Asma' Harun | |
---|---|
أستاذة أسما’ هارون | |
![]() Ustazah Asma' Harun | |
Kelahiran | 14 Zulhijjah 1403 Kuala Nerus, Terengganu | 22 September 1983
Warganegara | Malaysia |
Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda (Syari'ah), Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir |
Pekerjaan | Pendakwah, Penceramah Bebas, Penulis, Perundingcara Rumahtangga |
Tahun aktif | 2008–kini |
Terkenal kerana | Dakwah, motivasi, penulisan buku Islamik |
Pasangan | YM Tengku Faisal Bin YM Tengku Yahya |
Ustazah Asma' Harun (lahir 22 September 1983) ialah seorang pendakwah bebas, penceramah motivasi, perundingcara rumahtangga dan penulis buku keagamaan terkenal di Malaysia. Beliau dikenali melalui penyampaian tazkirah yang menyentuh hati serta penglibatan aktif dalam dakwah menerusi media sosial, seminar, dan pelbagai platform masyarakat.
Latar Belakang
Ustazah Asma’ Harun dilahirkan di Kampung Batu Enam, Terengganu. Sebagai seorang anak, beliau amat bersyukur dibesarkan dalam sebuah keluarga yang mengutamakan ilmu agama dan disiplin. Didikan ibu bapa yang teguh menjadikan beliau seorang yang berjaya hari ini. Kini, beliau pula menyambung amanah dakwah dengan menyampaikan ilmu kepada masyarakat.
Pendidikan
Beliau memulakan pendidikan awal di PASTI Darul Taqwa, diikuti oleh pengajian menengah di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Darul Anuar, Pulau Melaka, dan SMU (A) Maahad Muhammadi Lil Banat, Kota Bharu.
Bagi peringkat pengajian tinggi, beliau memperoleh Diploma Syariah dari Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir, serta Ijazah Sarjana dalam Pengajian Islam dari Open University Malaysia (OUM).
Kerjaya
Ustazah Asma' memulakan kerjaya pada tahun 2008 di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam dan Penolong Pengarah Bahagian Halal.
Namun, pada tahun 2017, beliau mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan dan menumpukan sepenuh perhatian kepada dakwah, ceramah motivasi, dan aktiviti kemasyarakatan.
Aktiviti Dakwah
Kini, beliau aktif sebagai pendakwah bebas, penceramah motivasi, dan perundingcara rumahtangga. Ustazah Asma’ turut dikenali melalui tazkirah-tazkirah yang dimuat naik di media sosial seperti YouTube dan Facebook, serta sering dijemput ke program televisyen dan forum-forum keagamaan.
Keusahawanan
Beliau juga menceburi bidang keusahawanan dengan memasarkan pelbagai produk berkonsepkan Islamik, termasuk:
- Telekung
- Tudung labuh
- Jubah
- Pakaian wanita
- Makanan sunnah
- Buku dan perancang harian (planner)
Penulisan
Berikut adalah antara buku hasil tulisan Ustazah Asma’ Harun:
- Kepada-Mu Aku Kembali
- Jangan Biarkan Aku Sendiri
- Bersama-Mu Aku Bahagia
- Aku Rindu Kepada-Mu
- Tazkirah The Time
- Tip Wanita Bahagia
- 150 Tip Menjadi Wanita Dambaan Syurga
- Keluarga Menuju Syurga
- 111 Soal Jawab Fiqh Ramadan
- Contoh Isteri Yang Terbaik
- Kekuatan dan Keajaiban Zikrullah
- Nasihat Buat Yang Sedang Mencari Jodoh
- Tanda-Tanda Allah Terima Taubat Kita
Media Sosial
Ustazah Asma’ aktif menyampaikan dakwah di platform berikut:
Lihat juga
- Penceramah Bebas Malaysia
- Pendakwah Wanita
- Islam di Malaysia
Rujukan
- Facebook Ustazah Asma' Harun
- YouTube rasmi
- Ceramah dan tazkirah video di pelbagai platform media sosial