Assalamualaikum Cinta | |
---|---|
Format | Drama |
Pencipta | Sinemart |
Dibintangi oleh | Nirina Zubir Richard Kevin |
Lagu pembukaan | Raja Jatuh Cinta, Numata |
Lagu penutup | Raja Jatuh Cinta, Numata |
Negara asal | Indonesia |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 60 minit |
Penyiaran | |
Saluran asal | SCTV |
Assalamualaikum Cinta merupakan sebuah drama lipur lara yang ditayangkan oleh SCTV. Drama ini juga ditayangkan di Malaysia melalui saluran TV9.
Barisan pelakon
- Nirina Zubir sebagai Asma
- Richard Kevin sebagai Kevin Adam
- Alice Norin sebagai Alda
- Junior sebagai Restu Maulana
- Fuad Zulkarnaen sebagai Arif
- Didi Pepet sebagai Pak Giman
- H.Jojon sebagai Pak Hamzah
- Anwar Fuady sebagai Pak Adam Sosilo
- Meriam Bellina sebagai Bu Adam Sosilo
- Meike Wijaya sebagai Oma
- Ferina Widodo sebagai Ibu Hamzah
- Aditya Herpavi sebagai Rio
- Andhika Gumilang sebagai Henri
Sinopsis
Drama ini mengisahkan tentang Asma (Nirina Zubir), seorang gadis yang jujur, ceria, dan selalu berpikiran positif. Sifatnya yang selalu ingin berbaik dengan orang lain, menempatkan ia sebagai figura yang dapat memberi warna dalam kehidupan orang-orang sekilingnya. Asma cantik, cerdas dan memiliki keyakinan bahawa kasih sayang ialah landasan yang membuat hidup ini menjadi indah. Setiap kali bertemu dengan Asma, orang-orang yang mengaguminya selalu menyapanya dengan “Assalamualaikum, cinta”. Asma bersahabat dengan Restu Maulana (Junior), anak ketua desa. Restu ialah teman rapat Asma, yang sekali gus juga pengagum Asma. Asma juga memiliki seorang saudara bernama Alda (Alice Norin).
Ayah Asma, Pak Giman (Didi Petet), ialah seorang yang berpengaruh di kampung itu. Pak Giman adalah baik serta kuat agamanya, dan semua orang di kampung menghormatinya.
Sementara itu, di Jakarta, ada seorang lelaki kacak bernama Kevin Adam (Richard Kevin) yang baru balik dari Amerika. Kevin ialah anak tunggal seorang pengusaha kaya di Jakarta. Kevin ialah anak yang sangat percaya diri, tetapi hedonis dan tidak pedulikan agama.
Setelah melalui suatu pengalaman, akhirnya Kevin setuju dengan apa yang orang tuanya katakan bahawa beliau sepatutnya hidup dengan serius, menikah, dan memegang perusahaan ayahnya. Dengan itu, hal pertama yang perlu dilakukannya ialah mencari calon isteri.
Dalam kalangan rakan-rakan gadisnya, tiada satu pun yang cocok untuk menjadi isterinya. Akhirnya, Kevin memiliki idea unik. Kevin menerbitkan sebuah acara televisyen, di mana dia meminta pada semua gadis yang sudi menjadi isterinya agar mengirimkan SMS kepadanya. Kemudian, daripada semua SMS yang dimasukinya, dia akan pilih siapa pemenangnya, yang bererti dia akan menjadi calon istrinya. Pada awalnya, Asma tidak tertarik dengan acaranya itu, tetapi secara tak sengaja, telefonnya tertukar sehingga Asma terikut acara tersebut secara tak sengaja. Asma menyesal, tetapi bersyukur juga kerana percaya bahawa selalu ada hikmah dibalik peristiwa seburuk apapun.
Pada malam saat pengumuman calon isteri Kevin, teman-teman Asma berkata bahawa Asma yang menang pertandingan itu. Asma yang saat itu tidak menonton pun percaya pada teman-temannya. Padahal tanpa Asma ketahui, yang menang pertandingan itu ialah gadis bernama Silvia. Asma merasa tidak percaya sekali gus bersyukur. Atas bantuan Restu untuk memujuk ayahnya, Asma pun pergi ke Jakarta. Setibanya di Jakarta, tiba-tiba Asma dirompak. Ketika mengejar mereka, Asma tanpa sengaja bertemu Kevin. Asma pun langsung memanggil Kevin dan menyatakan bahwa dialah pemenang pertandingan SMS itu. Kevin terkejut, dan yakin bahawa Asma diperdayakan orang. Atas rasa kasihan, Kevin pun membawa Asma ke apartmen yang menjadi tempat tinggal Asma sementara di Jakarta.
Personaliti dan pandangan Asma menjadikan Kevin malu. Daripada Asma, Kevin belajar perlunya wanita dijunjung tinggi. Akhirnya, Kevin jatuh cinta pada Asma. Namun, Asma akhirnya tahu kalau dia bukanlah pemenang sebenar. Dengan itu, Asma marah dan merasa dibohongi lalu ke pulang kampung.
Kevin pun menyusul Asma dan mengutarakan isi hatinya. Kevin akhirnya berhasil membawa Asma ke Jakarta. Tetapi Asma tidak berangkat sendiri, dan Alda pun ikut serta dengan alasan untuk menjaga Asma. Gara-gara iri hati terhadap Asma, Alda berniat jahat. Alda mempengaruhi orang tua Kevin sehingga mereka tidak suka dengan Asma.
Suatu hari pada ulang tahun Asma, Kevin meminta Asma datang ke tempat lapang. Tiba-tiba, Kevin muncul dan menaburkan bunga pada Asma lalu mengutarakan perasaan cintanya pada Asma. Di saat itu, sebuah helikopter yang dipandu Kevin tergelincir lalu terhempas, menyebabkan Kevin lumpuh dan terpaksa bergantung kepada kerusi roda selama hidupnya. Semua orang menyalahkan Asma atas kecelakaan itu. Kevin meminta Asma untuk meninggalkannya. Asma pula tidak ingin meninggalkan Kevin sehingga Kevin sembuh. Namun, Kevin berpura-pura membenci Asma hingga Asma yakin bahawa Kevin tidak mencintainya lagi.
Waktu berlalu, Asma pun pindah ke Bandung dan kerja di sebuah kedai kerta mobil milik Rio (Aditya Herpavi). Rio pula ialah lelaki yang taat dan dermawan, tetapi juga seorang yatim piatu. Mengenal keperibadian Asma, Rio pun mulai jatuh cinta.