| Negara | |
|---|---|
| Kawasan penyiaran | |
| Ibu pejabat | |
| Pengaturcaraan | |
| Bahasa | Tamil |
| Format gambar | 16:9 HDTV (1080i) |
| Pemilikan | |
| Pemilik | Astro Malaysia Holdings |
| Pertubuhan induk | Astro |
| Saluran saudara | Astro Vaanavil Astro Vellithirai Astro Thangathirai |
| Sejarah | |
| Dilancarkan | |
| Ditutup | |
| Ketersediaan | |
| Satelit | |
| Saluran 202 (HD) | |
| Saluran 202 (HD) | |
| Media penstriman | |
| Astro GO / On Demand | |
Astro Vinmeen HD (Tamil: அஸ்ட்ரோ விண்மீன்) ialah saluran televisyen hiburan satelit komersial berbayar berbahasa Tamil di Malaysia. Ia dimiliki bersama oleh individu kedua terkaya di Asia Tenggara, Ananda Krishnan, dan Astro Malaysia Holdings. Ini merupakan saluran hiburan umum Tamil definisi tinggi 24 jam pertama di Asia Tenggara.[1] Vinmeen menayangkan pelbagai jenis program, termasuk berita, maklumat, hiburan dan filem. Astro Vinmeen HD tersedia secara eksklusif di platform satelit berbayar Astro Malaysia melalui saluran 202.
Saluran ini dapat diakses oleh semua pelanggan Astro tanpa kira pakej. Selain itu, beberapa program terpilih juga dapat ditonton melalui Astro GO, aplikasi penstriman dalam talian Astro, yang membolehkan pelanggan menonton kandungan secara langsung atau on-demand di mana sahaja. Saluran ini juga menyiarkan kandungan dari Vasantham (Singapura), Puthuyugam TV (India), dan Vendhar TV (India). Saluran ini memegang Rekod Dunia Guinness untuk festival penstriman langsung terpanjang, dengan penstriman langsung festival Thaipusam selama 55 jam tanpa henti dari 22 hingga 25 Januari 2016.
Sejak Februari 2025, Astro Vinmeen telah mula pengambilalihan rancangan dari Astro Vaanavil dan menerus siaran di saluran ini kerana Astro Vinmeen fokus banyak rancangan Tamil.
Rancangan
[sunting | sunting sumber]Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Logo Astro Vinmeen HD versi pertama (18 Oktober 2013 - 14 November 2024)
-
Logo Astro Vinmeen HD versi kedua (sejak 15 November 2024)
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- ^ "Astro debuts S.E.A.'s first 24-hour Tamil HD channel | OnScreenAsia.com". Diarkibkan daripada yang asal pada 22 November 2015. Dicapai pada 2015-11-22.








