Rencana ini perlu dirapikan bagi memenuhi mutu piawaian Wikipedia. Masalah tertentu ialah: tidak ensiklopedik. |
Antonim ialah kata yang berlawanan maksudnya.
- Antonimi
Antonimi ialah perhubungan di antara kata-kata yang menunjukkan unsur keberlawanan makna atau pertentangan makna. Ada 3 jenis antonimi yang wujud:
- Antonimi Taksiran (Redible Antonimy)
Antonimi Taksiran merujuk kepada pasangan perkataan seperti besar/kecil, sejuk/panas, tinggi/rendah, tua/muda, gemuk/kurus, kaya/miskin, baik/jahat yang boleh ditaksirkan dan boleh digunakan di dalam soalan-soalan seperti berapa besar atau berapa kecil sesuatu atau berapa sejuk atau panas sesuatu itu.
- Antonimi Penggenap
Antonimi penggenap merujuk kepada pasangan kata seperti lelaki/perempuan; mati/hidup, kalah/menang, kahwin/bujang di mana kegunaan sesuatu kata itu bermakna ketidakwujudan makna kata yang lain. Jadi hidup maknanya tidak mati; perempuan maknanya bukan lelaki dsbnya.
- Antonimi Sebalikkan
Ini merujuk kepada perhubungan di antara dua kata berlawanan yang menunjukkan unsur sebalikkan di mana semestinya ada dua orang atau dua hala yang terlibat. Contohnya: jual/beli, tarik/tolak, ajar/belajar, beri/terima. Jadi, kalau ada yang menjual, mesti ada yang membeli; kalau ada pengajar, mesti ada yang belajar.rewa bodoh
Lihat juga
Tercicir
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.