(Dilencongkan daripada April 4)
<< | April | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | ||||
2024 |
4 April merupakan hari ke-94 (hari ke-95 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 271 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Kanak-Kanak di Taiwan dan Hong Kong;
- Hari Kemerdekaan di Senegal (1960).
Peristiwa
- 1581 - Francis Drake menjadi orang Inggeris yang pertama berjaya berlayar mengelilingi dunia.
- 1660 - Charles II dari England mengeluarkan Perisytiharan Breda, memerikan syaratnya untuk Pengembalian takhta England.
- 1768 - Philip Astley mempersembahkan sarkas moden yang pertama di London.
- 1841 - William Henry Harrison menjadi Presiden Amerika Syarikat pertama meninggal dalam jawatan, 32 hari selepas penggalnya bermula, mencetuskan krisis perlembagaan sementara terhadap susunan penggantian presiden yang tidak dijelaskan Perlembagaan.
- 1873 - The Kennel Club, kelab kenel tertua di dunia, ditubuhkan di United Kingdom.
- 1949 - Dua belas negara memeterai Perjanjian Atlantik Utara dan menubuhkan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
- 1968 - Martin Luther King, Jr. (gambar) dibunuh di beranda Motel Lorraine di Memphis, Tennessee, A.S.
- 1973 - World Trade Center di Bandar Raya New York dibuka secara rasmi.
- 1976 - Norodom Sihanouk turun takhta sebagai ketua Kemboja, dan ditangkap oleh Khmer Rouge.
- 1975 - Bill Gates dan Paul Allen mengasaskan Microsoft di Albuquerque, New Mexico, A.S., untuk mengembangkan dan menjual pentafsir BASIC bagi Altair 8800.
- 1979 - Perdana Menteri Pakistan Zulfikar Ali Bhutto yang digulingkan dihukum mati.
- 1985 - Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur. Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan semua sektor dan seluruh rakyat Malaysia supaya membeli barangan buatan tempatan.
- 1987 - "Hari Kesedaran Sivik Bermula Di Rumah" dilancarkan dengan rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad. Dalam ucapan perasmiannya beliau mengingatkan bahawa rakyat haruslah mempunyai sikap yang positif dan memberi kerjasama terhadap aktiviti atau kempen yang dianjurkan.
- 2007 - Lima belas anggota Tentera Laut Diraja British yang dituduh menceroboh masuk ke perairan Iran dibebaskan selepas ditahan selama dua minggu.
- 2009 - OECD menyenaraihitamkan Costa Rica, Filipina dan Malaysia sebagai syurga cukai tidak bekerjasama.
- 2013 - Lebih 70 orang terbunuh dalam runtuhan bangunan di Thane, India.
Kelahiran
- 1927 - Othman Saat, Menteri Besar Johor ke-11
- 2006 - Shanna Shannon, penyanyi, pelakon, dan YouTuber Indonesia
Kematian
- 1841 - William Henry Harrison, Presiden Amerika Syarikat ke-9
- 1923 - John Venn, seorang ahli logik dan falsafah British
- 1966 - Alfred Naujocks, seorang pegawai kanan Nazi
- 1979 - Zulfikar Ali Bhutto, Presiden Pakistan ke-4
- 1997 - Omar Rojik, seorang pelakon dan pengarah terkenal dari Singapura dan Malaysia.