Aurochs Julat zaman: Dari awal Pleistosen hingga
1627 (liar) resp. Kini (jinak) | |
---|---|
Rangka aurochs jantan yang ditemui di Vig, Denmark, Muzium Negara Denmark | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Mammalia |
Keluarga: | Bovidae |
Genus: | Bos |
Spesies: | †B. primigenius
|
Nama binomial | |
Bos primigenius (Bojanus, 1827)
| |
Subspesies | |
Liar:
domestic:
| |
Distribution of the three subspecies | |
Sinonim | |
List
|
Aurochs (Bos primigenius) merupakan spesies lembu liar besar yang pupus dan pernah hidup di Eropah, Asia dan Afrika Utara. Inilah leluhur kepada lembu bela jinak moden. Spesiesnya bermandiri di Eropah sehinggalah aurochs terakhir dalam catatan mati di Hutan Jaktorów, Poland, pada 1627.
Ketika Revolusi Neolithic yang berlaku ketika awal Holosen, berlakunya sekurang-kurangnya dua peristiwa pembelajinakan aurochs: satu berkenaan subspesies India yang membawa kepada lembu zebu, dan satu lagi berkenaan subspesies Eropah yang membawa kepada lembu taurina. Spesies bovin (rumpun lembu) yang lain juga dibela jinak, iaitu kerbau liar, seladang, yak liar dan banteng. Pelbagai baka lembu moden berkongsi ciri-ciri dengan aurochs, seperti warna gelap pada jantan dengan jalur belut yang cerah sepanjang belakang (sedangkan yang betina punya lebih cerah), ataupun bentuk tanduk tipikal seakan aurochs.[1]
Rujukan
- ^ "Aurochs – Bos primigenius". petermaas.nl. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 April 2009. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)