Anugerah César merupakan anugerah filem kebangsaan Perancis yang pertama kalinya diadakan pada tahun 1975. Pencalonan diselia oleh ahli-ahli Académie des Arts et Techniques du Cinéma (Akademi Seni dan Teknik Perfileman). Upacara penganugerahan disiarkan secara langsung setiap bulan Februari di Théâtre du Châtelet, Paris. Nama anugerah ini terbit dari pengukir César Baldaccini (1921-1998). Trofi anugerah adalah hasil ukiran artisan tersebut.
Anugerah César boleh disamakan anugerah kebangsaan lain seperti Festival Filem Malaysia, Anugerah Filem Hong Kong atau Anugerah BAFTA.