Aspalela Abdullah | |
---|---|
Kelahiran | 30 Januari 1945 |
Meninggal dunia | 8 Disember 2024 | (umur 79)
Warganegara | Malaysia |
Pekerjaan | Penyanyi |
Terkenal kerana | Juara Bintang Radio '68 |
Pasangan | Raja Ismail Raja Saat |
Anak-anak | Raja Iskandar, Raja Norhanifah, Raja Nurulfaiz (Ayu) |
Aspalela Abdullah (30 Januari 1945 – 8 Disember 2024) merupakan seorang penyanyi 60-an yang terkenal di Malaysia. Beliau pernah menjuari Bintang Radio '68.
meskipun kebanyakan undangannya adalah pertunjukan amal.
Selain menyanyi, Aspalela Abdullah merupakan bekas kerani di bahagian Analisis di Lembaga Letrik Negara (kini Tenaga Nasional Berhad). Sepanjang pembabitannya dalam seni, beliau menghasilkan sebanyak lima buah album sepanjang kerjaya seninya.
Album Joget Cari Makan yang diterbitkan Omar Taib edaran WEA (kini Warner Music) pada tahun 1991 dianggap Aspalela sebagai album cari makan beliau. Ini kerana lagu-lagu yang dimuatkan dalam album itulah yang sering dinyanyikan pada setiap undangan nyanyian dan ia bagaikan suara jiwa seorang Aspalela apalagi apabila menghayati lagu Bukan Sekadar Sekalung Doa ciptaan Omar.
Anugerah
- Anugerah Kecapi bagi kategori Anugerah Artis Sepanjang Zaman 2006 (Penyanyi Lagu Melayu Asli) pada Malam Jasamu Dikenang anjuran Papita