Aubervilliers | |
---|---|
Negara | Perancis |
Kawasan | Île-de-France |
Jabatan | Seine-Saint-Denis |
Arrondissement | Saint-Denis |
Kanton | 2 cantons |
Interkomunaliti | Plaine Commune |
Keluasan 1 | 5.76 km2 (2.22 batu persegi) |
Penduduk (2006)2 | 74,221 |
• Kepadatan | 13,000/km2 (33,000/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+1 (CET) |
• Musim panas (DST) | UTC+2 (CEST) |
INSEE/Poskod | 93001 /93300 |
1Data Daftar Tanah Perancis, yang tidak termasuk tasik, kolam, glasier > 1 km² (0.386 m² atau 247 ekar) dan muara sungai. 2 Penduduk tanpa pengiraan dua kali: penghuni berbilang komun (misalnya, para pelajar dan kakitangan tentera) dikira sekali sahaja. |
Aubervilliers (Sebutan bahasa Perancis: [obɛʁvilje]) ialah sebuah komun di bahagian perbandaran timur Paris, Perancis. Ia terletak 7.2 km (4.5 bt) dari pusat Paris.
Nama
Semasa zaman pertengahan, nama Aubervilliers yang direkodkan ialah Alberti Villare, bermaksud "estet (villare) Adalbert". Adalbert ialah nama Germanik yang bermaksud "bangsawan (Adal-) dan pintar (-bert)" (Inggeris Kuno Æþelbeorht) yang melahirkan Albert dalam bahasa Inggeris moden, Aubert dalam bahasa Perancis Kuno, dan Albert dalam bahasa Perancis moden.
Sejarah
Pada 1 Januari 1860, kota Paris telah diperbesarkan dengan menggabungkan komun-komun berhampiran. Dalam pada itu, sebahagian kecil komun Aubervilliers telah digabungkan dengan kota Paris. Pada masa yang sama, komun La Chapelle-Saint-Denis telah dimansuhkan dan dibahagikan antara Paris, Aubervilliers, Saint-Denis, dan Saint-Ouen. Aubervilliers menerima sebahagian kecil jajahan La Chapelle-Saint-Denis.
Kependudukan
Imigrasi
|
Pentadbiran
Aubervilliers dibahagikan kepada dua kanton:
- Kanton Aubervilliers-Est (Timur): 36,010 orang penduduk;
- Kanton Aubervilliers-Ouest (Barat): 27,126 orang penduduk.
Tokoh-tokoh
- Steeve Elana, pemain bolasepak
- Brice Jovial, pemain bolasepak
- Sony Mustivar, pemain bolasepak
- Virginie Ledoyen (lahir 15 November 1976), pelakon, penyanyi Perancis.
- Edwin Ouon, pemain bolasepak
- Ibrahim Tall, pemain bolasepak
- Abou Diaby, pemain bolasepak
- Didier Daeninckx, penulis
- Yasmine Belmadi, pelakon
Pendidikan
Aubervilliers memiliki 14 écoles maternelles, 15 écoles élémentaires, 5 collèges, dan 4 lycées. Kota ini juga memiliki tiga institusi persendirian dan beberapa intitusi khas.[1] Collèges termasuklah Diderot, Rosa Luxemburg, Jean Moulin, Gabriel Péri, dan Henri Wallon.[2]Lycées pula termasuklah Lycée Polyvalent D'Alembert, Lycée d'enseignement général et technologique Le Corbusier, Lycée professionnel Jean-Pierre Timbaud, dan Lycée d'enseignement général et technologique Henri Wallon.[3]
Terdapat tiga buah perpustakaan di Aubervilliers, masing-masing ialah André Breton, Paul Eluard, Henri Michaux, dan Saint-John Perse.[4]
Pengangkutan
Di Aubervilliers, terdapat dua stesen Paris Métro Line 7 iaitu Aubervilliers–Pantin–Quatre Chemins dan Fort d'Aubervilliers.
Aubervilliers is also served by La Courneuve – Aubervilliers station on Paris RER line B. This station, although administratively located on the territory of the neighboring commune of La Courneuve, lies in fact very close to the town center of Aubervilliers.
Monumen
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Etablissements Diarkibkan 2010-12-22 di Wayback Machine." Commune of Aubervilliers. Retrieved on 17 June 2010.
- ^ "Collèges." Commune of Aubervilliers. Capaian 2011-02-22.
- ^ "Lycées." Commune of Aubervilliers. Capaian 2011-02-22.
- ^ "Les plans Diarkibkan 2011-06-15 di Wayback Machine." Commune of Aubervilliers. Capaian 2011-02-22.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Aubervilliers |
- Laman web majlis bandar raya Aubervilliers (Perancis)