![]() | |||||||||||||||||||
Negara asal | Sweden | ||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing pemburu Gotland[a] satu ialah baka anjing Sweden dari Gotland. Seperti anjing pemburu bau lain, ia merupakan anjing pengejar untuk pemburuan kelinci dan rubah. Anjing pemburu Gotland diiktiraf sebagai baka tersendiri oleh Svenska Kennelklubben (SKK) dan Nordic Kennel Union (NKU), namun bukan oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI).[1]
Sejarah
Asal usul anjing pemburu Gotland tidak diketahui, tetapi pada awal abad ke-19 sudah terdapat anjing jenis anjing pemburu bau yang menyerupai anjing pemburu Gotland di Gotland.[1] Salah satu teori ialah bahawa ia diturunkan daripada anjing pemburu bau kuning yang diimport dari Jerman pada abad ke-18,[1] lagi satu teori pula ialah bahawa ia mempunyai asal usul yang lebih jauh ke timur[1] dan diturunkan daripada anjing jenis Eropah Timur.[2]
Pada tahun 1920, anjing pemburu Gotland diiktiraf sebagai baka tersendiri oleh Svenska Kennelklubben (SKK) dan piawaian baka diasaskan. Pada tahun 1929, SKK berkeputusan untuk mengurangkan bilangan baka. Kemudian terdapat keputusan bahawa anjing pemburu Gotland patut dikira sebagai varian kuning-perang dan berekor panjang bagi anjing pemburu Småland. Pada tahun 1934, terdapat keputusan bahawa anjing pemburu Gotland patut dipindahkan ke dalam buku pembaka anjing pemburu Hamilton. Warna kuning kemudian dikira sebagai warna atipikal tetapi bukan sebagai kecacatan eksklusif. Ini bermakna bahawa anjing pemburu Gotland dapat didaftarkan sebagai anjing pemburu Hamilton, tetapi tanpa dapat memenangi hadiah dalam pameran anjing. Oleh itu, hampir semua anjing pemburu Gotland lenyap, namun pemburu di Gotland ingin memelihara anjing pemburu mereka. Semasa inventori pada tahun 1989, kira-kira dua puluh ekor anjing pemburu Gotland tidak berdaftar terdapat di pulau itu.
Pada tahun 1988, kelab baka dibentuk dan, pada tahun 1990, anjing pemburu Gotland telah diluluskan buat sementara sebagai baka sendiri untuk tempoh sepuluh tahun, iaitu tempoh percubaan yang dilanjutkan sehingga tahun 2004. Sejak tahun 1991, dengan pengecualian rehat singkat antara tahun 2007 dengan tahun 2009, anjing pemburu Gotland didaftarkan dalam SKK sebagai baka terpisah.[1]
Anjing pemburu Gotland ialah baka luar biasa dan, oleh sebab bilangan anjing adalah rendah dan bilangan perinduk anak anjing yang lahir setiap tahun adalah sedikit, ia dianggap sebagai baka anjing terancam.[3][4][5]
Catatan
- ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو ݢوتلند; Svensk: gotlandsstövare; bahasa Inggeris: Gotland hound
Rujukan
Kutipan
- ^ a b c d e "GOTLANDSSTÖVARE" [ANJING PEMBURU GOTLAND] (PDF) (dalam bahasa Sweden). Svenska Kennelklubben. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 23 Oktober 2015. Dicapai pada 15 Mac 2025.
- ^ "Gotlandsstövare" [Anjing Pemburu Gotland] (dalam bahasa Inggeris). Nordic Kennel Union. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mac 2024. Dicapai pada 31 Mac 2024.
- ^ "Gotlandsstövare" [Anjing pemburu Gotland] (dalam bahasa Sweden). Svenska Kennelklubben. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Januari 2025. Dicapai pada 31 Mac 2024.
- ^ "Rasen" [Baka] (dalam bahasa Sweden). Gotlandsstövareföreningen. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2017. Dicapai pada 31 Mac 2024.
- ^ Lekander, Anders (2013). "Gotlandsstövaren - en gotländsk husdjursras" [Anjing pemburu Gotland - baka haiwan bela jinak Gotland] (PDF) (dalam bahasa Sweden). Gotlandsstövareföreningen. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 16 Mei 2021. Dicapai pada 31 Mac 2024.
Sumber
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Anjing pemburu Gotland. |
- Adlercreutz, Carl-Johan (2006). Hundar i världen [Anjing di Dunia] (dalam bahasa Sweden) (ed. ke-5). Västerås, Sweden: Ica. ISBN 9789153428701. OCLC 185215510.
- "Gotlandsstövare" [Anjing Pemburu Gotland] (dalam bahasa Inggeris). Nordic Kennel Union. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mac 2024. Dicapai pada 31 Mac 2024.
- "Gotlandsstövare" [Anjing pemburu Gotland] (dalam bahasa Sweden). Svenska Kennelklubben. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Januari 2025. Dicapai pada 31 Mac 2024.
- "GOTLANDSSTÖVARE" [ANJING PEMBURU GOTLAND] (PDF) (dalam bahasa Sweden). Svenska Kennelklubben. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 23 Oktober 2015. Dicapai pada 15 Mac 2025.
- Lekander, Anders (2013). "Gotlandsstövaren - en gotländsk husdjursras" [Anjing pemburu Gotland - baka haiwan bela jinak Gotland] (PDF) (dalam bahasa Sweden). Gotlandsstövareföreningen. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 16 Mei 2021. Dicapai pada 31 Mac 2024.
- "Rasen" [Baka] (dalam bahasa Sweden). Gotlandsstövareföreningen. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2017. Dicapai pada 31 Mac 2024.
- "Rasspecifik avelsstrategi 2024–2028 för gotlandsstövare" [Strategi pembiakbakaan spesifik baka 2024–2028 untuk anjing pemburu Gotland] (pdf) (dalam bahasa Sweden). Svenska Kennelklubben. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 19 Januari 2025. Dicapai pada 15 Mac 2025.
- Sporre-Willes, Renée (2003). Alla världens hundraser [Semua Baka Anjing di Dunia] (dalam bahasa Sweden). Bromma, Sweden: Mälaröbörsen. ISBN 9789189090798. OCLC 186070968.
- "Sveriges hundraser = Swedish breeds of dogs" [Baka anjing Sweden] (PDF) (dalam bahasa Sweden dan Inggeris). Svenska Kennelklubben. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 28 September 2011. Dicapai pada 11 Oktober 2013.
- von Essen, Carl-Reinhold, penyunting (1955). Hundboken [Buku Anjing] (dalam bahasa Sweden). Stockholm, Sweden: Gothia Förlag. OCLC 477062100.