Atilia (kadangkala dieja Attilia), merupakan anak perempuan kepada C. Atilius Serranus. Beliau juga adalah isteri pertama Marcus Porcius Cato Uticencis yang dinikahinya sekitar 73 SM. Aemilia Lepida yang merupakan bakal isteri kepada Marcus, telah menikah dengan Quintus Caecilius Metellus Pius Scipio Nasica. Atilia dilahirkan sekitar 90 SM.
Plutarch telah menulis melalui karya Parallel Lives, Life of Cato the Younger, 7:
- [Atilia] merupakan wanita pertama yang mengadakan hubungan kelamin dengannya, tetapi bukanlah satu-satunya wanita yang pernah bersamanya. Laelius, merupakan rakan kepada Scipio Africanus; Laelius, dianggap lebih bernasib baik kerana telah mengadakan hubungan dengan seorang wanita sahaja sepanjang hayatnya.
Marcus dan Atilia mempunyai seorang anak lelaki, Marcus Porcius Cato yang meninggal dunia pada pertempuran kedua Philippi, dan anak perempuan, Porcia Catonis yang menjadi isteri kepada sepupunya, Marcus Junius Brutus.
Pada sekitar tahun 63 SM, Marcus bercerai dengan Atilia atas alasan perzinaan (Atilia telah dikatakan menjadi salah satu teman wanita Julius Caesar). Marcus kemudiannya menikahi Marcia. Selepas daripada peristiwa tersebut, nama Atilia tidak lagi disebut dalam kalangan masyarakat pada ketika itu.