Anugerah Akademi ke-53 | |
---|---|
Tarikh | Selasa, 31 Mac 1981 |
Tempat | Dorothy Chandler Pavilion, Los Angeles |
Pengacara | Johnny Carson |
Penerbit | Norman Jewison |
Pengarah | Marty Pasetta |
Gambaran keseluruhan | |
Filem Terbaik | Ordinary People |
Penghargaan terbanyak | Ordinary People (4) |
Pencalonan terbanyak | The Elephant Man dan Raging Bull (8) |
Liputan televisyen | |
Rangkaian | ABC |
Tempoh masa | 3 jam, 13 minit |
Anugerah Akademi ke-53, yang memberikan penghargaan kepada filem-filem pada 1980, diadakan pada 31 Mac 1981, di Dorothy Chandler Pavilion, Los Angeles. Majlis tersebut, yang dipengerusikan oleh Johnny Carson, aslinya dijadualkan sehari sebelumnya namun ditangguhkan berikutan cubaan pembunuhan terhadap Presiden Ronald Reagan.
The Elephant Man karya David Lynch dan Raging Bull karya Martin Scorsese, dengan masing-masing 8 pencalonan, menjadi filem dengan pencalonan terbanyak pada tahun tersebut. Pencalonan mereka termasuk Filem Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan Pengarah Terbaik. Coal Miner's Daughter karya Michael Apted meraih 7 pencalonan sementara Ordinary People dan The Stunt Man juga dicalonkan.
Pemenang kategori lakonan pada tahun tersebut berumur di bawah 40 tahun ketika memenangi penghargaan tersebut. Robert De Niro berusia 37 tahun ketika memenangi Pelakon Lelaki Terbaik, Sissy Spacek berusia 31 tahun ketika memenangi Pelakon Wanita Terbaik, Timothy Hutton berusia 20 tahun ketika ketika memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, dan Mary Steenburgen berusia 28 tahun ketika memenani Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Selain itu, Hutton merupakan pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik yang termuda.
Pencalonan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Eva Le Gallienne yang lahir pada 1899, menjadi pencalonan lakonan terakhir yang lahir pada abad ke-19. Pada tahun 2014, ia merupakan lima pencalonan pengarahan Oscar terawal yang masih hidup.
Rujukan
- "The Official Academy Awards Database". awardsdatabase.oscars.org. Academy of Motion Picture Arts and Sciences. Dicapai pada 9 September 2009.