Anwaar Beg Moghal | |
---|---|
Kelahiran | |
Warganegara |
|
Pekerjaan | |
Tahun aktif | 2010–sekarang |
Anwaar Beg Moghal ialah seorang pelakon dan koreografer dari Malaysia berketurunan India. Beliau dikenali kerana peranannya dalam pelbagai produksi televisyen dan filem, sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Beliau terkenal dengan lakonannya dalam filem Punjabi pertama Malaysia, Mundey Kampung Dey
Karier
Anwaar memulakan kerjayanya sebagai pelakon tambahan dalam iklan televisyen sebelum beralih ke dunia lakonan dan tarian. Beliau mempunyai syarikat produksi sendiri yang dinamakan Anwaar Beg Productions. Selain itu, beliau juga dikenali sebagai pengacara untuk pelbagai acara korporat. Kemahiran menarinya membolehkan beliau tampil dalam program seperti Dance India Dance, Britain’s Got Talent, dan So You Think You Can Dance.
Filmografi
Tahun | Judul Film/Serial | Peran |
---|---|---|
2025 | Keluang Man | Inspektor Sahab |
2024 | Racun Rihanna | Sukveer |
2022 | Mundey Kampung Dey | |
2021 | Kerana Korona | Arman |
2019 | Fried Rice Paradise | Ikhsan |
2018 | O My Beloved (O Meri Jaane Jaan) | Aamir Kapoor |
2017 | Gap Year | Redza |
2015 | Underground | Rama |
2013 | Our Girl | Captain Dutta |
2010 | Strike Back | Malak |
Anugerah
Pada tahun 2018, Anwaar memenangkan anugerah Best Filem Male Performer di South East Asia Short Filem Festival Winter 2018. Ia juga menerima anugerah Asia's The Man Achiever Award di RULA Awards.