Memerang | |
---|---|
Memerang Kecil | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Subkeluarga: | Lutrinae
|
Genus | |
Memerang (Jawi: ممرڠ ), memberang (Jawi: ممبرڠ atau ممبيرڠ) atau berang-berang (Jawi: برڠ ٢) ialah haiwan separa akuatik karnivora terangkum dalam cabang Lutrinae keluarga Mustelidae. Spesies haiwan-haiwan ini sering didapati di kawasan sekitaran jasad air seperti tasik, sungai dan di laut setiap benua kecuali Australasia dan Antartika memburu ikan.
Peristilahan
Nama memerang dan memberang adalah hasil penggandaan separa kata berang-berang[1] yang pernah dikhususkan untuk spesies memerang kumis (Lutra sumatrana) atau memerang Eropah (Lutra vulgaris).[2] Nama memerang cenderung digunakan di Kedah[3] dan terutamanya Singapura yang terkenal taburan haiwan ini di taman-taman sekeliling kawasan bandar; manakala memberang lebih digunakan di Indonesia.[4] Kata bemberang juga didapati dalam dialek Riau.[2]
Gambaran
Memberang mempunyai badan lonjong dan kurus serta berkaki pendek dan berkulit cantum membolehkan berenang laju. Berang-berang juga mempunyai kebolehan menahan nafas dalam suatu tempoh lama semasa menyelam dalam air. Haiwan-haiwan ini mempunyai cakar tajam dan hampir semua spesies mempunyai ekor yang panjang dan kuat.
Taksonomi
Genus | Spesies |
---|---|
Lutra Brisson, 1762 |
|
Hydrictis Pocock, 1921 |
|
Lutrogale (Gray, 1865) |
|
Lontra Gray, 1843 |
|
Pteronura Gray, 1837 |
|
Aonyx Lesson, 1827 |
|
Enhydra Fleming, 1828 |
|
Rujukan
- ^ "berang-berang". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan Indonesia. 2016. "berang". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^ a b "berang" di Wilkinson (1901), m/s. 96.
- ^ "memerang" di Wilkinson (1901), m/s. 654.
- ^ Lihat:
- "memberang". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan Indonesia. 2016.
- "memberang". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- Wilkinson, Richard James (1901). A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.