Arthur Eddington OM FRS | |
---|---|
Lahir | Arthur Stanley Eddington 28 Disember 1882 Kendal, Westmorland, England, United Kingdom |
Mati | 22 November 1944 Cambridge, Cambridgeshire, England, United Kingdom | (umur 61)
Kerakyatan | Inggeris |
Kerakyatan | British |
Alma mater | University of Manchester Trinity College, Cambridge |
Digelar |
|
Anugerah | Pingat Diraja Persatuan Diraja (1928) Hadiah Smith (1907) Pingat Emas RAS (1924) Pingat Henry Draper (1924) Pingat Bruce (1924) Knight Bachelor (1930) Darjah Bakti (1938) |
Sir Arthur Stanley Eddington OM FRS[1] (28 Disember 1882 – 22 November 1944) adalah seorang ahli falak, ahli fizik, dan ahli matematik Inggeris. Beliau juga merupakan seorang ahli falsafah sains yang mempopularkan bidang tersebut. Had Eddington, had semula jadi untuk kekilauan bintang, atau sinaran yang dihasilkan oleh tokokan pada objek padat, dinamakan sedemikian bagi menghormatinya.
Sekitar tahun 1920, beliau menjangkakan penemuan dan mekanisme proses pelakuran nuklear dalam bintang, di dalam kertas beliau "The Internal Constitution of the Stars".[2][3] Pada masa itu, sumber tenaga bintang adalah misteri sepenuhnya, dan Eddington merupakan orang pertama yang membuat spekulasi dengan betul bahawa sumbernya adalah pelakuran hidrogen ke dalam helium.
Eddington menulis beberapa rencana yang mengumumkan dan menjelaskan teori kerelatifan am Einstein kepada dunia berbahasa Inggeris. Perang Dunia I telah memutuskan banyak komunikasi saintifik, dan perkembangan baru sains di Jerman tidak begitu terkenal di England. Beliau turut melakukan ekspedisi untuk melihat gerhana matahari pada 29 Mei 1919, yang memberikan salah satu pengesahan terawal bagi kerelatifan am, dan beliau dikenali dengan eksposisi dan tafsiran teori yang popular.
Rujukan
- ^ Plummer, H. C. (1945). "Arthur Stanley Eddington. 1882–1944". Obituary Notices of Fellows of the Royal Society (dalam bahasa Inggeris). 5 (14): 113–126. doi:10.1098/rsbm.1945.0007.
- ^ The Internal Constitution of the Stars A. S. Eddington The Scientific Monthly Vol. 11, No. 4 (Okt., 1920), pp. 297–303 JSTOR 6491
- ^ Eddington, A. S. (1916). "On the radiative equilibrium of the stars". Monthly Notices of the Royal Astronomical Society (dalam bahasa Inggeris). 77: 16–35. Bibcode:1916MNRAS..77...16E. doi:10.1093/mnras/77.1.16.
{{#switch:||Kategori=