Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Gajah Mada | |
---|---|
Fail:Gajah Mada.jpg | |
Mahapatih Majapahit | |
Dalam jawatan k.1334–k.1359 | |
Raja | Tribhuwana Wijayatunggadewi, Hayam Wuruk |
Didahului oleh | Arya Tadah (Mpu Krewes) |
Digantikan oleh | 6 mahamantri agung |
Maklumat peribadi | |
Mati | 1364 Belum dipastikan |
Kewarganegaraan | Majapahit |
Gajah Mada (meninggal dunia 1364) merupakan seorang panglima perang dan tokoh yang sangat berpengaruh pada zaman kerajaan Majapahit.[1][2][3] Menurut pelbagai sumber mitologi, kitab, dan tulisan dari zaman Jawa Kuno, beliau memulakan kerjanya pada tahun 1313, dan semakin melonjak setelah peristiwa pemberontakan Ra Kuti pada zaman pemerintahan Sri Jayanagara, yang mengangkatnya sebagai Patih.[1] Beliau menjadi Mahapatih (Menteri Besar) pada masa Ratu Tribhuwanatunggadewi, dan kemudian sebagai Amangkubhumi (Perdana Menteri) yang membantu Majapahit ke puncak kejayaannya.[4]
Gajah Mada terkenal dengan sumpahnya, iaitu Sumpah Palapa, yang tercatat dalam Pararaton.[5] Beiau menyatakan tidak akan memakan palapa sebelum berjaya menyatukan Nusantara. Walaupun beliau cuma salah satu tokoh pusat pada masa itu, sangat sedikit catatan-catatan sejarah yang ditemui mengenai dirinya. Wajah sesungguhnya dari tokoh Gajah Mada, ketika ini masih menjadi kontroversi.[6] Pada masa sekarang, Indonesia telah menetapkan Gajah Mada sebagai salah satu Pahlawan Negara dan merupakan simbol nasionalisme[7] dan persatuan Nusantara.[8]
Awal kerjaya
Tiada maklumat dalam sumber sejarah yang tersedia ketika pada awal kehidupannya, kecuali diketahui bahawa beliau dilahirkan sebagai seorang biasa yang naik dalam awal kerjayanya sebagai Begelen atau setingkat ketua pasukan Bhayangkara kepada Raja Jayanagara (1309-1328). Terdapat sumber yang mengatakan bahawa Gajah Mada bernama lahir Mada[9] sedangkan nama Gajah Mada[10] kemungkinan merupakan nama sejak menjawat sebagai patih.[11]
Dalam pupuh Désawarnana atau Nāgarakṛtāgama karya Prapanca yang ditemukan saat penyerangan Istana Tjakranagara di Pulau Lombok pada tahun 1894[12] terdapat maklumat bahawa Gajah Mada merupakan patih dari Kerajaan Daha dan kemudian menjadi patih dari Kerajaan Daha dan Kerajaan Janggala yang membuatnya kemudian masuk ke dalam strata sosial elit pada saat itu di samping Gajah Mada digambarkan pula sebagai "seorang yang mengesankan, berbicara dengan tajam atau tegas, jujur dan tulus ikhlas serta berfikiran sihat".[4][13][14]
Menurut Pararaton, Gajah Mada sebagai komandan pasukan khusus Bhayangkara berjaya menghentikan Pemberontakan Ra Kuti, dan menyelamatkan Prabu Jayanagara (1309-1328) putera Raden Wijaya dari Dara Petak. Selanjutnya dalam tahun 1319, beliau diangkat sebagai Patih Kahuripan, dan dua tahun kemudian beliau diangkat sebagai Patih Kediri.
Pada tahun 1329, Patih Majapahit iaitu Arya Tadah (Mpu Krewes) ingin mengundurkan diri daripada jawatannya, lalu melantik Patih Gajah Mada dari Kediri sebagai penggantinya. Patih Gajah Mada sendiri secara tidak langsung bersetuju, tetapi beliau ingin menabur jasa dahulu kepada Majapahit dengan menakluki Keta dan Sadeng yang ketika itu sedang memberontak terhadap Majapahit. Keta dan Sadeng pun akhirnya dapat ditaklukkan. Akhirnya pada tahun 1334, Gajah Mada diangkat menjadi Mahapatih secara rasmi oleh Ratu Tribhuwanatunggadewi (1328-1351) yang pada waktu itu telah memerintah Majapahit setelah terbunuhnya Jayanagara.
Sumpah Palapa
Ketika pengangkatannya sebagai patih Amangkubhumi pada tahun 1258 Saka (1336 M), Gajah Mada mengucapkan Sumpah Palapa yang berisi bahawa beliau akan menikmati palapa atau rempah-ratus (yang diertikan kenikmatan duniawi) apabila telah berhasil menaklukkan Nusantara. Sebagaimana tercatat dalam kitab Pararaton dalam teks Jawa Pertengahan yang berbunyi seperti berikut[15]
“ | Sira Gajah Mada pepatih amungkubumi tan ayun amukti palapa, sira Gajah Mada: Lamun huwus kalah nusantara ingsun amukti palapa, lamun kalah ring Gurun, ring Seram, Tañjungpura, ring Haru, ring Pahang, Dompu, ring Bali, Sunda, Palembang, Tumasik, samana ingsun amukti palapa | ” |
Apabila dialihbahasakan bererti[15] :
“ | Beliau, Gajah Mada sebagai patih Amangkubumi tidak ingin melepaskan puasa, Gajah Mada berkata bahawa apabila telah mengalahkan (menguasai) Nusantara, saya (baru akan) melepaskan puasa, apabila telah mengalahkan Gurun, Seram, Tanjung Pura, Haru, Pahang, Dompo, Bali, Sunda, Palembang, Tumasik, demikianlah saya (baru akan) melepaskan puasa | ” |
Penaklukan
Walaupun ada sejumlah pendapat yang meragukan sumpahnya, Gajah Mada memang hampir berhasil menaklukkan Nusantara. Dimulai dengan penaklukan ke daerah Swarnnabhumi (Sumatera) tahun 1339, pulau Bintan, Tumasik (sekarang Singapura), Semenanjung Malaya, kemudian pada tahun 1343 bersama dengan Arya Damar menaklukkan Bedahulu (di Bali) dan kemudian penaklukan Lombok, dan sejumlah negeri di Kalimantan seperti Kapuas, Katingan, Sampit, Kotalingga (Tanjunglingga), Kotawaringin, Sambas, Lawai, Kendawangan, Landak, Samadang, Tirem, Sedu, Brunei, Kalka, Saludung, Sulu, Pasir, Barito, Sawaku, Tabalung, Tanjungkutei, dan Malano.
Pada zaman pemerintahan Prabu Hayam Wuruk (1350-1389) yang menggantikan Tribhuwanatunggadewi, Gajah Mada terus melakukan penaklukan ke wilayah timur seperti Logajah, Gurun, Sukun, Taliwung, Sapi, Gunungapi, Seram, Hutankadali, Sasak, Bantayan, Luwu, Buton, Banggai, Kunir, Galiyan, Salayar, Sumba, Muar (Saparua), Solor, Bima, Wandan (Banda), Ambon, Wanin, Seran, Timor, dan Dompo.
Dilema
Terdapat dua wilayah di Pulau Jawa yang seharusnya terbebas daripada penaklukan Majapahit yakni Pulau Madura dan Kerajaan Sunda kerana kedua-dua wilayah ini mempunyai keterkaitan erat dengan Narrya Sanggramawijaya atau secara umum digelar dengan Raden Wijaya pendiri Kerajaan Majapahit (Lihat: Prasasti Kudadu 1294 [16] dan Pararaton Lempengan VIII, Lempengan X s.d. Lempengan XII [17] dan Invasi Yuan-Mongol ke Jawa pada tahun 1293) sebagaimana diriwayatkan pula dalam Kidung Panji Wijayakrama.
Perang Bubat
Dalam Kidung Sunda[18] diceritakan bahawa Perang Bubat (1357) bermula ketika Prabu Hayam Wuruk mulai melakukan langkah-langkah diplomasi dengan hendak menikahi Dyah Pitaloka Citraresmi puteri Sunda sebagai permaisuri. Lamaran Prabu Hayam Wuruk diterima pihak Kerajaan Sunda, dan rombongan besar Kerajaan Sunda datang ke Majapahit untuk melangsungkan pernikahan agung itu. Gajah Mada yang menginginkan Sunda takluk, memaksa menginginkan Dyah Pitaloka sebagai persembahan pengakuan kekuasaan Majapahit. Akibat penolakan pihak Sunda mengenai hal ini, terjadilah pertempuran tidak seimbang antara pasukan Majapahit dan rombongan Sunda di Bubat; yang ketika itu menjadi tempat penginapan rombongan Sunda. Dyah Pitaloka membunuh diri setelah ayah dan seluruh rombongannya gugur dalam pertempuran. Akibat peristiwa itu, langkah-langkah diplomasi Hayam Wuruk gagal dan Gajah Mada digantungkan dari jabatannya kerana dipandang lebih menginginkan pencapaiannya dengan jalan melakukan penaklukan ketenteraan padahal hal ini tidak boleh dilakukan.
Dalam Nagarakretagama, diceritakan kisah yang sedikit berlainan. Dikatakan bahawa Hayam Wuruk sangat menghargai Gajah Mada sebagai Mahamantri Agung yang wira, bijaksana, serta setia berbakti kepada negara. Sang raja menganugerahkan dukuh "Madakaripura" yang berpemandangan indah di Tongas, Probolinggo, kepada Gajah Mada. Terdapat pendapat[nyatakan menurut siapa?] yang menyatakan bahawa pada 1359, Gajah Mada diangkat kembali sebagai patih; hanya saja beliau memerintah dari Madakaripura.[19]
Akhir hidup
Disebutkan dalam Kakawin Nagarakretagama bahawa sekembalinya Hayam Wuruk dari upacara keagamaan di Simping, beliau mendapati bahawa Gajah Mada telah sakit. Gajah Mada disebutkan meninggal dunia pada tahun 1286 Saka atau 1364 Masihi.
Raja Hayam Wuruk kehilangan orang yang sangat diandalkan dalam memerintah kerajaan. Raja Hayam Wuruk pun mengadakan sidang Dewan Sapta Prabu untuk memutuskan pengganti Gajah Mada. Namun, tidak ada satu pun yang sanggup menggantikan Patih Gajah Mada. Hayam Wuruk kemudian memilih empat Mahamantri Agung di bawah pimpinan Punala Tanding untuk selanjutnya membantunya dalam menyelenggarakan segala urusan negara. Namu,n hal itu tidak berlangsung lama. Mereka pun digantikan oleh dua orang menteri iaitu Gajah Enggon dan Gajah Manguri. Akhirnya, Hayam Wuruk memutuskan untuk mengangkat Gajah Enggon sebagai Patih Mangkubumi menggantikan kedudukan Gajah Mada.
Penghormatan
Sebagai salah seorang tokoh utama Majapahit, nama Gajah Mada sangat terkenal di masyarakat Indonesia pada umumnya. Pada masa awal kemerdekaan, para pemimpin antara lain Sukarno dan Mohammad Yamin sering menyebut sumpah Gajah Mada sebagai inspirasi dan "bukti" bahawa bangsa ini dapat bersatu, meskipun meliputi wilayah yang luas dan budaya yang berlain-lainan. Dengan demikian, Gajah Mada ialah inspirasi bagi revolusi nasional Indonesia untuk usaha kemerdekaannya daripada kolonialisme Belanda.
Universitas Gadjah Mada di Yogyakarta ialah universiti negeri yang dinamakan menurut namanya. Satelit telekomunikasi Indonesia yang pertama dinamakan Satelit Palapa, yang menonjolkan peranannya sebagai pemersatu telekomunikasi rakyat Indonesia. Banyak kota di Indonesia mempunyai jalan yang bernama Gajah Mada, namun menarik diperhatikan bahawa tidak demikian halnya dengan kota-kota di Jawa Barat.[perlu rujukan]
Buku-buku cereka kesejarahan dan sandiwara radio sampai sekarang masih sering menceritakan Gajah Mada dan perjuangannya memperluas kekuasaan Majapahit di nusantara dengan Sumpah Palapanya, demikian pula dengan karya seni patung, lukisan, dan lain-lainnya.
Rujukan
- ^ a b Pigeaud, Theodore Gauthier Th. (1975). Javanese and Balinese manuscripts and some codices written in related idioms spoken in Java and Bali: descriptive catalogue, with examples of Javanese script, introductory chapters, a general index of names and subjects. Steiner. ISBN 3515019642, 9783515019644 Check
|isbn=
value: invalid character (bantuan). Cite has empty unknown parameter:|coauthors=
(bantuan) - ^ Pogadaev, V. A., 2001, Gajah Mada: The Greatest Commander of Indonesia. Historical Lexicon. XIV –XVI Century. Vol. 1. h.245-253, Moscow: Znanie.
- ^ C. C. Berg. Het rijk van de vijfvoudige Buddha (Verhandelingen der Koninklijke Nederlandse Akademie van Wetenschappen, Afd. Letterkunde, vol. 69, no. 1) Ansterdam: N.V. Noord-Hollandsche Uitgevers Maatschappij, 1962; cited in M.C. Ricklefs, A History of Modern Indonesia Since c. 1300, 2nd ed. Stanford: Stanford University Press, 1993
- ^ a b J.L.A. Brandes, 1902, Nāgarakrětāgama; Lofdicht van Prapanjtja op koning Radjasanagara, Hajam Wuruk, van Madjapahit, naar het eenige daarvan bekende handschrift, aangetroffen in de puri te Tjakranagara op Lombok.
- ^ Poesponegoro & Notosusanto (ed.). 1990. Sejarah Nasional Indonesia Jilid II. Jakarta: Balai Pustaka.
- ^ Gunawan, Restu (2005). Muhammad Yamin dan cita-cita persatuan Indonesia. University of Michigan Press. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ Memory of Majapahit: Gajah Mada
- ^ Yamin, Muhammad (1945). Gadjah Mada, pahlawan persatoean Noesantara. Balai Poestaka. ISBN 9789794073230. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan); External link in|title=
(bantuan) ISBN 979-666-195-0 - ^ Lihat: Lempengan Tembaga Batur, Prasasti Bendasari dan Prasasti Prapancasarapura
- ^ Lihat: Prasasti Kediri I, Prasasti Singasari dan Prasasti Walandit
- ^ R. S. Subalidinata, Sumarti Suprayitno, Anung Tedjo Wirawan Sejarah dan perkembangan cerita murwakala dan ruwatan dari sumber-sumber sastera Jawa, University of Michigan Press (1985)
- ^ Désawarnana atau Nāgarakṛtāgama diitemukan pertama kali di Puri Cakranegara, Lombok, dengan teks dalam huruf Bali, Pada bulan Juli 1978 ditemukan kembali di beberapa tempat di Bali: di Amlapura (Karang Asem), di Geria Pidada di Klungkung dan dua naskah lagi di Geria Carik Sideman.
- ^ Kern, Hendrik (1918). H. Kern: deel. De Nāgarakṛtāgama, slot. Spraakkunst van het Oudjavaansch. M. Nijhoff. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ Robson, Stuart O. (1995). Désawarnana (Nagarakrtagama) by Mpu Prapanca. Leiden: KITLV Press. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ a b Mangkudimedja, R.M., 1979, Serat Pararaton. Alih aksara dan alih bahasa Hardjana HP. Jakarta: Departemen P dan K, Proyek Penerbitan Buku Sastra Indonesia dan Daerah.
- ^ Prasasti Kudadu dibuat oleh Narrya Sanggramawijaya pada bulan Bhadrapada tahun Saka 1216 (sekitar Agutus s.d. September 1294 masehi)
- ^ BRANDES, J.L.A. - Pararaton (Ken Arok): het boek der Koningen van tumapěl en Majapahit. Tekst,vert.& comm.bew.d.N.J.Krom. Batavia 1920
- ^ C.C. (1927) Kidung Sunda.">Berg, C.C. 1927. Kidung Sunda. Inleiding, tekst, vertaling en aanteekeningen. ‘s Grav., BKI.
- ^ Lihat: pupuh 12 dan 19 dari Désawarnana atau Nāgarakṛtāgama
Lihat pula
Bacaan lanjutan
- (Indonesia) Yamin, Muhammad (1945). Gadjah Mada, pahlawan persatoean Noesantara. Balai Poestaka. ISBN 9794073237 9789794073230 Check
|isbn=
value: length (bantuan). Cite has empty unknown parameter:|coauthors=
(bantuan)