
Kebiasaannya, diagnosis formal dapat disahkan melalui proses penelitian oleh Ahli Psikologi Klinikal dan Psikiatris Klinikal. Melalui diagnosis, penilai akan cuba mengenal pasti masalah-masalah ataupun cabaran-cabaran yang dihadapi oleh individu tersebut melalui pelbagai sudut penelitian, yakni cubaan untuk mengenal pasti tindak balas atau tingkah laku yang luar daripada kebiasaan. Melalui penilaian klinikal, tindak balas atau tingkah laku individu tersebut akan diukur melalui perbandingan aras kebiasaan yang dijangka daripada individu berumur sama dalam konteks sosiobudaya yang sama. Dalam sesetengah kes, masalah kemahiran motor halus mungkin dapat dikenal pasti, walaupun secara umum masalah ini bukanlah ciri utama bagi Autisme.
Autism ialah sebuah gangguan neurologi berspektrum. Oleh kerana hal demikian, ciri-ciri luaran pada setiap individu mungkin berbeza dan tidak sama antara satu sama lain. Perbezaan ciri-ciri luaran ini termasuklah kewujudan masalah pembelajaran dan masalah pertuturan yang sering didiagnosis bersama Autisme. Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan individu yang didiagnosis Autisme tidak mempunyai masalah pembelajaran dan masalah pertuturan, terutamanya individu dengan diagnosis Autisme Tahap 1, iaitu Autisme yang memerlukan sokongan yang rendah.
Sindrom Asperger dipercayai sebagai bentuk autisme fungsi tinggi, tetapi ini bukanlah sentiasa benar. Perbezaan utama antara sindrome Kanner, dengan autisme klasik, dan sindrome Asperger adalah Asperger tidak mempunyai kelewatan jelas dalam pertuturan, dan kecergasan adalah biasa atau lebih. Dalam autisme Kanner terdapat kelewatan jelas dalam pertuturan dan biasanya mempunyai kecergasan rendah dari kebiasaan . Autisme Kanner dengan IQ<80 dirujuk sebagai "fungsi rendah autisme", sementara sindrome Kanner dengan IQ>80 dikenali sebagai "autisme fungsi tinggi".
Pandangan lain mengenai kecacatan ini adalah autisum adalah berterusan on a continuum, dengan itu boleh juga dikenali sebagai masalah spektrum autistik autistic spectrum disorder. Masalah berterusan (continuum) lain yang berkait adalah Kegagalan Integrasi Deria (Sensory Integration Dysfunction) yang berkaitan dengan bagaimana cara kita menyelaras maklumat yang kita terima daripada deria kita. Autisme, Sindrom Asperger, dan Kegagalan Integrasi Deria adalah berkait rapat dan saling bertindan.
Sesetengah individu yang berjaya dipercayai mengalami autisme pada peringkat tertentu. Bagaimanapun, autisme lebih kerap didapati pada individual yang mempunyai permasalahan pembelajaran (learning disabilities).
Terdapat dua jenis autisme utama, autisme regresif dan autisme awal bayi (early infantile autism). Autisme awal bayi hadir semasa kelahiran sementara autisme regresif bermula ketika berusia 18 bulan.
Terdapat lonjakan dalam kes yang dilaporkan sedunia tentang kes autisme pada 10 tahun terakhir. Terdapat banyak spekulasi mengenai mengapa ini berlaku, tanpa sebarang bukti khusus yang menyokong teori tertentu. Bagaimanapun, kajian telah menolak spekulasi bahawa peningkatan ini disebabkan oleh peningkatan dalam kaedah diognistik.
Pada abad terakhir, populasi di Amerika Syarikat meningkat sebanyak 13%. Terdapat peningkatan dalam kecacatan tidak berkait dengan autisme sekitar 16%. Peningkatan kadar autisme pula adalah 173%.
Beberapa perkara perlu disebutkan di sini adalah:
- fenomena idiot savant kadang-kala dilihat pada mereka yang mempunyai autisme.
- autisme, asperger semakin kerap dianggap sebagai keupayaan masyarakat yang berterusan (continuum of social capability).
- penyelidikan terkini (kontrovesi) di UK mencadangkan kemungkinannya terdapat kaitan antara autisme dan vaksin MMR.
- analisa autisme sebagai kebutaan minda (mind blindness) -- ketidak mampuan mencipta model fikiran orang lain. Contoh biasa adalah "di mana X mencari objek yang mereka simpan, tetapi dialih oleh Y" -- lihat teori minda.
- terdapat dakwaan terkini bahawa autisme kemungkinannya didorong oleh keracunan logam berat/logam raksa (tiada sokongan dalam penulisan perubatan utama.?)
- peningkatan dakwaan rawatan berjaya pada kanak-kanak dengan rawatan chelation pemakanan bebas kafein, bebas gluten dan raksa.
- RDI merupakan program rawatan mensasar kecacatan teras sosial/hubungan pesakit autisme.
Kedua-dua Oliver Sacks dan Torey Hayden telah menulis mengenai pesakit atau pelajar autistik. Temple Grandin turut menulis mengenai hidupnya. Donna Williams (Autism:an inside-out approach, ISBN 1-85302-387-6) gives an interesting perspective on the experience of the person with autism.
Di Malaysia, kanak-kanak warganegara Malaysia yang telah disahkan autisme boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) dan pelajar memperoleh bantuan kewangan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya.[2]
Rujukan
- ^ Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (ed. 5th). American Psychiatric Association. 2013. m/s. 31.
- ^ Pendaftaran Orang Kurang Upaya.
Pautan luar
- Persatuan Autisme Muslim Malaysia, Parent Support Group in Facebook Autisme Malaysia[pautan mati kekal]
- Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia, The National Autism Society Malaysia (NASOM) Diarkibkan 2008-08-28 di Wayback Machine
- The National Autism Society Malaysia (NASOM) TeleAutism Diarkibkan 2008-09-16 di Wayback Machine
- Group dealing with Aspies and Care Givers Diarkibkan 2007-11-28 di Wayback Machine
- Autistics.org Information Library Diarkibkan 2004-11-26 di Wayback Machine: brief articles by individuals on the autistic spectrum
- Centre for the Study of Autism
- Another Center for the Study of Autism
- Yeast (Overgrowth) and Autism Diarkibkan 2004-09-24 di Wayback Machine
- Supporting Parents of Children with Autism[pautan mati kekal]
- A personal Autism home page Diarkibkan 2004-11-14 di Wayback Machine
- DSM-IV Autistic Disorder definition
- DSM-IV Asperger's Disorder definition
- Institute for the Study of the Neurologically Typical Diarkibkan 2007-10-17 di Wayback Machine: a site created by autistic spectrum individuals to parody the way the medical community views autism
- Autism & Mercury Poisoning Diarkibkan 2004-08-10 di Wayback Machine
- Summary Comparison of Characteristics of Autism & Mercury Poisoning Diarkibkan 2004-12-06 di Wayback Machine
- AIM Autism Awareness and campaigning in the UK Diarkibkan 2004-12-02 di Wayback Machine
- Autism and Autism Spectrum Disorder (ASD). ERIC Digest.
- Teaching Students with Autism. ERIC Digest.
- Connections Center - Relationship Development Intervention (RDI)