Arteri koronari | |
---|---|
sunting |
Arteri koronari ialah saluran darah arteri dalam peredaran koronari yang menjadi saluran pengangkutan darah beroksigen ke otot jantung. Jantung memerlukan bekalan oksigen untuk kekal berfungsi seperti otot atau tisu lain di seluruh badan.[1]
Arteri koronari melitupi seluruh jantung. Ada dua cabang utama arteri koronari, arteri koronari kiri dan arteri koronari kanan. Arteri-arteri ini juga boleh dibezakan berdasarkan kedudukan di jantung yang diberi oksigen. Kategori-kategori ini termasuk epikardium (atas epikardium, tisu terluar jantung) dan mikrovaskular (berdekatan endokardium, tisu terdalam jantung.[2]
Gangguan pada fungsi arteri koronari boleh membawa kepada kekurangan aliran oksigen dan nutrien ke jantung. Ini bukan sahaja mengganggu bekalan otot jantung, tetapi juga mengganggu fungsi jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan. Dengan ini, apa-apa masalah pada arteri koronari boleh membawa kesan buruk terhadap kesihatan, termasuk angina, serangan jantung dan kematian.[3]
Rujukan
- ^ "Coronary Arteries". Texas Heart Institute (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-09-01.
- ^ Petersen, J. W.; Pepine, C. J. (2014). "Microvascular Coronary Dysfunction and Ischemic Heart Disease – Where Are We in 2014?". Trends in Cardiovascular Medicine. 25 (2): 98–103. doi:10.1016/j.tcm.2014.09.013. PMC 4336803. PMID 25454903.
- ^ "Anatomy and Function of the Coronary Arteries". www.hopkinsmedicine.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-09-01.