Asiltransferase ialah sejenis enzim transferase yang bertindak terhadap kumpulan asil, dan bertanggungjawab dalam memangkinkan tindak balas pengasilan. Dalam tindak balas ini, asil koenzim A (asil-KoA) biasanya menjadi penderma kumpulan asil.
Contoh-contoh asiltransferase termasuk:
- Gliserol-3-fosfat asiltransferase
- Gliseronfosfat O-asiltransferase
- Lesitin-kolesterol asiltransferase
Lihat juga
Pautan luar
- Acyltransferases dalam Tajuk Subjek Perubatan (MeSH) di Perpustakaan Perubatan Negara AS